Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Pakar Kanak-kanak di Kulim, Kedah

Kulim adalah salah satu daerah di negeri Kedah, Darul Aman. Ia juga bersempadan dengan Pulau Pinang dan bahagian utara Perak.

Berikut disenaraikan klinik dan pakar pediatrik yang terdapat di bandar Kulim, sebagai panduan dan rujukan ibu bapa bagi mendapatkan rawatan dan khidmat pediatrik.

Senarai klinik ini juga mendapat ulasan dan maklum balas yang amat baik oleh ibu bapa yang mendapatkan rawatan anak mereka di sini.

1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Kulim

Alamat: No. 3 Lorong Kemuning 1, Taman Kemuning, Kulim, Kedah
No. Telefon: 04-491 7761
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 1:00 tengahari, 2 – 5 petang
Sabtu: 8:30 pagi – 1:00 tengahari
Ahad: 2 – 5 petang

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Singapore

Alamat:  No. 4 Jalan Selasih, Taman Semarak, Kulim Kedah.
Waktu Operasi: Ahad – Sabtu: 9:30 pagi – 12:30 tengahari; 6.00 petang – 9.00 malam
Cuti Umum: Tutup
No. telefon: + 04-491 6557

3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Kamachi

Alamat: 63V, 3, Jalan Kelang Lama, Taman Manggis, 09000 Kulim, Kedah
No. Telefon: +604-491 9707
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 9.00 pagi – 5:00 petang; 7:00 – 9:00 malam
Jumaat & Cuti Umum: Tutup

4. Jabatan Pediatrik, Hospital Kulim

Jabatan pediatrik hospital Kulim menerima kes-kes rujukan yang memerlukan khidmat pakar pediatrik di hospital ini.

Kes-kes yang dirujuk kepada pakar pediatrik di hospital ini adalah seperti:

  • Untuk rawatan susulan dari sebarang kes pediatrik.
  • Untuk pandangan dan nasihat pakar dalam masalah khusus.
  • Untuk penyiasatan lanjutan yang tidak dapat dilaksanakan oleh Pegawai Perubatan yang memeriksa. Seperti yang dinasihatkan oleh untuk pemeriksaan ulangan.

Alamat: Hospital Kulim, Lebuh Hi-Tech, Kulim, Kedah
No. Telefon: 04-427 2733
Waktu Operasi:
Sabtu – Khamis: 9:00 pagi – 4:30 petang
Jumaat & Cuti Umum: Tutup
Kecemasan: 24 Jam

Selain klinik-klinik di Kulim ini, Motherhood juga ada kongsikan senarai klinik pakar kanak-kanak di beberapa daerah lain di Kedah seperti di Sungai Petani dan Alor Setar.

Mama juga boleh lihat senarai klinik pakar kanak-kanak di negeri-negeri lain di bawah kategori ini—sesuai untuk dikongsikan bersama saudara-mara atau rakan-rakan yang berada di kawasan tersebut.

Ingat, apa yang penting adalah untuk Mama dan Papa sentiasa peka dengan kesihatan dan keselamatan anak-anak.

Sekiranya berlaku perkara yang tidak diingini, terus bawa anak Mama berjumpa dengan pakar di klinik yang terdekat.