Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Serai Yang Penuh Kebaikan Kepada Kesihatan Tubuh

khasiat serai

Kredit gambar: www.marieclaire.co.uk

Serai bukan sahaja dijadikan sebagai bahan utama dalam masakan, tetapi dek kerana khasiat serai yang terbukti dalam banyak perkara menyebabkannya sering dijadikan pilihan utama dalam dunia rawatan perubatan, pewangi sabun dan lain-lain lagi.

Malah, oleh kerana terkenal dengan khasiat yang pelbagai, tidak hairanlah permintaannya semakin meningkat naik dari hari ke hari.

Antara kegunaan serai adalah, ia sering dijadikan sebagai air rebusan serai untuk dibuat minum yang begitu popular dalam menghilangkan bau badan dan membuang “angin” dalam badan.

Selain itu, antara khasiat serai yang lain juga adalah ia turut digunakan sebagai rawatan tradisional seperti merawat luka, sakit perut, demam, sakit tekak serta sakit kepala.

Bukan itu sahaja, banyak lagi kelebihan serai yang membawa begitu banyak manfaat terutama kepada kesihatan tubuh manusia.

Ikuti kupasan mengenai khasiat serai dalam perkongsian di bawah ini!

Khasiat Serai Yang Penuh Kebaikan

Highlighted

Kredit gambar: www.medicalnewstoday.com

#1. Dijadikan Sebagai Pewangi

Serai bukan sahaja dijadikan bahan perencah dalam masakan, tetapi ia turut dijadikan sebagai pati dalam minyak wangi kerana mampu mengeluarkan bau yang wangi yang datangnya dari batang dan daun serai kerana bahagian tersebut mempunyai minyak pati.

#2. Minyak Pati Aromaterapi

Kredit gambar: www.amazon.com

Selain dari itu, serai juga boleh dijadikan sebagai minyak pati untuk menyegarkan udara.

#3. Mencegah dan Merawat Kanser

Khasiat serai juga boleh diperoleh melalui daun serai iaitu dengan cara merebusnya untuk dijadikan sebagai teh serai. Rebusan daun serai ini dipercayai boleh merawat kanser servik, kanser kolorektal (usus besar) dan kanser prostat.

Teh daun serai ini juga kadang-kadang digunakan sebagai terapi semasa kemoterapi dan radiasi. Namun begitu, ia hanya boleh digunakan di bawah bimbingan ahli onkologi.

#4. Khasiat Serai Dalam Menurunkan Kolestrol

Kredit gambar: asianatimes.com

Kolestrol yang tinggi boleh mengundang risiko kepada masalah jantung dan strok. Daun serai segar juga boleh menurunkan paras kolestrol total, trigliserida dan kolestrol jahat serta meningkatkan semula paras kolestrol yang baik.

Malah, terdapat beberapa kajian yang dilakukan mendapati bahawa pemberian ekstrak daun serai juga mampu menurunkan paras kolesterol pada haiwan.

#5. Mempunyai Sifat Anti Bakteria

Bagi rawatan tradisional pula, serai digunakan untuk merawat jangkitan bakteria seperti keracunan makanan. Penggunaan minyak pati daun serai turut digunakan untuk melawan beberapa jenis jangkitan bakteria dan kulat.

#6. Khasiat Serai Dalam Menurunkan Tekanan Darah

Antara khasiat serai yang seterusnya adalah ia berupaya mengawal tekanan darah serta degupan jantung. Terdapat sebuah kajian yang bahawa orang yang mengambil teh serai mengalami penurunan di dalam tekanan sistolik darah berbanding dengan orang yang mengambil teh hijau.

#7. Melegakan Masalah Selesema

Bagi anda yang sedang mengalami masalah selesema, elok jika amalkan minyak pati serai kerana ia berkesan dalam merawat masalah hidung yang tersumbat serta menghilangkan selesema.

Malah, perubatan Ayurvedic juga menggunakan serai untuk merawat selesema dan batuk. Melalui kajian yang telah dilakukan, ia menunjukkan bahawa vitamin C yang dijumpai dalam serai boleh membantu melegakan masalah pernafasan.

#8. Melegakan Sakit Perut, Radang serta Sakit Sendi

Kredit gambar: techbullion.com

Serai yang dijadikan sebagai herba utama dalam pembuatan minyak angin berupaya merawat masalah sakit perut, radang serta sakit sendi.

Bukan itu sahaja, ia juga berupaya mengurangkan mengurangkan kesakitan dan mengelakkan jangkitan ringan, sama ada digunakan secara luaran atau diminum air rebusannya.

#9. Memutihkan Gigi

Masalah gigi yang kuning sering dihadapi oleh individu yang aktif merokok. Anda boleh hilangkannya dengan menggunakan serai.

Caranya adalah dengan menumbuk halus dua batang serai yang dipotong kecil dengan sedikit arang dapur lalu digosokkan pada gigi. Ulang langkah tersebut selama tiga kali seminggu untuk melihat hasilnya.

#10. Khasiat Serai Dalam Meningkatkan Keupayaan Kognitif Otak

Kredit gambar: parenting.firstcry.com

Antara manfaat minum air rebusan serai setiap hari dapat memberi banyak faedah kepada kesihatan terutama dalam meningkatkan keupayaan kognitif otak manusia.

Semoga dengan sedikit info berkaitan kebaikan serai ini, anda semua mula mengamalkannya dalam kehidupan harian.


Selain info berkaitan khasiat serai, dapatkan juga pelbagai lagi info menarik yang lain di SINI!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.