Menjelang musim tengkujuh, hujan perlahan-lahan membanjiri jalan-jalan dan rumah kediaman kita. Ramai keluarga, kanak-kanak terjejas. Untuk keselamatan semua, YB Nurul Izzah memperkenalkan kit banjir khas untuk kanak-kanak.
Terdapat beberapa kepentingan yang harus Mommy take note apabila berdepan dengan banjir. Seperti yang Mommy tahu, banjir juga bermaksud risiko tinggi untuk anak-anak dijangkiti pelbagai jenis penyakit berjangkit.
Melalui Facebook beliau, YB Nurul Izzah mengemukakan simulasi banjir untuk persediaan tahun ini. Selain itu, beliau juga berkongsi tentang kit bencana khas kanak-kanak.
Ini adalah antara barang-barang penting yang harus ada pada kit banjir kanak-kanak.
10 Benda Wajib Dalam Kit Bencana Khas Kanak-kanak
Antara barang yang diperlukan adalah:
1. Beg Kalis Air
Bag kalis air berfungsi untuk menyimpan barang-barang kecemasan dan elakkan supaya ia tenggelam.
2. Air mineral dan makanan tahan lama
Bekalan makanan amatlah penting dalam sesuatu kecemasan. Segala tenaga akan digunakan sewaktu berpindah randah, dan banyak pergerakan akan dilakukan sewaktu itu. Sebab itulah, makanan yang tahan lama penting sewaktu kecemasan.
3. Baju hujan
Dengan cuaca yang tidak menentu, seharusnya baju hujan adalah keperluan untuk kanak-kanak miliki.
4. Buku aktiviti mewarna dan pensel warna
Sewaktu berada di PPS (pusat pemindahan sementara) kanak-kanak boleh mengisi masa lapang dengan mewarna dan juga melukis dengan buku aktiviti yang telah disediakan.
5. Ziplock bag
Dengan adanya ziplock bag, Mommy boleh menyimpan dokumen-dokumen penting sewaktu dilanda banjir. Pastikan dokumen disimpan dengan rapi supaya tidak kena air banjir serta air hujan.
6. Selimut haba kecemasan
Memang tidak dinafikan cuaca dan persekitaran akan menjadi lebih sejuk, lagi-lagi banjir. Oleh itu, pentingnya kita ada selimut haba kecemasan untuk pastikan kita tidak kesejukan.
7. Kit kebersihan
Sewaktu berada di PPS, mungkin sesetengah barang tidak menyediakan keperluan seperti sabun dan berus gigi kerana kekangan barang-barang kebersihan diri. Oleh itu, terdapat beberapa baragan kebersihan diri disekalikan dalam kit kecemasan ini.
8. First Aid Kit
Jika berlaku kecederaan, dan memerlukan sebarang barang kecemasan, pentingnya ada first aid di dalam beg kanak-kanak.
9. Wisel
Untuk dapatkan perhatian penyelamat, wisel semestinya antara keperluan yang penting untuk anak-anak kita ada.
10. Glowstick
Penting untuk menyuluh persekitaran. Sewaktu banjir tahun lepas dan awal 2022, bekalan elektrik juga terjejas hingga menyebabkan kawasan berada dalam keadaan sangat gelap untuk mencari mangsa-mangsa banjir. Oleh itu, glowstick juga penting dalam kit kecemasan ini.
Highlighted
Kita harus bersedia untuk mengharungi banjir yang akan datang kali ini. Untuk menjaga keselamatan diri dan juga keluarga, pastikan Mommy dan keluarga sentiasa bersedia untuk apa-apa kecemasan yang bakal berlaku.
Take note ya Mommy! Semoga kita jauh daripada becana banjir kali ini. Semoga bermanfaat untuk semua.
Kredit: YB Nurul IzzahÂ
Dapatkan tips penyakit akibat banjir di SINI.