Ibu, Bayi & Kanak Kanak

13 Khasiat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Tubuh dan Kulit Wajah – Jimat dan Bebas Bahan Kimia!

khasiat minyak zaitun

Kredit gambar: www.southernliving.com

Minyak zaitun merupakan minyak yang diekstrak secara semula jadi daripada buah zaitun dengan cara memerah buah tersebut untuk mendapatkan minyaknya. Terdapat banyak khasiat minyak zaitun bukan sahaja untuk kesihatan tubuh tetapi juga untuk kecantikan kulit dan wajah.

Alangkah ruginya Mommy, kalau tidak jadikan ia sebagai amalan dan memanfaatkan kebaikannya dalam kehidupan harian.

Untuk makluman yang lebih lanjut mengenai apakah khasiat minyak zaitun ini dengan lebih terperinci lagi, Mommy semua boleh ikuti perkongsian di bawah ini!

Khasiat Minyak Zaitun

Highlighted

Kredit gambar: www.savoryexperiments.com

Berikut merupakan beberapa kebaikan minyak zaitun iaitu:

#1. Khasiat Minyak Zaitun Mampu Melembabkan Kulit Tubuh

Minyak zaitun mempunyai kandungan vitamin E dan kaya dengan antioksidan membantu melindungi kulit daripada pelbagai faktor luaran seperti sinaran matahari dan teksturnya yang ringan menjadikannya sebagai pelembap yang tidak melekit, tahan lama serta sesuai untuk semua jenis kulit.

#2. Sesuai Untuk Masalah Kulit Kering

Kredit gambar: www.verywellhealth.com

Ia juga sangat sesuai digunakan buat anda yang mempunyai masalah kulit kering. Caranya adalah dengan sapukan minyak ke muka dan tubuh anda sebelum tidur, dan biarkan ia kekal semalaman.

#3. Meningkatkan Kesihatan Kulit Tubuh

Selain itu, antara kelebihan minyak zaitun ini juga ia mampu jadikan kulit tubuh lebih sihat dan glowing.

Minyak zaitun yang mengandungi vitamin E yang tinggi ini berupaya untuk meningkatkan kesihatan kulit serta merawat pelbagai masalah kulit seperti keradangan, jerawat, serta melindungi kulit daripada beberapa penyakit serius seperti psoriasis dan kanser kulit.

#4. Khasiat Minyak Zaitun Dalam Membantu Menanggalkan Solekan dan Rawatan Wajah

Kredit gambar: www.aliexpress.com

Malah, antara kegunaan minyak zaitun adalah ia dapat digunakan untuk menanggalkan solekan.

Ia merupakan alternatif yang mudah dan murah berbanding anda menggunakan pelbagai jenama lain yang terdapat di pasaran.

Selain itu, ia juga boleh dijadikan sebagai produk penjagaan wajah anda.

Paling penting minyak zaitun ini selamat dan penuh khasiat berbanding produk kimia yang lain.

#5. Khasiat Minyak Zaitun Pada Penuaan

Kelebihan minyak zaitun ini juga adalah ia mempunyai sifat anti penuaan. Amalkan minyak ini melalui beberapa cara contohnya seperti urutan untuk lambatkan tanda-tanda penuaan anda.

#6. Digunakan Sebagai Lip Scrub

Kredit gambar: goldgrelia.com

Antara manfaat minyak zaitun dalam kecantikan yang lain adalah ia dapat merawat dan menjaga bibir anda agar kekal sihat, lembab serta lebih anjal.

Gosokkan minyak zaitun yang dicampur dengan jus lemon serta gula merah selama beberapa minit sebelum anda tidur. Ia mampu melicinkan bibir serta melembapkan bibir anda.

#7. Membantu Menyembuhkan Tumit Yang Merekah

Gosokkan lemon pada tumit kaki yang merekah, kemudian sapukan minyak zaitun padanya dengan banyak untuk menambah kelembapan dan kelicinan.

#8. Kebaikannya Pada Rambut

Kredit gambar: puresense.co.in

Kebaikan minyak zaitun yang seterusnya adalah ia dapat menjadikan rambut anda menjadi lebih sihat, mengelakkan keguguran rambut serta menggalakkan pertumbuhan rambut serta melembapkannya.

#9. Sebagai Rawatan Pra-syampu

Kredit gambar: www.oliveoil.com

Untuk dapatkan khasiat minyak zaitun, selalu urut kepala anda dengan minyak zaitun selama beberapa minit dan biarkan ia seketika untuk ia menyerap masuk ke dalam kulit kepala.

Urutan minyak zaitun ini dapat membantu dalam memberikan kilauan dan kekuatan yang berbeza pada rambut anda.

#10. Meningkatkan Kesihatan Kuku

Vitamin E dalam minyak zaitun boleh membantu memperbaiki penampilan kuku yang rosak disebabkan oleh penyakit.

Caranya adalah dengan menyapu minyak zaitun pada kuku anda dan biarkan ia selama 30 minit sebelum dicuci bersih.

Ia bukan sahaja dapat melembapkan kuku tetapi turut jadikan kuku anda lebih sihat dan kuat.

#11. Khasiat Minyak Zaitun Bantu Cegah Kanser Payudara

Kredit gambar: www.thebirthplace.com

Kebaikan olive oil yang seterusnya adalah ia membantu mencegah kanser payudara. Kajian yang dilakukan oleh Arab Saudi mendapati bahawa oleuropein, iaitu sebatian semula jadi yang terdapat dalam daun zaitun, mempunyai potensi sifat anti-kanser payudara.

Malah, satu ujian klinikal yang dilakukan di Sepanyol juga mendapati bahawa wanita mengambil diet yang mengandungi minyak zaitun mempunyai 62 peratus kurang risiko mendapat kanser payudara.

#12. Mencegah Penyakit Alzheimer

Menurut Scientific American, oleocanthal yang terkandung dalam minyak zaitun boleh membantu mencegah penyakit Alzheimer.

Ia didukung oleh hasil dapatan kajian yang dilakukan di Amerika juga, di mana didapati bahawa minyak zaitun mampu membantu meningkatkan pembelajaran dan ingatan pada tikus.

Hal ini menyokong kemungkinan replikasinya itu adalah turut berkesan penggunaannya pada manusia yang menderita penyakit Alzheimer.

#13. Khasiat Minyak Zaitun Bantu Turunkan Berat Badan

Kredit gambar: www.healthline.com

Sebuah kajian yang dilakukan oleh Harvard School of Public Health menyatakan bahawa minyak zaitun sangat berkesan dalam membantu penurunan berat badan.

Oleh itu, dengan semua kebaikan minyak zaitun yang dikongsikan di atas ini, jom jadikan minyak zaitun atau olive oil ini sebagai amalan harian anda untuk mendapatkan manfaat minyak zaitun yang berpanjangan!


Dapatkan pelbagai lagi tips dan info menarik yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.