Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Serta Senarai Cawangan Di Selangor Dan Kuala Lumpur

Kredit: Facebook @KlinikKesihatanKualaLumpur & moh.gov.bn

Saat paling menggembirakan bagi seseorang isteri yang menantikan cahaya mata buat pertama kalinya tentulah mendapat tahu yang diri sudah hamil.

Tentu bakal ibu tak sabar nak mendapatkan kepastian di klinik selepas membuat ujian kehamilan di rumah kan?

Jadi klinik yang mana perlu bakal ibu ziarahi? Walaupun bakal ibu boleh pergi ke mana-mana swasta atau kerajaan iaitu Klinik Kesihatan, yang terbaik bagi bakal ibu selalunya adalah Klinik Kesihatan Ibu dan Anak (KKIA).

Highlighted

Sumber: Getty Images

Klinik Ibu dan Anak VS Klinik Kesihatan Biasa

Apa beza Klinik Kesihatan biasa dengan Klinik Kesihatan Ibu dan Anak?

Sebenarnya tak banyak perbezaan antara kedua-dua jenis klinik ini.

  • Klinik Kesihatan Biasa

Klinik Kesihatan merupakan klinik besar yang mempunyai kemudahan makmal, x-ray, dan farmasi.

Klinik Kesihatan terdapat pegawai perubatan yang bertugas dan dibantu oleh staf-staf kesihatan yang lain.

  • Klinik Ibu dan Anak

KKIA pula mempunyai pakar perubatan kesihatan keluarga dan peralatan perubatan yang khusus buat ibu dan anak-anak seperti mesin imbasan ultrasound, ataupun prosedur seperti ujian pap smear dan perkhidmatan menyunatkan bayi.

Bakal ibu juga perlu membuka buku merah atau buku pink di KKIA. Selalunya, sebaik sahaja bakal ibu mendapati yang diri sedang hamil, selalunya sebelum kandungan mencecah 12 minggu, segeralah ke KKIA berdekatan untuk membuka buku merah atau buku pink dan untuk membuat checkup.

Kalau lewat nanti klinik akan mungkin melabelkan baka ibu sebagai “late booking”. Bakal ibu juga mesti nak tau estimated due date (EDD) atau anggaran tarikh beranak kan?

Kredit: KelabMama

Buku pink sangat penting buat ibu mengandung. Nama rasminya ialah Rekod Kesihatan Ibu Hamil. Ia dipanggil buku merah atau pink kerana warna buku rekod tersebut saja. Pegawai perubatan atau doktor akan mencatatkan progres ibu dan bayi sepanjang tempoh kehamilan.

Ibu hamil dan bayi memerlukan pengawasan dan pemeriksaan yang rapi dan teliti kerana kedua-duanya akan melalui perubahan fisiologi yang ketara sepanjang tempoh kehamilan.

Jadi pastikan bakal ibu menyimpan buku pink itu dengan selamat, ya.

Apa Yang Perlu Dibawa?

Apabila bakal ibu pergi untuk mendaftar di Klinik Ibu dan Anak buat pertama kalinya, pastikan bakal ibu membawa dokumen-dokumen seperti berikut:

  • Kad Pengenalan diri sendiri
  • Kad Pengenalan suami
  • Sijil nikah
  • Bil air/elektrik rumah untuk pengesahan alamat
  • Surat rujukan doktor atau klinik lain (jika ada)

Selepas mendaftar, bakal ibu akan mendapat buku merah/buku pink yang perlu bakal ibu simpan dan dibawa setiap kali membuat checkup.

Buku ini juga perlu dibawa lepas bersalin tau!

Seperti yang dikatakan tadi, tubuh badan ibu telah melalui perubahan fisiologi yang ketara dan pakar perubatan perlu selalu mengawasi dan membuat pemeriksaan.

Buku ini juga perlu di bawa untuk kehamilan ibu yang seterusnya.

Pemeriksaan Selepas Mendaftar

Setelah mendaftar, pakar perubatan akan membuat beberapa pemeriksaan selepas mengesahkan kehamilan bakal ibu.

Untuk pemeriksaan pertama, selalunya bakal ibu akan melalui:

  • mengambil berat badan
  • bacaan tekanan darah
  • bacaan nadi
  • ujian darah
  • ujian air kencing
  • suntikan kancing gigi (untuk kehamilan pertama)

    Sumber: Getty Images

Dan untuk lawatan seterusnya, pemeriksaan-pemeriksaan yang baka ibu akan lalui termasuklah:

  • pengambilan berat badan
  • bacaan tekanan darah
  • bacaan nadi
  • edema (bengkak kaki)
  • ujian air kencing
  • tinggi rahim
  • kedudukan dan saiz bayi
  • degupan jantung bayi

Ini adalah beberapa contoh atau pemeriksaan asas yang akan dilakukan oleh pakar perubatan bakal ibu.

Berbanding dengan individu lain, pakar perubatan mungkin akan jalankan pemeriksaan atau ujian lain berdasarkan sejarah perubatan dan keadaan fizikal ibu hamil, terutamanya jika bakal ibu melalui kehamilan berisiko tinggi.

Bagi bakal-bakal ibu di sekitar Lembah Klang, berikut merupakan senarai Klinik Ibu dan Anak di Selangor dan Kuala Lumpur:

Cawangan Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Di Selangor

  1. Klinik Ibu Dan Anak Kuala Kubu Baru
    Alamat: Jalan Kolam Air, 44400 Kuala Kubu Baru, Hulu Selangor, SelangorNo. Telefon: 03-6064 1257
  2. Klinik Ibu Dan Anak Bukit Sentosa
    Alamat: Jalan Seroja, 1A Bukit Sentosa, 48000 Rawang, Hulu Selangor, SelangorNo. Telefon: 03-6104 0062
  3. Klinik Ibu Dan Anak Kampung Pandan
    Alamat: Kampung Pandan, 55100 Ampang, Hulu Langat, SelangorNo. Telefon: 03-9284 7881
  4. Klinik Ibu Dan Anak Ampang Jaya
    Alamat: Jalan 49, Bukit E, Cheras Baru, 43000 Ampang, Hulu Langat, SelangorNo. Telefon: 03-4297 5853
  5. Klinik Ibu Dan Anak HOAG
    Alamat: Hospital Orang Asli Gombak, KM42 Jalan Pahang Lama, 53100 Gombak, SelangorNo. Telefon: 03 – 6189 2122

Cawangan Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Di Kuala Lumpur

  1. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Jalan Bangsar
    Alamat: Blok 2, Tingkat Bawah, Flat Sri Pahang, Bukit Bangsar, 59000 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-2282 5564
  2. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Koperasi Polis Fasa 2
    Alamat: Dewan Komuniti Fasa 2, Taman Koperasi, Batu Caves, 68100 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-6184 1767
  3. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Taman Pantai Indah
    Alamat: No. 7, Jalan 2/112F, Taman Pantai Indah, Jalan Pantai Dalam, 59000 Bangsar, Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-2282 5107
  4. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Bandar Tun Razak
    Alamat: Blok 92, Flat Sri Kota, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-9171 7129
  5. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Pasar Moden Gombak
    Alamat: Batu 5, Jalan Gombak, 53000 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-4021 8030
  6. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Taman Sri Sentosa
    Alamat: Block 67, Taman Sri Sentosa,55800 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-7781 4120
  7. Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak Cheras Makmur
    Alamat: No. 16 & 18, Jalan 2/96A, Taman Cheras Makmur, 56100 Kuala Lumpur
    No. Telefon: 03-9130 4796
Sumber: Getty Images

Selain daripada KKIA di atas, anda yang berada di Kuala Lumpur juga boleh mendapatkan rawatan atau pemeriksaan di Hospital Wanita dan Kanak-kanak Kuala Lumpur yang menawarkan servis  yang baik dan selesa untuk semua.

Setelah bakal ibu selesai dengan proses membuka buku merah atau buku pink dan pemeriksaan awal, bakal ibu perlu komit dan berpegang pada rutin pemeriksaan kehamilan di KKIA yang dipilih.

Secara umumnya, waktu-waktu bakal ibu perlu hadir ke klinik kesihatan untuk membuat checkup atau pemeriksaan adalah seperti berikut:

  • Sekali sebulan pada awal kelahiran hingga minggu ke 28 atau kandungan enam ke tujuh bulan.
  • Dua minggu sekali apabila kandungan sudah memasuki tujuh ke lapan bulan.
  • Setiap minggu setelah kandungan mencapai lapan bulan sehinggalah bakal ibu bersalin.

Bakal ibu dah berasa teruja tak untuk berjumpa dengan pakar perubatan di KKIA?

Sepanjang kehamilan tentu ada suka dukanya, tetapi, bakal ibu tak perlu risau kerana pakar perubatan akan sentiasa berada untuk membantu anda menghadapi apa sahaja masalah atau kebimbangan.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar buat bakal ibu sepanjang kehamilan dan juga selepas, dan selamat menghayati pengalaman kehamilan yang manis.