Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Apakah Khasiat Teh Hijau Kepada Kesihatan?

khasiat teh hijau

Kredit gambar : www.bola.com

Kajian menunjukkan terdapat banyak khasiat teh hijau terutama kepada kesihatan kulit, menurunkan berat badan dan mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Malah, International Institute of Sustainable Development turut menyatakan bahawa teh merupakan minuman kedua yang paling banyak digunakan di dunia selepas air kosong.

Teh hijau mempunyai pelbagai manfaat dan khasiat kepada tubuh terutamanya untuk diet dan kecantikan diri. Ia berasal dari China dan Jepun serta telah diamalkan selama berabad-abad di seluruh dunia. Teh hijau dibuat dari tumbuhan Camellia Sinensis dan ianya tidak ditapai bagi mengekalkan molekul penting iaitu polifenol. Oleh sebab itulah, teh hijau mengandungi antioksidan yang paling banyak dan polifenol yang bermanfaat serta turut mengandungi kafein.

Tahap pengoksidaan daun juga turut memainkan peranan penting dalam menentukan jenis teh. Antara jenis-jenis teh hijau yang boleh didapati adalah seperti berikut :

  • di dalam botol dan pemanis dengan gula atau pemanis tiruan
  • dalam bungkusan atau uncang
  • kepingan daun yang dipotong kecil
  • serbuk segera
  • suplemen teh hijau sama ada secara kapsul atau ekstrak cecair

Khasiat Teh Hijau Beserta Kebaikannya

Terdapat beberapa khasiat teh hijau iaitu :

#1. Mengatasi tekanan

Mengurangkan segala tekanan yang ada dalam diri serta memberi kesegaran.

#2. Penurunan berat badan

Kajian yang dilakukan mendapati bahawa catechin yang terdapat dalam teh hijau mempunyai peranan dalam meningkatkan metabolisma tenaga di mana ia dapat menurunkan berat badan.

#3. Keradangan kulit

Highlighted

Kredit gambar : www.tehsariwangi.com

Teh hijau mempunyai sifat anti-radang.

#4. Kesihatan jantung

Kredit gambar : www.juasnabila.blogspot

Selain itu, kajian mendapati bahawa minum sekurang-kurangnya lima cawan teh hijau setiap hari dapat mengurangkan risiko kematian disebabkan oleh penyakit kardiovaskular.

#5. Kolesterol rendah

Kredit gambar : health.kompas.com

Pengambilan teh hijau juga dapat mengurangkan tahap kolesterol dalam badan.

#6. Risiko strok

Kredit gambar : www.hipwee.com

Pengambilan minuman ini secara tetap mampu mengurangkan risiko strok. American Heart Association (AHA) menyatakan bahawa memasukkan teh hijau dalam diet memberi perubahan kecil tetapi positif dalam risiko strok.

#7. Diabetes Jenis 2

Kredit gambar : artikel.triasse.com

Kajian pada tahun 2017 menunjukkan bahawa teh hijau dapat mengurangkan risiko kencing manis jenis 2.

#8. Tingkatkan memori

Kredit gambar : tirto.id

Beberapa penyelidikan yang dilakukan mendapati bahawa teh hijau dapat meningkatkan memori kerja seseorang dan fungsi kognitif lain.

#9. Penyakit Alzheimer

Kredit gambar : www.klikdokter.com

Ujian yang dilakukan ke atas colon-available green tea extract (CAGTE) membuktikan bahawa ia dapat melindungi sel-sel dari radikal bebas yang merosakkan dan peptida beta-amyloid boleh memainkan peranan dalam membantu penyakit Alzheimer.

#10. Kanser ovari

Kredit gambar : my.theasianparent.com

Ianya juga turut mengurangkan risiko kanser ovari.

#11. Peransang semula jadi

Teh hijau merupakan sumber kafein semulajadi yang membantu anda untuk berasa lebih segar dan bertenaga.

#12. Penyakit Parkinson

Kredit gambar : diariodosudoeste.com.br

Penyakit ini adalah kesan keadaan neurodegeneratif yang mempengaruhi pergerakan dan kawalan motor halus pesakit. Oleh itu, teh hijau yang mengandungi polifenol ini dapat melindungi sel dari mengalami kecederaan yang disebabkan oleh neurotoxins dan memastikan sel tersebut kekal sihat.

#13. Kesihatan mulut

Kredit gambar : ciputrahospital.com

Teh hijau yang mempunyai sifat antibiotik dan antikulat semulajadi dapat melindungi daripada kaviti dan nafas berbau.

#14. Melawan MRSA

Kredit gambar : www.infectiousdiseaseadvisor.com

Methicillin-resistant Staphylococcus Aureus atau MRSA merupakan bakteria Staphylococcus aureus yang kebal kepada antibiotik oxacillin atau cefoxitin. Sesetengah bukti awal menunjukkan bahawa teh hijau berupaya membantu dalam memerangi MRSA.

#15. Stabilkan tahap gula

Kredit gambar : www.antaranews.com

Mengurangkan pengeluaran glukosa dalam badan dengan lebih berkesan serta menjaga tahap glukosa supaya berada dalam julat yang sihat.

#16. Pertumbuhan gigi yang sihat

Jumlah fluorida dalam teh hijau turut membantu menghalang bakteria daripada menyerang gigi.

#17. Tulang menjadi lebih kuat

Selain itu, polifenol yang terdapat dalam teh hijau juga boleh meningkatkan jisim tulang serta melindungi tisu tulang dari berlaku kerosakan.

#18. Meningkatkan sistem imun

Malah, ianya turut meningkatkan sistem imun badan anda terutamanya terhadap gejala selesema.

#19. Kelihatan muda

Kredit gambar : www.kompas.com

Gabungan 10% krim teh hijau dengan suplemen teh hijau mampu meningkatkan keanjalan kulit serta menjadikannya lebih muda daripada umur anda.

#20. Panjang usia

Kredit gambar : health.grid.id

Minum tiga atau empat cawan teh hijau sehari dapat menurunkan risiko kematian sebanyak 5% bagi lelaki, manakala untuk wanita pula adalah sebanyak 18%.

Waktu terbaik minum teh hijau pula adalah pada setiap pagi selepas makan. Jadi, mulakan pagi anda dengan menikmati teh hijau untuk kesihatan dan kecantikan yang berkekalan.

Semoga bermanfaat!


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.


Dapatkan maklumat pemakanan berkhasiat dan resepi yang lain di SINI.