Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Khasiat Madu Kelulut Mampu Rawat Pelbagai Masalah Kesihatan

khasiat madu kelulut

Kredit gambar: www.bola.com

Khasiat madu kelulut telah diyakini dapat membantu menjaga kesihatan tubuh daripada beberapa serangan penyakit dan membantu mengekalkan kesihatan tubuh secara optimum. Antara nutrisi yang terdapat dalam madu kelulut ialah magnesium, kalium, kalsium, sukrosa, fruktosa, glukosa dan sumber kalori.

Madu kelulut telah mendapat tempat dihati pengguna dan dikomersialkan menjadi produk kesihatan di pasaran. Ia dipercayai mempunyai khasiat berganda daripada madu biasa.

Untuk membantu anda mengenali lebih lanjut berkaitan khasiat madu kelulut ini, kami telah senaraikan beberapa manfaatnya dibawah ini. Jom lihat!

Khasiat Madu Kelulut

Highlighted

Kredit gambar: ahligizi.id

Berikut merupakan beberapa khasiat atau kebaikan madu kelulut asli iaitu:

#1. Kebaikan Madu Kelulut dalam Merawat Diabetis

Madu kelulut asli dapat melindungi pankreas dari kerosakan yang boleh menjejaskan penghasilan insulin dan glukosa yang bertindak mengawal paras gula dalam darah kita. Menggabungkan madu asli dengan kulit kayu manis sangat berguna untuk memlihara pankreas seterusnya merendahkan risiko mendapat penyakit kencing manis.

#2. Madu Kelulut Merupakan Antioksidan

Kredit gambar: dementiasolutions.ca

Ia kaya dengan antioksidan dan terapeutik yang berupaya menghalang kemerosotan kognitif dan demensia, malah mampu meningkatkan sistem kolinergik serta peredaran darah.

#3. Kelebihan Madu Kelulut Asli dalam Merawat Jerawat dan Masalah Kulit

Madu kelulut dipercayai dapat membantu mengurangkan masalah jerawat dan merencat pertumbuhannya selain berupaya mengatasi masalah kulit yang lain seterusnya menjadikan kulit lebih sihat.

#4. Madu Kelulut Boleh Atasi Masalah Debunga

Amalan meminum madu kelulut dapat membantu membina antibodi yang bertindak sebagai vaksin semula jadi menentang alahan kepada debunga.

#5. Madu Kelulut Mampu Mencantikkan Kulit

Kredit gambar: fabbon.com

Jika anda rajin menyapukan madu kelulut pada kulit, ia akan menjadikan kulit anda bersih dan lembut serta dapat merawat masalah kulit kering.

#6. Madu Kelulut Adalah Sumber Kesuburan Wanita dan Lelaki

Selain itu, khasiat madu kelulut untuk lelaki antaranya adalah membantu masalah kesuburan. Begitu juga khasiat madu kelulut untuk wanita yang turut menghadapi masalah yang sama.

Madu kelulut asli ini dikesan dapat merangsang hormon kesuburan wanita dan lelaki sebagai alternatif dalam mendapatkan zuriat.

Walau bagaimanapun ia bukanlah kunci utama kepada semua masalah kesuburan dan anda diharap tidak bergantung penuh kepadanya.

#7. Madu Kelulut Berupaya Merawat batuk

Kredit gambar: walkin-clinic.co.uk

Pengambilan madu kelulut yang pekat secara berterusan dikatakan dapat merawat batuk yang berpanjangan yang dialami oleh seseorang individu. Ia dapat melapisi tekak bagi melindunginya dan menghindar daripada terus batuk.

#8. Madu Kelulut Asli Merupakan Anti Kanser

Madu kelulut dipercayai mempunyai keupayaan bagi mencegah individu daripada risiko mendapat penyakit kanser.

#9. Merawat Luka dan Ulser

Kredit gambar: tajria.com

Sifatnya yang antimikrob dan antibiotik dapat membantu dalam penyembuhan luka dan kulit melecur. Menyapu madu pada bahgian tersebut dapat menghalang berlakunya komplikasi jangkitan yang lebih teruk.

#10. Membantu Tidur Nyenyak

Meminum madu dapat membantu seseorang individu mendapat tidur yang lebih nyenyak dan berkualiti. Ia bertindak melepaskan melatonin dalam otak, menjana sistem imun dan turut membantu membina semula tisu tubuh semasa anda sedang berehat.

#11. Booster Semula Jadi Tubuh

Mencampurkan satu sudu madu dengan 240 ml air putih dapat memberi tenaga kepada tubuh secara semulajadi. Ini dapat menjimatkan poket anda daripada berbelanja lebih untuk membeli suplimen tambahan yang agak mahal.

#12. Alternatif Rawatan Sakit Mata

Kebolehan madu kelulut dikatakan mampu merawat katarak yang berpunca daripada bahan kimia.

#13. Mencantikkan Rambut

Kredit gambar: www.hadviser.com

Mencampurkan sebanyak satu sudu teh madu ke dalam syampu rambut anda dan membiarkannya selama 30 minit sebelum dibilas dapat membantu menjadikan rambut anda lebih lembut. Anda tidak lagi perlu menggunakan perapi rambut.

#14. Madu Kelulut Boleh Mengawal Berat Badan

Pengambilan madu kelulut dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan.

#15. Khasiat Madu Kelulut Antaranya Boleh Mengawal Kolesterol

Kredit gambar: megakulim.com.my

Madu kelulut dipercayai dapat menurunkan kadar trigliserida dan LDL yakni kolesterol jahat dalam tubuh dan membantu menambah kadar HDL iaitu kolesterol baik dalam tubuh kita.

Madu kelulut khasiatnya sangat banyak dalam memberi manfaat yang berterusan kepada kesihatan tubuh kita.

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda semua akan mula masukkan madu kelulut ke dalam diet harian. Semoga beroleh manfaat darinya!


Dapatkan pelbagai lagi info menarik mengenai masalah dan tips kesihatan serta petua-petua berguna yang lain di SINI!