Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Khasiat Kunyit Hitam Untuk Kesihatan Dalaman dan Luaran Tubuh

khasiat kunyit hitam

Kredit gambar: mysihat.com

Zaman sekarang, ramai yang tidak tahu mengenai khasiat kunyit hitam disebabkan jarang menggunakannya. Mungkin ada juga sesetengah orang yang baru pertama kali tahu akan kewujudannya. Berbeza dengan kunyit berwarna oren yang selalu digunakan dalam masakan, kunyit hitam memiliki warna yang lebih gelap.

Pihak Mardi telah menjalankan kajian untuk mengetahui khasiat kunyit hitam untuk mengesahkan bahawa tumbuhan ini memberi banyak manfaat kepada pengguna. Hasil kajian tersebut berjaya membuktikan keupayaan kunyit hitam dalam perubatan.

Justru itu, halia hitam telah diekstrak dan diberi nama VR4 Volten Internasional. Khasiat kunyit hitam vr4 mempunyai ciri-ciri anti oksidan, anti kanser, anti-radang, selain membantu meningkatkan kecergasan fizikal dan menambah keanjalan saluran darah.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkaitan khasiat yang terkandung dalam kunyit hitam ini, kami telah menyenaraikan beberapa khasiatnya di bawah ini. Jom lihat!

Senarai Khasiat Kunyit Hitam

Highlighted

Kredit gambar: www.jannafarm.com.my

Berikut merupakan kebaikan atau khasiat kunyit hitam untuk kesihatan tubuh iaitu:

#1. Khasiat Kunyit Hitam Dapat Memelihara Kesihatan Jantung

Sifat anti-radang dan antipasmodik yang terkandung dalam kunyit hitam dapat membantu merendahkan risiko masalah jantung.

#2. Kunyit Hitam Buat Wajah Tampak Muda

Kredit gambar: www.herzindagi.com

Antara kebaikan kunyit hitam untuk wanita adalah ia bersifat anti-penuaan yang sangat tinggi di mana dapat membantu menanggalkan sel-sel mati, merawat parut, memelihara kedutan dan bintik hitam sekaligus meremajakan wajah dari usia sebenar.

#3. Menambah Keinginan Seksual

Kredit gambar: lorijen.center

Khasiat kunyit hitam untuk lelaki adalah ia berguna dalam membantu merangsang keinginan seksual mereka sekiranya diambil setiap hari.

#4. Manfaat Kunyit Hitam Dalam Mencegah Risiko Kanser

Kandungan anti-karsinogenik yang terdapat dalam kunyit hitam menjadikan ia sebagai agen anti-kanser. Kajian berjaya mengesahkan bahawa curcumin dalam kunyit telah bertindak mematikan sel barah bagi menghalang ia dari terus berkembang.

Ia juga tidak menyebabkan kesan sampingan pada tubuh kita.

#5. Melancarkan Haid

Kredit gambar: www.cloudninecare.com

Selain itu, antara kebaikan kunyit hitam untuk wanita yang seterusnya adalah ia yang mengalami masalah haid,pengambilan kunyit hitam dapat membantu menstabilkan semula kitaran haid, mendapat haid yang normal, mencegah warna haid yang tidak normal, dan masalah perut kembung.

#6. Kunyit Hitam Dapat Menambah Tenaga

Mengambil kurang 500 mg kunyit hitam sehari dapat membantu tubuh mendapat booster semulajadi. Terdapat atlet sukan mengambil suplimen berasakan kunyit hitam sebagai alternatif bagi mengekalkan kecergasan tubuh mereka semasa bersukan.

#7. Merawat Masalah Kulit

Kredit gambar: eudelo.com

Terdapat banyak produk di pasaran yang menggunakan kunyit hitam sebagai bahan asas dalam mengatasi masalah kulit gatal, perawatan wajah seperti kulit berminyak, pigmentasi, dan mengurangkan kedutan.

#8. Ubat Tahan Sakit

Dengan mengambil kunyit hitam dalam jumlah yang betul mengikut jenis penyakit atau rasa tidak selesa yang anda rasai, ia mampu bertindak sebagai ubat tahan sakit yang berkesan untuk sesetengah penyakit seperti osteoartritis, sakit gigi, sakit perut,dan ruam.

#9. Atasi Masalah Berat Badan

Kredit gambar: ihuican.org

Kunyit hitam dipercayai dapat membantu dalam proses memecahkan lemak dalam badan dengan cara mencampurkannya sedikit ke dalam makanan anda.

#10. Antioksidan

Kunyit hitam mengandungi curcumin yang sangat berguna bagi meneutralkan radikal bebas dalam badan kita.

#11. Kebaikan Kunyit Hitam Dalam Merawat Gout

Kredit gambar: www.solfoot.com

Pihak mardi telah melakukan kajian bagi memastikan bahawa khasiat kunyit hitam untuk gout adalah benar.

Hasil kajian mendapati kunyit hitam yang telah diproses dapat mengeluarkan asid urik secara berkesan, membantu menghalang keradangan, dan mencegah asid urik dari berkumpul dalam badan.

#12. Mengatasi Penyakit Paru-paru

Ia juga dapat mengurangkan dan mengubati penyakit paru-paru seperti asma, bronkitis, radang paru-paru dan lain lain disebabkan terdapat kandungan kurkumin yang bersifat ubat.

Kunyit hitam mempunyai banyak manfaat dan ia juga mempunyai kurkumin yang lebih tinggi berbanding kunyit berwarna kuning dan putih.

Kebiasaannya, kunyit yang berwarna hitam ini selalu digunakan dan sangat penting dalam dunia perubatan terutama perubatan secara tradisional.

Selain itu, kunyit hitam juga mempunyai khasiat yang tersendiri untuk kesihatan dan dalaman seseorang. Ia juga digunakan dalam masakan dan juga dibuat sebagai air herba.

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya untuk merawat dan mencegah tubuh dari sebarang penyakit.

Namun begitu, kunyit hitam merupakan tumbuhan yang sangat sukar didapati, mempunyai bau yang menyengat dan rasa yang pahit.

Diharap dengan perkongsian di atas anda semua sudah tahu apakah khasiat kunyit hitam dan mula mengamalkannya. Semoga bermanfaat!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan pelbagai lagi info menarik berkaitan makanan dan kesihatan di SINI!