Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Pakar Kanak-kanak Yang Terdapat Di Kulai, Johor

Sumber: thestar.com.my

Pada kebiasaannya, klinik pakar kanak-kanak ditubuhkan oleh pakar pediatrik untuk merawat kanak-kanak dari bayi hingga ke remaja berumur 18 tahun.

Jadi kalau Ibu dan Ayah ragu-ragu nak bawa anak yang dah besar, tak perlu lagi khuatir! Memang digalakkan bagi ibu bapa untuk membawa anak-anak, terutamanya yang kecil ke klinik pakar kanak-kanak jika mereka berasa kurang sihat.

Ini kerana sistem imun badan kanak-kanak belum berkembang seperti orang dewasa, jadi apa-apa penyakit yang mereka alami mungkin tak sama dengan apa yang dialami oleh orang dewasa.

Contohnya, kalau orang dewasa berasa sakit perut, mungkin disebabkan oleh gastrik atau keracunan makanan, tapi untuk bayi mungkin mereka mengalami sakit colic, atau pun untuk kanak-kanak kecil, mungkin mereka dijangkiti virus rota.

Tambahan pula, kebanyakan klinik-klinik pakar kanak-kanak ini memberi perkhidmatan vaksin juga. Ini akan menguatkan lagi sistem imun mereka untuk melawan penyakit-penyakit yang tidak di alami oleh orang dewasa.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Selalunya pakar pediatrik juga dapat membantu kanak-kanak dari segi masalah emosi juga, bukan fisiologi sahaja.

Terutama sekali kehidupan pada zaman pandemik ini, tidak senang bagi anak-anak untuk membesar dengan normal, apatah lagi tidak mendapat ke sekolah dan berjumpa dengan rakan-rakan sebaya untuk mengembangkan kesihatan sosial mereka juga.

Walapun bukan pakar sakit mental seperti pakar psikiatri atau psikologi, pakar pediatrik dapat memberi konsultasi secara am, atau tidak pun mereka boleh membuat rujukan doktor pakar lain yang fokus kepada kesihatan mental, emosi, dan sosial.

Semua ini perlu dititikberatkan oleh ibu bapa, dan pakar pediatrik dapat membantu.

Jika Ibu dan Ayah menetap di Kulai, berikut adalah klinik pakar kanak-kanak yang boleh dikunjungi.

Klinik Pakar Kanak-kanak di Kulai, Johor

  1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Wong

    Sumber: Google

    Alamat: 3092, Jalan Merbau 2, Bandar Putra, 81000 Kulai, Johor
    No. Telefon: 07-5908943
    Laman Sesawang: Facebook Klinik Pakar Kanak-Kanak Wong, Kulai
    Waktu Operasi:
    Isnin – Selasa / Khamis – Jumaat: 9.00 pagi – 6.00 petang
    Rabu / Sabtu: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari
    Ahad: Tutup

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Mama boleh lihat di sini.