Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi Yang Akan Memudahkan Kerja Mommy!

Kebaikan Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi

Kredit gambar: istockphoto

Dalam penjagaan bayi ni, Mommy pasti akan berdepan dengan pelbagai cabaran dalam mempelajari benda baru menjadi seorang ibu. Penjagaan bayi bukanlah sama dengan penjagaan kanak-kanak kan?

Mereka ni masih lemah sistem badannya dan cukup sensitif. Jadi penjagaannya mestilah rapi. Sebagai contohnya, tak boleh ikut suka je sapu di badan bayi itu ini.

10 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi

Dalam perkongsian kali ini, kita akan memanfaatkan penggunaan minyak kelapa dara untuk bayi. Bukan hanya satu manfaatnya, tetapi pelbagai untuk kesihatan luar dan dalam si comel:

#1. Hilangkan kerak di kepala bayi

Biasalah.. kalau bayi baru lahir ni, akan ada daki di kulit kepalanya kan? Cuba Mommy oleskan sedikit minyak kelapa dara di kulit kepalanya dan biarkan seketika.

Jangan kasar-kasar pula, terutamanya di bahagian ubun-ubunnya yang masih lembut tu. Oleskan perlahan-lahan je ya.

Nanti pasti kerak di kepalanya akan gugur dan tanggal ketika mandi nanti.

#2. Meredakan ekzema

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Mommy yang ada anak mengalami ekzema je faham macam mana sengsaranya tengok anak rimas dan menggaru-garu kan? Seksa tau sakit ekzema ni. Apatah pula pada bayi yang tak tahu apa-apa.

Minyak kelapa dara ni, jika diurut-urut di badan bayi, boleh meredakan simptom ekzema tu tau. Cuba dulu ya Mommy?

#3. Mengurangkan ruam lampin

Selain daripada itu, jika si comel Mommy ada ruam lampin, minyak kelapa dara juga boleh membantu mengurangkan ruam tu.

Setiap kali selepas mandi dan tukar lampin, oles dengan lembut dan nipis je minyak kelapa dara di kawasan lampin dan bahagian yang terkena ruam tu ya?

#4. Lebatkan rambut bayi

Minyak kelapa dara ni kaya dengan asid laurik yang bagus untuk protein rambut. Kalau Mommy nak lebatkan rambut si comel, boleh ambil sedikit je minyak kelapa dara ni dan sapu di bahagian rambutnya setiap hari.

Jangan banyak pula, panas nanti kepala bayi.

#5. Melegakan gatal gigitan nyamuk

Kredit gambar: istockphoto

Aduhai.. bila bangun pagi je, kita tengok badan bayi penuh dengan gigitan nyamuk. Rasanya dah tutup dengan kelambu semalam. Pasti ada nyamuk yang tersesat seekor dua ni.

Jadi nak buat macam mana ni? Si comel dah mula meragam sebab gatal sangat. Haa.. sapu minyak kelapa dara lah Mommy!

#6. Mengurangkan selesema bayi

Macam mana untuk mengurangkan selesema bayi dengan penggunaan minyak kelapa dara? Sapukan je di bahagian dada dan belakang badan bayi dan urut perlahan-lahan. Kalau nak lebih baik, boleh tambahkan setitis dua minyak pati kayu putih ya.

#7. Lembapkan badan bayi

Ramai juga bayi yang setelah lahir mengalami kulit kering kan? Daripada guna losyen badan yang banyak kimia dan kita tidak tahu kesesuaiannya, boleh cuba guna minyak kelapa dara.

Mommy sapukan je di seluruh bahagian badan si comel macam sapu losyen.

#8. Sebagai minyak urut bayi

Kredit gambar: istockphoto

Urutan untuk bayi memang membawa banyak manfaat untuk si comel kan? Antaranya, ia membantu mereka untuk lebih mudah tidur.

Kaya dengan pelbagai nutrient, eloklah kita manfaatkan minyak kelapa dara ni.

#9. Untuk masakan bayi

Bila si comel dah besar sikit dan mula makan makanan pejal, bolehlah gunakan minyak kelapa dara sebagai salah satu bahan masakan mereka.

Ramai je yang gunakan minyak kelapa dara ni untuk buat puri buah ke supaya tekstur puri lebih lembut.

#10. Merawat luka

Di samping itu, kalau sapu minyak kelapa dara di kawasan luka atau melecur di badan bayi ke, dikatakan luka pasti akan cepat sembuh kerana khasiat minyak kelapa dara tu.

Nanti bolehlah cuba Mommy. Lagipun, ia tidak terasa panas atau pedih apabila disapu di tempat luka. Nyaman je rasanya.

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Bayi

Kredit gambar: istockphoto

Banyak je khasiat minyak kelapa dara untuk bayi ni. Kitalah kena pandai mencuba dan suaikan ikut kesesuaian. Boleh tanyakan doktor si comel terlebih dahulu tentang perancangan Mommy nak gunakan minyak kelapa dara sebagai salah satu bahan dalam penjagaan mereka.

Nanti boleh dapatkan pandangan yang sebaiknya mengikut keadaan si comel Mommy ya?


Khas untuk Mommy yang pertama kali bakal menjadi ibu, jom sertai program Motherhood New Mom untuk mendapatkan New Mom Program seperti ‘welcome gift’ percume dan cabutan bertuah untuk 31 pemenang pada setiap bulan (1x Chicco KidFit 2-in-1 Belt Positioning Booster Car Seat, 30x Exclusive Baby Set)!

Apa tunggu lagi jom layari website Motherhood.com.my atau download aplikasi Motherhood.com.my di SINI sekarang!


Dapatkan info terkini mengenai penjagaan si manja Mommy di SINI.