Jika kesakitan Mommy serius dan perlu dapatkan rawatan segera, Mommy tentu akan ke klinik terdekat yang waktu operasinya 24 jam kan?
Untuk Mommy yang tinggal atau bercuti di Penang, bolehlah tengok senarai klinik 24 jam di Penang ini.
Senarai Klinik 24 Jam Di Penang
Jangan lupa untuk hubungi pihak klinik terlebih dahulu dan pastikan Mommy atau yang tersayang boleh dapatkan rawatan segera.
1. Klinik Batu Lancang
Kalau nak dapatkan rawatan seperti vaksin campak, hepatatis-B dan sebagainya, bolehlah ke klinik ini. Banyak lagi rawatan lain yang disediakan dan untuk pembedahan minor pun boleh.
Alamat: 12 FJalan, Jln Tan Sri Teh Ewe Lim, Taman Continental, 11600 Jelutong, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-282 5282
Akaun Facebook: Facebook @Klinik-Batu-Lancang
2. Klinik Perubatan Tanah Melayu
Untuk warga Penang yang belum cucuk booster, bolehlah dapatkan di sini ya. Selain itu, rawatan untuk penyakit sakit puan pun boleh.
Alamat: 1 P, Sungai Nibong Hwy, Bayan Baru, 11900 Bayan Lepas, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-640 5599
Akaun Facebook: Facebook @Klinik-Perubatan-Tanah-Melayu
3. The Pearl Clinic
Merupakan salah satu klinik dalam Kumpulan Mediviron, Mommy boleh dapatkan pelbagai rawatan di The Pearl Clinic ini seperti untuk sakit-sakit ringan macam selesema dan demam.
Bukan tu je, rawatan untuk kecemasan pun ada.
Alamat: 99, King Street, George Town, 10200 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-262 7295
Akaun Facebook: Facebook @thepearlclinic
4. Klinik Sri Pinang Dan Surgeri 24 Jam
Kalau Mommy mencari klinik 24 jam di George Town, bolehlah ke salah satu klinik panel ini ya.
Alamat: 42, Ground Floor, Lebuh Sungai Pinang 1, 10150 George Town, Penang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-282 8810
5. Klinik Sri Pelangi Medical
Sentiasa buka untuk 24 jam, nak test Covid-19 dan X-ray pun boleh di sini.
Alamat: 22, Jalan Tun Dr Awang, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-642 0366
Akaun Facebook: Facebook @Sri-pelangi-medicaL-klinik
6. Klinik Singapore (Jalan Terengganu) oleh Mediaid
Alamat: 71-F, Jln Trengganu, Taman Free School, 10460 George Town, Pulau Pinang
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 04-281 0114
Akaun Facebook: Facebook @Klinik-Singapore-Group
Sekiranya Mommy ingin membawa si manja Mommy mendapatkan rawatan daripada doktor pakar di Pulau Pinang, Mommy boleh lihat DISINI.
Semoga kita semua diberikan kesembuhan dan kesihatan yang baik.