Bila sakit pada waktu malam dan lokasi hospital agak jauh dari tempat tinggal Mommy, Mommy tentu akan memilih untuk ke klinik berdekatan yang buka 24 jam bukan? Selain daripada dapat membantu melegakan kesakitan, sekurang-kurangnya klinik yang dibuka 24 jam seperti klinik 24 jam di Melaka ini dapat membantu dalam kes-kes kecemasan.
Sekiranya Mommy berada di Melaka atau sedang mencari klinik 24 jam di Melaka, berikut merupakan senarai klinik yang Mommy boleh cuba untuk mendapatkan rawatan.
Senarai Klinik 24 Jam Di Melaka
1. Klinik Bukit Katil 24 JAM
Klinik Bukit Katil 24 JAM ini adalah salah satu klinik panel di negeri Melaka. Ia juga adalah Covid-19 testing center. Kalau nak test ujian Covid-19, anda perlu buat temu janji terlebih dahulu.
Alamat: No 4, Jalan Kompleks Niaga Merak Mas, Taman Merak Mas, Bukit Katil, 75450, Melaka, 75450 Melaka.
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-252 2000
Akaun Facebook: Facebook @Klinik Bukit Katil
2. Poliklinik Bukit Katil 24 Jam & X-RAY
Selain Klinik Bukit Katil 24 JAM, di Bukit Katil pun ada poliklinik iaitu Poliklinik Bukit Katil 24 Jam & X-RAY. Mana-mana yang mudah dan tidak ramai orang, bolehlah dapatkan rawatan yang anda perlukan ya.
Alamat: No:11 & 11, 1, Jalan Saujana 2/2, Taman Saujana Seksyen 2, 75450, Malacca
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 016-578 5541
3. Klinik Fadhilah 24 Hours/Jam
Antara rawatan yang diberikan di sini ialah rawatan umum, khatan anak perempuan dan lelaki, ujian AIDS, ultrasound dan banyak lagi.
Alamat: 18, Jalan Saujana Permai 1, Taman Saujana Permai, 75450 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 0 06-233 8858
Laman web: Blog Klinik Fadhilah
4. Klinik Utama Cheng 24 Jam
Untuk dapatkan rawatan umum, minor surgery dan lain-lain lagi di Taman Paya Rumput, bolehlah ke Klinik Utama Cheng 24 Jam ya.
Alamat: No. 17, Jalan Inang 3, Taman Paya Rumput, 76450 Utama, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-336 8805
Akaun Facebook: Facebook @Klinik Utama Cheng
5. Klinik Melaka
Kalau di Batu Berendam, Klinik Melaka merupakan antara klinik 24 jam di sini.
Alamat: No 68, Jalan Mutiara Melaka 2, Taman Mutiara Melaka, 75350 Batu Berendam, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-317 1082
Akaun Instagram: Klinik Melaka, Batu Berendam
6. Klinik Kota Laksamana
Nak cucuk booster? Anak sakit tengah malam? Kalau anda tinggal di kawasan Taman Kota Laksamana, bolehlah ke Klinik Kota Laksamana ini ya.
Alamat: 17, Jalan KL 3/15, Taman Kota Laksamana, 75200 Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-283 0850
Akaun Facebook: Klinik Kota Laksamana
7. Klinik Famili
Alamat: 2, Jalan Cempaka 1, Taman Seri Cempaka, 75400 Peringgit, Melaka
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06-282 8864
Akaun Instagram: Instagram @Klinik Famili
Semoga segala urusan anda dipermudahkan dan diberi kesihatan yang baik. Jom kenali klinik 24 jam di Klang Valley pula!