Ibu, Bayi & Kanak Kanak

20 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Mommy

Khasiat Minyak Kelapa Dara

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau masa kecil dahulu, selalu orang tua lumurkan minyak kelapa dara di rambut sebelum kita ke sekolah kan? Kata mereka, rambut akan lebih sihat dan cantik bersinar.

Sebenarnya, menggunakan minyak kelapa dara dalam kehidupan seharian kita ni amatlah bagus. Ini kerana manfaatnya untuk kesihatan yang begitu banyak!

20 Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan Mommy

Jom, kita tengok beberapa khasiat minyak kelapa dara ni untuk kesihatan:

#1. Meningkatkan pembakaran lemak

Berdasarkan perkongsian daripada healthline, minyak kelapa ni, ia kaya dengan medium-chain triglycerides (MCTs) iaitu sejenis lemak tepu yang boleh membantu untuk membakar kalori dengan lebih banyak.

#2. Bersifat antimicrobial dan anti-kulat

Bukan itu sahaja, minyak kelapa ni, 50% kandungan daripada MCTs nya adalah lauric acid. Lauric acid inilah yang membuatkan minyak kelapa bersifat antimicrobial dan anti-kulat.

Ia mampu melawan perkembangan mikroorganisma yang berbahaya untuk badan kita.

#3. Memberikan tenaga segera yang sihat

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

MCTs dalam minyak kelapa juga boleh memberikan tenaga kepada Mommy dengan cepat dan lebih kurang seperti makanan berkarbohidrat yang lain.

Ini kerana badan kita menyerap dan memprosesnya dengan lebih cepat berbanding makanan yang mengandungi LCTs iaitu long-chain triglycerides.

#4. Boleh mengurangkan rasa lapar

Dalam proses mencerna MCTs, akan terhasil sejenis molekul yang dipanggil sebagai ketone. Ketone inilah yang akan menyebabkan badan Mommy rasa kurang lapar.

#5. Melembapkan kulit

Selain daripada itu, minyak kelapa juga boleh menambah kelembapan pada kulit di wajah dan badan. Sama ada disapu di kulit atau diminum minyaknya, Mommy akan perasan perubahannya nanti.

#6. Baik untuk kesihatan mulut

Kredit gambar: istockphoto.com

Pernah dengar tak petua untuk berkumur dengan minyak kelapa supaya gusi dan gigi Mommy lebih sihat? Haa.. jangan terkejut. Minyak kelapa pun boleh digunakan sebagai mouthwash ya.

Sifatnya yang antibakteria ini memang bagus untuk kesihatan mulut Mommy.

#7. Boleh menguatkan rambut

Bukan saja-saja ya orang tua kita lumurkan minyak ni di kepala. Rupa-rupanya ada kajian yang membuktikan ia memang bagus untuk kesihatan rambut kerana ia boleh menguatkan rambut dan mengurangkan kerosakan padanya.

#8. Kaya dengan antioksida

Mommy tentu tahu kan manfaat antioksida ni? Minyak kelapa memang kaya tau dengan antioksida. Ia boleh membantu tubuh kita untuk melawan radikal bebas dan sekali gus mengurangkan risiko untuk mendapatkan penyakit kronik.

#9. Mengawal kandungan gula di dalam darah

Kredit gambar: istockphoto.com

Di samping itu, ada kajian yang menyatakan, MCTs dalam minyak kelapa dipercayai boleh mengawal sensitiviti insulin.

#10. Mengurangkan tekanan

Selain daripada melawan radikal bebas, antioksida dalam minyak kelapa dara juga dikatakan boleh membantu untuk mengurangkan tekanan.

#11. Bersifat anti-radang

Minyak kelapa dara juga bagus untuk melegakan keradangan kerana sifat antioksida di dalamnya yang dipercayai anti-radang.

#12. Minyak urut yang berkhasiat

Kredit gambar: istockphoto.com

Berdasarkan perkongsian daripada netmeds, mengurut badan dengan minyak kelapa dapat meningkatkan peredaran darah dan kualiti tidur.

#13. Minyak masak yang sedap dan baik untuk kesihatan

Bukan untuk dilumur atau ditelan begitu je, minyak kelapa ni pun bagus untuk dijadikan minyak untuk memasak dan alternatif bagi penggunaan mentega.

Ia akan meninggalkan rasa yang sedap pada hidangan Mommy tau. Nanti cubalah!

#14. Baik untuk kesihatan jantung

Khasiat seterusnya adalah, minyak kelapa dipercayai bermanfaat untuk kesihatan jantung disebabkan kandungan medium-chain triglycerides di dalamnya.

#15. Merawat sakit Alzheimer

Kredit gambar: istockphoto.com

Molekul ketone yang dijelaskan tadi Mommy, bagus untuk meningkatkan memori otak. Jadi minyak kelapa digunakan dalam percubaan untuk mengurangkan simptom pesakit Alzheimer ni.

#16. Bagus untuk kesihatan tulang

Minyak kelapa juga boleh meningkatkan keupayaan badan kita untuk menyerap mineral penting seperti kalsium yang seterusnya baik untuk kesihatan tulang kita.

#17. Membantu merawat eczema dan psoriasis

Secara umumnya, memang minyak kelapa ni bagus untuk kulit. Tetapi, untuk penyakit kulit seperti eczema dan psoriasis, penggunaan minyak kelapa boleh mengurangkan gejala penyakit ini.

#18. Melawan radiasi UV

Kredit gambar: istockphoto.com

Selain itu, minyak kelapa juga membantu untuk melindungi kulit daripada kesan buruk sinaran matahari. Tetapi dengan penggunaan yang konsisten lah!

#19. Menyembuhkan luka dengan cepat

Kalau ada luka, cuba Mommy bersihkan dan sapu dengan minyak ni. Ia anti-radang dan antibakteria. Dikatakan, luka akan cepat sembuh tau.

#20. Membantu melambatkan penuaan

Kaya dengan pelbagai khasiat, minyak kelapa ni boleh melambatkan penuaan ya. Jika diamalkan sentiasa, kulit akan susah untuk berkedut.

Khasiat Minyak Kelapa Dara Untuk Kesihatan

Kredit gambar: istockphoto.com

Rugilah dengan khasiatnya yang sebegitu banyak tetapi kita tidak menggunakannya kan? Eloklah jika Mommy guna minyak kelapa ni sebagai ganti kepada minyak masak atau minyak urut yang kurang berkhasiat ke.

Asalkan pada kuantiti yang sederhana, Mommy pasti akan merasakan kesannya pada kesihatan nanti!