Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Saffron Yang Sangat Bagus Untuk Kesihatan Wanita dan Lelaki!

Saffron adalah sejenis rempah yang dihasilkan daripada stigma sejenis bunga yang bernama Crocus sativus.

Rempah paling mahal di dunia! Ia banyak digunakan dalam masakan, perubatan, sebagai bahan pewarna dan juga perasa.

Saffron kaya dengan zat antioksidan yang sangat berperanan untuk melindungi sel-sel tubuh dari kerosakan akibat radikal bebas dan stres oksidatif.

Tahukah Mommy, harga saffron ini dijual dengan harga yang mahal disebabkan oleh kesemua kerja-kerja menuai stigma bunga saffron ini hanya dilakukan dengan tangan secara manual.

10 Khasiat Minum Air Saffron

1. Meningkatkan Tahap Kesihatan Kardiovaskular

Sifat antioksidan yang terkandung dalam saffron dapat memberi kesan positif pada paras kolesterol.

Antioksidan juga boleh mencegah penyumbatan saluran darah dan arteri. Rempah ini juga kaya dengan thiamin dan riboflavin.

Bahan ini membantu mengurangkan risiko penyakit jantung dengan cara menguatkan sistem peredaran darah tubuh.

Highlighted


2. Mencegah Kanser

Saffron kaya dengan antioksidan yang membantu meneutralkan radikal bebas berbahaya. Kerosakan akibat radikal bebas telah dikaitkan dengan penyakit kronik, termasuklah kanser.

3. Mengurangkan simptom sebelum haid

Ubat-ubatan herba yang mengandungi saffron didapati memberi kelegaan kepada wanita yang mengalami senggugut ringan.

4. Merawat Kemurungan

Saffron sangat efektif dalam merawat gejala depresi atau kemurungan yang di tahap ringan dan sederhana.

Zat crocin yang terkandung di dalam saffron boleh menurunkan gejala lebih baik daripada ubat antidepresi.

5. Melindungi daripada Penyakit Alzheimer

Antioksidan dari saffron ini dapat meningkatkan proses mental pada orang dewasa dengan penyakit Alzheimer. Ianya berperanan melindungi tubuh dari gangguan yang mempengaruhi sistem saraf.

6. Berfungsi sebagai ‘afrodisiak’

Afrodisiak merujuk kepada makanan atau suplemen yang membantu meningkatkan libido. Selain itu, saffron didapati efektif dalam meningkatkan kualiti sperma pada lelaki yang tidak subur.

7. Merawat Penyakit Asma

Komponen aktif dari Saffron seperti Safranal dan Crocin berfungsi sebagai anti-inflamasi dan antioksidan untuk membantu mengurangi peradangan di bahagian paru-paru.

Hal ini membolehkan lebih banyak udara untuk melewati paru-paru, lalu memudahkan pernafasan.

8. Membantu dalam Mengurangkan Berat Badan

Kebaikan saffron dapat membantu mengurangi nafsu makan. Ia sesuai untuk diamalkan kepada mereka yang mahu menurunkan berat badan.

9. Baik untuk Kesihatan Mata

Manfaat saffron juga melindungi dari radikal bebas yang menyebabkan peningkatan risiko pelbagai penyakit.

Pengambilan crocetin di dalam saffron, sejenis antioksidan memberi kesan perlindungan pada retina mata serta mencegah dari kegagalan funsi retina yang membahayakan.

10. Meningkatkan imuniti tubuh

Saffron kaya dengan karotenoid yang mempengaruhi imuniti. Satu kajian yang dilakukan pada lelaki yang sihat menunjukkan bahawa penggunaan saffron setiap hari, kira-kira 100 mg boleh memberi kesan untuk meningkatkan kekebalan tubuh.

Walaubagaimanapun, penggunaan saffron untuk merawat penyakit perlulah dibawah pengawasan doktor.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada Mommy agar dapat menggunakan khasiat rempah saffron sebaiknya untuk kesihatan diri dan keluarga.


Selain rempah saffron ini, ketahui lebih banyak khasiat bahan-bahan lain di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.