Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Edisi Utara Malaysia: Senarai Klinik Pakar Kanak-kanak di Ipoh, Perak

Kredit: remotelands.com

Bagi warga Ipoh dan sekitarnya, berikut adalah klinik pakar kanak-kanak yang boleh menjadi pilihan rawatan terbaik untuk anak anda.

1. Klinik Kanak-kanak Yee & Klinik Lee

Highlighted

Sumber: Bookdoc

Klinik Dr.Yee yang terletak di Kampung Jawa, Ipoh ini memberikan rawatan untuk kanak-kanak yang komprehensif.

Selain itu, khidmat pemberian vaksin juga ada disediakan di sini. Antaranya ialah BCG, Hepatitis B, DTPa, Hib, Polio, MMR, Pneumococcal, Influenza, Hepatitis A, campak, dan lain-lain lagi.

Dr. Yee Khim Hoe merupakan seorang pakar pediatrik berpengalaman yang amat mengambil berat dan prihatin terhadap pesakit kecilnya.

  • Alamat:  No. 6, Jalan Leong Nam Sin, Kampung Jawa, 30300 Ipoh, Perak
  • No. telefon: 05-254 1799
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Khamis; 9pagi -1 petang; 2:30 – 6:30 petang
    • Jumaat: 9 pagi – 1 petang
    • Sabtu, Ahad & Cuti Umum – tutup

2. Klinik Pakar Kanak-kanak H.M Wong

Sumber: Bookdoc

Klinik Dr. Wong menyediakan rawatan perubatan am untuk bayi dan kanak-kanak.

Klinik ini juga merupakan antara Klinik Pakar Kanak-kanak di Ipoh yang menyediakan vaksinasi untuk anak-anak. 

  • Alamat: No. 4 Jalan Leong Sin Nam, 30300 Ipoh, Perak
  • No. Telefon: 05-2426536
  • Waktu Operasi:
    • Isnin –Jumaat: 9 pagi – 3 petang
    • Sabtu & Ahad: 10 pagi – 12 t/hari
    • Cuti Umum: Tutup

3. Klinik Pakar Kanak-kanak Lim

Sumber: MyHealthCare

Klinik Pakar Kanak-kanak Lim yang diketuai oleh Dr Lim Bi Tian merupakan seorang pakar yang disegani.

Klinik ini menyediakan rawatan khusus untuk kanak-kanak dengan caj yang berpatutan kepada pesakitnya. 

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah rawatan pediatrik am, diagnosis penyakit, vaksinasi, penyakit kulit untuk kanak-kanak, dan juga perubatan am yang lain.

  • Alamat: 99, Jalan Kamaruddin Isa, Fair Park 30020, Ipoh, Perak
  • No. Telefon: 05-547 9508
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Sabtu: 9:00 pagi – 12:30 tengahari, 2:30 – 5 petang
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

4. Klinik Pakar Kanak-kanak Ipoh

  • Alamat: 33A, Jalan Sultan Azlan Shah Utara, Ipoh, Kinta, 31400
  • No. Telefon: 05-545 6133

5. Klinik Pakar Kanak-kanak David Sdn Bhd

  • Alamat: No 26, 1st Floor, Jalan Tambun, 30350 Ipoh, Perak, 31400
  • No. Telefon: 05-241 5752

6. Klinik Pakar Kanak-kanak B.S Yeoh Sdn Bhd

  • Alamat: 19, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak
  • No. Telefon: 05-547 4229

7. Klinik Pakar Kanak-kanak Tang 

Sumber: Repictblog

Dr Tang Yew Mun adalah doktor am yang mempunyai pengkhususan dalam pediatrik. 

Klinik Dr Tang merupakan antara klinik pakar kanak-kanak di Ipoh yang menawarkan perkhidmatan pediatrik yang komprehensif termasuk program vaksinasi penuh.

  • Alamat: Jalan Leong Sin Nam, Kampung Jawa, 31350 Ipoh, Perak
  • No. Tel: 05-241 7808
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Sabtu : 8.30 pagi – 1:30 petang, 6 petang – 8.30 malam
    • Ahad: 8.30 pagi – 12:30 tengahari

8. Klinik Pakar Kanak-kanak Australia (Oz-Paediatrics)

Sumber: diytc

Klinik ini menyediakan rawatan am pediatrik termasuk kes-kes ringan seperti demam, asma, penyakit kulit serta servis vaksinasi bagi kanak-kanak seawal umur bayi.

  • Alamat: Jalan Chua Cheng Bok, Taman Jubilee, 31650 Ipoh, Perak
  • No. Telefon: 05-242 0982
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Khamis: 9 pagi – 12:30 tengahari, 2-4 petang; 7:30 – 9.15 malam
    • Jumaat & Sabtu: 9 pagi – 12:30 tengahari, 2-4 petang;
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

Klinik ini merupakan antara klinik pakar kanak-kanak swasta yang terbaik di Ipoh, dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan oleh ibu bapa yang biasa mendapatkan rawatan anak mereka di sini.

Semoga panduan ini berguna untuk anda yang berada di Ipoh!

Untuk senarai klinik edisi utara yang lain, klik di sini