Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Khasiat Yogurt Yang Sangat Bagus Untuk Kesihatan dan Kecantikan Wanita

Yogurt padat dengan nutrien, mengandungi jumlah protein, kalsium, kalium, fosforus, magnesium, zink dan vitamin B-12 yang tinggi. Untuk pengetahuan Mommy, terdapat banyak khasiat yogurt pada kesihatan dan kecantikan kita.

Yogurt mengandungi dua jenis bakteria ‘baik’, iaitu Streptococcus thermophilus yang berbentuk bulat dan Lactobacillus bulgaricus yang berbentuk ‘batang’.

Wanita yang makan yogurt secara kerap biasanya mempunyai kualiti diet keseluruhan yang lebih baik kepada kesihatan tubuh badan.

Berikut merupakan beberapa khasiat yogurt pada kesihatan kita.

10 Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan dan Kecantikan Wanita 

Highlighted


1. Mencegah jangkitan pada vagina

Bagi wanita yang ingin menjaga kesihatan organ intim, makan/ minum yogurt adalah salah satu cara mudah untuk melakukannya. Dengan pengambilan yogurt, wanita berisiko lebih rendah untuk jangkitan kulat di bahagian intim.

Selain itu, wanita yang ingin vaginanya bau harum, tidak berbau dan bebas keputihan yang melampau harus mengamalkan makan yogurt perisa asli.

2. Membantu sistem penghadaman

Bakteria yang terkandung di dalam yogurt berfungsi membantu menghadamkan laktosa.

Bakteria itu bertindak dengan merangsang sebahagian daripada sistem pelalian di dalam salur usus dan menghasilkan keadaan sekitaran yang lebih sihat di dalam usus lalu menjadikan keadaan itu tidak sesuai untuk organisma tidak baik hidup.

Sistem penghadaman dalam tubuh badan juga dapat berjalan dengan lancar.

3. Menyihatkan tulang dan mencegah osteoperosis

Semangkuk yogurt yang kaya akan vitamin D dan kalsium mampu membuat tulang semakin sihat dan kuat. Kalsium juga berperanan dalam menjaga kepadatan tulang sehingga mampu mencegah penyakit osteoporosis.

4. Khasiat Yogurt Yang Dapat Meningkatkan Sistem Imun Badan

Yogurt mengandungi bakteria baik atau probiotik. Tugasnya adalah untuk menyingkirkan bakteria jahat yang mengganggu sistem pencernaan.

Secara tidak langsung, probiotik turut membantu menyokong kekuatan dan peningkatan sistem imun badan. Pengamal yogurt juga pada kebiasaannya jarang terdedah kepada penyakit seperti demam dan selsema.

Probiotik bakteria yang terkandung di dalam yogurt dikatakan dapat membantu mencegah penyakit radang usus melalui mengubah mikrofora pencernaan.

5. Menurunkan kadar kolesterol

Yogurt juga mampu menurunkan kolesterol darah.

Ini adalah kerana zat faktor antikolesterol yang mencegah kerja enzim pembentuk kolesterol.

Pengurangan kolesterol juga terjadi kerana pertumbuhan bakteria akan menyerap sejumlah zat kolesterol ke dalam selnya. Penyerapan ini berlaku di usus kecil dan membantu mengurangi kolesterol dalam darah.

6. Khasiat yogurt pada kulit

Selain dimakan, yogurt boleh dijadikan masker wajah. Fungsinya adalah untuk mendapatkan kulit yang lebih bersih dan lembut.

Tahukah anda, yogurt mengandungi asid laktik yang berfungsi sebagai penyingkir sel-sel kulit mati dan menghidratkan kulit supaya kekal lembap dan segar.

7. Memutihkan gigi

Yogurt mengandungi kalsium dan fosforus yang membantu enamel gigi menjadi lebih putih dengan membentuk lapisan perlindungan bagi menghalang kekuningan.

Antara petua yang diturunkan ialah: Sapukan secara kerap pada gigi anda untuk mendapat keputusan terbaik.

8. Menghilangkan kelemumur

Ini merupakan khasiat yogurt yang ramai orang tak tahu! Yogurt juga sebenarnya sering digunakan sebagai kaedah semula jadi untuk melicinkan rambut, melembabkan kulit dan mengurangkan masalah kelemumur.

Selain itu, ia membantu di dalam menenangkan dan mengurangkan rasa gatal di bahagian kulit kepala.

  1. Sapukan yogurt pada kulit kepala dan rambut.
  2. Cuci kepala dengan air suam setelah kira-kira 15 hingga 20 minit.

9. Mengatasi rambut gugur

Masalah rambut gugur merupakan petanda rambut  kurang mendapat  gizi dan kurang terhidrasi. Yogurt boleh digunakan untuk mengatasi masalah rambut gugur dan rosak.

Lumurkan bahan tersebut ke seluruh bahagian rambut seperti memakai ‘masker’ rambut. Biarkan selama  sejam hingga dua jam sebelum mencuci rambut.

Amalkan sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali seminggu.

10. Mudah dicerna

Bagi mereka yang alergi terhadap laktosa dan alah pada minuman susu, yogurt adalah pilihan tepat untuk mendapatkan nutrisi alternatif. Ini kerana yogurt lebih mudah dicerna dan mengandung nutrisi yang hampir sama seperti susu.

Lepas ni, boleh la Mommy amalkan makan yogurt dekat rumah! Pelbagai khasiat yogurt yang sangat membantu untuk kesihatan dan kecantikkan wanita.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan berguna untuk Mommy.


Dapatkan lebih banyak info tentang pemakanan dan tips yang berguna di SINI.


Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.