Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Pakar Kanak-kanak di Senawang

klinik pakar kanak-kanak Senawang

Kredit: wikimedia.org

Di dalam dunia perubatan, terdapat bidang khusus yang dinamakan pediatrik, atau pakar kanak-kanak.

Pediatrik adalah bidang perubatan yang berkaitan dengan perawatan perubatan dan kesihatan bayi, kanak-kanak dan remaja atau sejak lahir sehingga mereka berusia 18 tahun.

Pakar pediatrik berdedikasi untuk mengurangkan kadar kematian bayi dan kanak-kanak, mempromosikan gaya hidup sihat dan aktif, mengawal penyebaran penyakit berjangkit dan membantu ibu bapa dalam memberikan khidmat konsultansi serta rawatan bersesuaian yang diperlukan oleh anak mereka.

Berikut adalah klinik pakar kanak-kanak di sekitar Senawang, Negeri Sembilan yang boleh menjadi panduan dan pilihan rawatan terbaik untuk anak anda.

1. Dr Lim Baby and Child Specialist Clinic, SALAM Senawang Specialist Hospital

Klinik yang terletak di Hospital pakar SALAM Senawang ini antara klinik pakar kanak-kanak yang lengkap dengan fasiliti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menyeluruh untuk kanak-kanak.

Antara khidmat yang disediakan adalah seperti pakar am kanak-kanak dan vaksinasi. Klinik ini juga menawarkan konsultansi dan rawatan penyakit kanak-kanak berkaitan dengan asma, pneumonia, influenza, dan ekzema.

Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti wad pemerhatian dan pengimejan – sinaran X, scan, dan MRI.

Dr. Lim Wee Yi, pakar pediatrik di klinik ini amat mesra kanak-kanak serta memberikan khidmat yang terbaik untuk pesakit kecil yang mendapatkan rawatan di sini.

Selain itu persekitaran yang menarik serta kemudahan yang disediakan menjadikan kanak-kanak tidak berasa takut untuk berjumpa dengan doktor.

Dan bagi ibu apa yang bekerja pada waktu siang, klinik ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan pada waktu malam pada hari tertentu untuk kemudahan pesakit mendapatkan rawatan yang diperlukan.

  • Alamat: 234-243, Business Square, Jalan Lavender Heights 2, Taman Lavender Heights, Senawang, Seremban
  • No. Telefon: +606-6751188 / +6012-545 0827
  • Facebook: DrLimsSALAMSenawang
  • Instagram: DrLimsalamsenawang
  • Website: Dr Lim Baby & Child Specialist
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9 pagi – 5 petang
    • Sabtu: 9 pagi – 1 petang
    • Selasa & Khamis: 7.30 petang – 9.30 malam

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang

Highlighted

Kredit: kinderasia.com

Klinik yang amat mesra kanak-kanak ini antara yang menjadi pilihan ibubapa untuk rawatan khusus untuk kanak-kanak, terutama bagi anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Suasana dan persekitaran yang menarik perhatian kanak-kanak menjadi salah satu daya tarikan bagi mendapatkan rawatan di sini.

Doktor yang memberikan rawatan di sini – Dr. Liu Chia Boon amat teliti dan berpengalaman di dalam menangani pesakit kecil.

  • Alamat: 65, Jalan Taman Komersial Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
  • No. Telefon: +606-677 5029
  • Website: Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak yang lain, lihat di sini.