Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Ini 10 Khasiat Halba Pada Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu!

Halba atau nama saintifiknya Trigonella foenum-graecum mengandungi bahan berkhasiat utama iaitu 4-hidroksi-isoleusin, trigonellin dan diosgenin.

Halba adalah sejenis rempah-ratus yang berbentuk butiran kecil berwarna coklat. Kebiasaanya, halba dimasukkan sekali ke dalam masakan seperti nasi dagang atau nasi lemak.

Tahukah Mommy, penggunaan halba telah lama dipratikkan di dalam perubatan tradisional dan terdapat pelbagai khasiat halba untuk kesihatan lelaki dan wanita.

10 Khasiat Halba Pada Kesihatan 

1. Mengurangkan paras kolesterol dalam darah

Halba mempunyai keberkesanan dalam membantu mengurangkan tahap kolesterol dan sesuai untuk diamalkan. Paras kolesterol yang tinggi akan menyumbang kepada masalah jantung.

Ia juga dapat membantu mengurangkan tahap kolesterol LDL (jahat) dengan ketara, yang boleh menghalang pelbagai keadaan seperti aterosklerosis, serangan jantung dan strok.

Highlighted


2. Menstabilkan gula dalam darah

Kandungan serat semula jadi di dalam halba pula telah terbukti memperlahankan penyerapan gula ke dalam aliran darah.

Halba juga berkhasiat untuk pesakit diabetes dan amat sesuai diamalkan oleh mereka yang sihat dengan tujuan untuk menjaga kesihatan badan.

3. Meningkatkan penghasilan susu ibu

Biji halba juga mengandungi magnesium serta vitamin penting yang membantu meningkatkan kualiti susu sekaligus menjaga kesihatan bayi.

Penyelidikan dalam Journal of Alternative and Complementary Medicine, New York, berjaya membuktikan bahawa dengan pengambilan teh halba dalam diet seharian boleh membantu golongan ibu dalam meningkatkan pengeluaran susu

4. Mengurangkan sakit kepala atau migraine

Halba dapat membantu meredakan sakit kepala dan migrane.

Kandungan vitamin B2 (Riboflavin) dalam halba membantu pembaikan sel-sel badan dan simptom sakit kepala dikurangkan.

5. Membantu mengurangkan berat badan

Pengambilan air halba atau produk berasaskan halba boleh membantu meningkatkan metabolisma badan. Bagi anda yang bercadang untuk menurunkan berat badan, halba merupakan salah satu cara yang ideal untuk anda mengawal selera makan.

6. Baik untuk jantung

Kandungan antioksidan dalam halba mampu membantu menggalakkan kesihatan jantung kerana sifat kardioprotektifnya.

7. Bersifat anti bakteria

Terdapat beberapa kajian yang mennunjukkan bahawa halba mempunyai sifat anti-kulat dan anti-bakteria.

8. Baik untuk kulit wajah

Biji halba juga mengandungi vitamin C yang sangat bagus untuk kecantikan. Kandungan yang ada di dalamnya dipercayai mampu mencegah penuaan, menjaga kelembaban kulit dan mencegah dari kulit kering.

9. Mencegah kanser kolon

Komponen diosgenin, sejenis steroid yang terkandung dalam halba juga berperanan mencegah perrtumbuhan kanser kolon.

10. Meningkatkan kesihatan lelaki

Halba boleh dianggap sebagai makanan tambahan bagi meningkatkan hormon testosteron yang merangsang keinginan seksual, mengelakkan ejakulasi awal dan melegakan kesakitan di bahagian prostat

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada Mommy untuk kesihatan diri dan keluarga.


Ketahui lebih banyak info-info tentang khasiat bahan-bahan lain di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.