Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Edisi Selatan Malaysia: Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak di Johor Yang Lengkap Dengan Maklumat untuk Dihubungi

Kredit: theculturetrip.com

Khidmat rawatan pediatrik swasta adalah salah satu pilihan bagi ibu bapa yang inginkan rawatan terbaik dan khusus buat anak-anak.

Ada kalanya, pakar pediatrik merupakan pilihan kedua bagi mendapatkan khidmat nasihat serta konsultasi selepas mendapat rawatan awal daripada pengamal perubatan am.

Bagi ibu bapa yang berada di negeri Johor, berikut adalah senarai klinik pakar kanak-kanak di Johor yang anda boleh lawati bagi mendapatkan khidmat serta rawatan untuk anak anda.

1. Klinik Rawatan Pakar Kanak-Kanak Adda

Highlighted

Sumber: Addachildhealthcare.blogspot.com

Klinik Pakar Kanak-Kanak Adda menyediakan perkhidmatan komprehensif yang juga menjadi pusat sehenti bagi rawatan pediatrik.

Antara servis yang ditawarkan di klinik pakar ini adalah pakar am pediatrik, wad jagaan harian dan pemerhatian, makmal ujian asas, kaunseling penyusuan bayi, terapi khas kanak-kanak dan juga lawatan ke rumah pesakit bagi keperluan jagaan dan pemantauan susulan bagi rawatan yang telah dijalankan.

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. Loh Eam Chong

Sumber: Myhealthcare

Dr. Loh Eam Chong merupakan seorang pakar pediatrik yang berpengalaman luas dalam bidang peditrik am.

Klinik Dr. Loh menyediakan rawatan perubatan am untuk bayi dan kanak-kanak, antaranya penyakit kulit dan perkhidmatan vaksinasi.

Klinik ini juga menerima kes kecemasan akut bagi kanak-kanak dan juga diagnosis penyakit berkaitan pediatrik. 

  • Alamat: No. 24 Jalan Dedap 19 Taman Johor Jaya, 8110 Johor Bahru, Johor
  • No. Telefon: 07-354 2377
  • Waktu Operasi: 
    • Isnin –Jumaat: 9 pagi – 5 petang
    • Sabtu & Ahad: 10 pagi – 12 t/hari
    • Cuti Umum: Tutup

3. Klinik Pakar Kanak-Kanak England

Sumber: Myhealthcare

Klinik pakar ini adalah antara klinik yang terbaik dan sering menjadi pilihan ibu bapa bagi mendapatkan rawatan pakar pediatrik.

Antara perkhidmatan yang disediakan di sini adalah pediatrik am, diagnosis penyakit, vaksinasi, penyakit kulit kanak-kanak, dan perubatan am yang lain. 

  • Alamat: 14, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, 81200 Skudai, Johor
  • No. Telefon: 07-512 2428
  • Waktu Operasi:
    • Isnin –Jumaat: 9:00 pagi – 12:30 tengahari, 2:30 – 6 petang
    • Ahad: 9:00 pagi – 12:30 tengahari, 2 – 4 petang
    • Sabtu: Tutup

4. Klinik Pakar Kanak-kanak Loh

  • Alamat: 24, Jalan Dedap 19, Johor Jaya, 81100 Johor Bahru, Johor
  • No Telefon: 07-354 2377

5. Klinik Pakar Kanak-kanak Chum

  • Alamat: 15, Jalan Perwira 9, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Johor Bahru, Johor
  • No Telefon: 07-557 6631

6. Klinik Pediatrik Dr. Farzana

Sumber: Erufu Care

Klinik Pediatrik Dr. Farzana di Johor Bahru meyediakan khidmat rawatan Pediatrik untuk penyakit berjangkit dan inflamasi, penghadaman, pencernaan, perrtumbuhan serta khidat pakar bagi kecacatan semasa kelahiran.

Selain itu, terdapat juga rawatan dan juga ujian khusus bagi disleksia, kelewatan atau masalah perkembangan otak global serta rawatan autisma.

Klinik pakar ini mempunyai suasana yang kondusif kepada pesakit dan juga penjaga.

Antaranya adalah laluan khas kelainan upaya (OKU), penjagaan khas kanak-kanak di klinik (rawatan harian), bilik menyusu dan ruang menunggu yang selesa

  • Alamat: No. 20, Columbia Asia Hospital Tebrau, 5, Persiaran Southkey 1, 80150 Johor Bahru, Johor
  • No. Tel: 07-272 9999 / 018-240 4330
  • Website: Klinik Pediatrik Dr. Farzana
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat : 9:00 pagi – 5:00 petang
    • Sabtu: 9:00 pagi – 12 tengahari
    • Ahad: Tutup

7. Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Growell (Tun Aminah)

  • Alamat: 25, Jalan Pendekar 9, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor
  • No. Telefon: 018-215 0998

8. Klinik Pakar Kanak-kanak Little Angel

  • Alamat: No 41, Jalan Kasawari 21/7, 84000 Muar, Johor
  • No. Telefon: 017-993 8702

9. Klinik Pakar Kanak Kanak Allen

  • Alamat: 2-8, Jalan Susur Perdana Tengah, Taman Bukit Perdana, 83000 Batu Pahat, Johor
  • No Telefon: 07-439 3053
  • Untuk janji temu: bookdoc.com

10. Klinik Pakar Kanak-Kanak S T Lim

Sumber: WorldOrgs.com

Dr. Lim She Teen menyediakan rawatan am pediatrik termasuk kes-kes ringan seperti demam, asma, penyakit kulit serta servis vaksinasi bagi kanak-kanak seawal umur bayi di kliniknya yang terletak di Taman Pelangi, Johor Bahru.

Bagi mereka yang mempunyai kad perubatan, klinik Dr. T S Lim juga merupakan panel insuran kepada beberapa syarikat yang berdaftar dengan klinik ini.

  • Alamat: No. 56, Jalan Kuning, Taman Pelangi, Johor Bahru, 80400 Johor
  • No. Telefon: 07-332 4112
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Ahad: 9 pagi – 5 petang
    • Sabtu: Tutup

Klinik ini merupakan antara klinik pakar kanak-kanak swasta yang terbaik di Johor Bahru dah sekitarnya, dan mendapat maklum balas yang memberangsangkan oleh mereka yang biasa mendapatkan rawatan di sini.