Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Jambu Batu Penting Untuk Kestabilan & Kesihatan Tubuh

khasiat jambu batu

Kredit gambar: www.nature-and-garden.com

Jambu batu dengan nama saintifiknya Psidium guajava merupakan buah yang cukup sinonim dengan masyarakat Malaysia. Terdapat pelbagai khasiat jambu batu untuk kesihatan tubuh manusia.

Buah yang berasal dari keluarga Myrtaceae ini memiliki kulit berwarna hijau dengan tekstur kasar. Warna buah jambu batu bergantung pada jenisnya, antara putih dan merah jambu. Buah ini memiliki rasa yang bervariasi, dari kelat, sedikit masam, hingga manis.

Pokok jambu batu mudah ditemui di seluruh Malaysia. Ia biasanya tumbuh di kawasan pertanian dan perumahan. Selain dimakan mentah, jambu batu juga sering digunakan sebagai bahan baku dalam pembuatan jus dan gula-gula.

Jambu batu mengandungi komponen-komponen bermanfaat seperti vitamin C, yang berfungsi sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang dapat merosakkan sel tubuh.

Setiap bahagian buah jambu batu juga mengandung komponen fenolik yang dapat digunakan sebagai ubat anti-bakteria dan untuk merawat cirit-birit.

Selain itu, buah ini juga mengandungi karotenoid seperti lycopene, B-carotene, dan B-cryptoxanthin yang bersifat antioksidan. Terdapat banyak lagi kebaikan buah jambu batu yang perlu anda ketahui. Ikuti perkongsian ini!

Senarai Khasiat Jambu Batu

Highlighted

Kredit gambar: www.healthline.com

Jambu batu mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh badan kita, antara kebaikan buah jambu batu ialah:

#1. Mengurangkan Paras Gula di dalam Darah

Hasil kajian yang dilakukan di Taiwan mendapati bahawa jus buah jambu batu dapat mengurangkan paras gula di dalam darah manusia.

#2. Mencegah Skurvi atau Kekurangan Vitamin C

Jambu batu mengandungi banyak vitamin C yang mampu memenuhi keperluan vitamin C seharian kita.

#3. Kebaikan Jambu Batu dalam Mencegah Sembelit

Selain itu, kandungan serat yang tinggi di dalam jambu batu dapat merangsang proses peristalsis di dalam usus sekaligus mencegah sembelit.

#4. Memberi Rasa Kenyang yang Lebih Lama

Kredit gambar: www.sugarfit.com

Kandungan serat di dalam jambu batu dapat memberikan rasa kenyang yang lebih lama.

#5. Mengurangkan Paras Kolesterol

Malah, pengambilan buah jambu batu dapat mengurangkan paras kolesterol, trigliserida, dan tekanan darah.

#6. Melegakan Kesakitan Semasa Haid

Ekstrak daun jambu batu dapat mengurangkan kesakitan semasa haid.

#7. Membantu Penyerapan Zat Besi antara Kelebihan Jambu Batu

Antara kelebihan buah jambu batu yang seterusnya ialah kandungan vitamin C di dalam jambu batu dapat membantu penyerapan zat besi.

#8. Mengurangkan Paras Tekanan Darah

Kredit gambar: fastaid.co.in

Pengambilan jambu batu dapat mengurangkan paras tekanan darah bagi anda yang mempunyai darah tinggi.

#9. Buah Jambu Batu Berfungsi Sebagai Antioksida

Buah bambu batu juga mempunyai komponen fenolik dan vitamin C yang bersifat antioksida.

#10. Bersifat Anti-Kanser

Ekstrak khasiat daun jambu batu juga berupaya untuk mencegah kanser prostat.

Namun, sentiasa ingat walaupun buah jampu mempunyai pelbagai khasiat, anda harus mengambilnya secara bersederhana terutamanya bagi pesakit diabetes.


Selain info mengenai khasiat jambu batu di atas, anda juga boleh dapatkan pelbagai lagi tips pemakanan yang lain di SINI!