Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-kanak di Seremban Yang Lengkap Dengan Maklumat Untuk Dihubungi

Setiap dari ibu bapa semestinya mahu memberikan yang terbaik untuk anak-anaknya. Tentunya, aspek kesihatan dan rawatan adalah yang terbaik untuk setiap anak, terutamanya ketika peringkat umur mereka yang masih mentah.

Tahap kesihatan dan jenis rawatan untuk kanak-kanak juga adalah berbeza berbanding dengan orang dewasa.

Ini adalah kerana pertumbuhan kanak-kanak secara fizikal, fisiologi, dan sistem imun badan mereka adalah berbeza. Maka di dalam dunia perubatan, terdapat bidang khusus yang dinamakan pediatrik, atau pakar kanak-kanak.

Bagi anda yang berada di sekitar Seremban, berikut adalah klinik pakar kanak-kanak yang boleh menjadi pilihan rawatan terbaik untuk anak anda.

Klinik Pakar Kanak-kanak Seremban

1. Dr Lim Baby and Child Specialist Clinic, SALAM Senawang Specialist Hospital

Highlighted


Klinik yang terletak di Hospital pakar SALAM Senawang ini antara klinik pakar kanak-kanak Seremban yang lengkap dengan fasiliti dan memberikan perkhidmatan yang terbaik dan menyeluruh untuk kanak-kanak.

Antara khidmat yang disediakan adalah seperti pakar am kanak-kanak dan vaksinasi.

Klinik ini juga menawarkan konsultansi dan rawatan penyakit kanak-kanak berkaitan dengan asma, pneumonia, influenza dan eczema.

Terdapat juga kemudahan lain yang disediakan seperti wad pemerhatian dan pengimejan – sinaran X, scan dan MRI.

Dr. Lim Wee Yi, pakar pediatrik di klinik ini amat mesra kanak-kanak serta memberikan khidmat yang terbaik untuk pesakit kecil yang mendapatkan rawatan di sini.

Selain itu persekitaran yang menarik serta kemudahan yang disediakan menjadikan kanak-kanak tidak berasa takut untuk berjumpa dengan doktor.

Dan bagi ibu apa yang bekerja pada waktu siang, klinik ini menyediakan perkhidmatan dan rawatan pada waktu malam pada hari tertentu untuk kemudahan pesakit mendapatkan rawatan yang diperlukan.

  • Alamat: 234-243, Business Square, Jalan Lavender Heights 2, Taman Lavender Heights, Senawang, Seremban
  • No. Telefon: +606-6751188 / +6012-545 0827
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9 pagi – 5 petang
    • Sabtu: 9 pagi – 1 petang
    • Selasa & Khamis: 7.30 petang – 9.30 malam

Facebook: DrLimsSALAMSenawang

Instagram: DrLimsalamsenawang

Website: www.drlimsalamsenawang.business.site.com

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang

Klinik yang amat mesra kanak-kanak ini antara yang menjadi pilihan ibu bapa untuk rawatan khusus, terutama bagi anak-anak yang berumur 12 tahun ke bawah.

Suasana dan persekitaran yang menarik perhatian kanak-kanak menjadi salah satu daya tarikan bagi mendapatkan rawatan di sini.

Doktor yang memberikan rawatan di sini – Dr. Liu Chia Boon amat teliti dan berpengalaman di dalam menangani pesakit kecil. 

  • Alamat: 65, Jalan Taman Komersial Senawang 7, Taman Komersil Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan
  • No. Telefon: +606-677 5029
  • Waktu Operasi: 9 pagi – 5 petang

Website: Klinik Pakar Kanak-Kanak Senawang

3. Klinik Pakar Kanak-kanak Dan Penyakit Berjangkit Dr Wilson Pau, Seremban

Klinik Dr. Wilson ini merupakan klinik pakar pediatrik, yang mengkhususkan kepada kanak-kanak dan penyakit berjangkit.

Pengalaman Dr. Wilson yang luas tentang penyakit berjangkit di kalangan kanak-kanak, serta dedikasinya terhadap kerjaya dan seorang yang mengambil berat terhadap kanak-kanak, menyebabkan para ibu bapa tidak teragak-agak untuk mendapatkan rawatan di sini. 

Klinik pakar ini terletak di Hospital pakar KPJ Seremban, lengkap dengan fasiliti klinik dan hospital.

  • Alamat: KPJ Seremban Specialist Hospital, Jalan Toman 1, Kemayan Square, 70200 Seremban.
  • No. Telefon: +606-7686000 / +606-7687800
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 12:30 tengahari, 2:30 – 4:30 petang
    • Sabtu: 8:30 pagi – 1 petang
    • Ahad & Cti Umum: Tutup

Website: dr-wilson-pau-paediatric-clinic

4. Klinik Pakar Kanak-Kanak Sayangku

Dr. Ooi merupakan doktor pakar di klinik ini, yang menyediakan perkhidmatan rawatan am pediatrik.

Di samping itu, terdapat juga beberapa orang doktor lain yang berkhidmat di klinik ini. Antara rawatan yang disediakan adalah pediatric am dan vaksinasi.

  • Alamat: 37, Jalan Tunku Hassan, Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
  • No. Tel: +606-7624410
  • Waktu Operasi: 
    • Isnin – Jumaat : 8.30 pagi – 5.20 petang
    • Sabtu: 8:30 pagi – 1 tengahari
    • Ahad / Cuti Umum: Tutup

Website: Klinik Pakar Kanak-Kanak Sayangku

5. Klinik Pakar Kanak-Kanak KiddiCare

Klinik pakar kanak-kanak KiddiCare ini menyediakan rawatan komprehensif kepada kanak-kanak seawal umur bayi.

Dengan doktor yang berpengalaman dan rawatan menyeluruh, klinik ini antara yang menjadi pilihan penduduk sekitar Seremban.

Antara rawatan dan kepakaran yang disediakan di sini adalah imunisasi, rawatan pediatric am, asma (nebulisasi), fototerapi bagi jaundis, kaunseling nutrisi, ujian darah dan urin, perkembangan serta pemantauan tumbesaran kanak-kanak, khidmat jagaan harian dan pemantauan rawatan pesakit.

  • Alamat: No 293-G, Taman AST, Jalan Sungai Ujong, Seremban, 70200, Negeri Sembilan
  • No. Telefon: +60-67652488
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9 pagi – 5 petang
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

6. Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Dr. Bee Boon Peng

Klinik Dr. Bee Boon Peng adalah antara klinik yang menjadi pilihan di Seremban.

Klinik kanak-kanak di Seremban ini juga menyediakan rawatan am pediatrik melalui doktor yang berpengalaman luas dalam bidang tersebut.

Tidak hairanlah klinik ini menjadi pilihan dan sentiasa dipenuhi dengan pesakit yang ingin mendapatkan rawatan.

7. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dhillon

  • Alamat: Jalan Yam Tuan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
  • No. Telefon: +606-761 7655
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 4 petang
    • Isnin – Rabu: 7 petang – 9 malam
    • Sabtu: 8:30 pagi – 1 petang
    • Ahad: Tutup
    • Cuti Umum: 9 pagi – 12 tengahari

Semoga senarai klinik pakar kanak-kanak di Seremban ini membantu sebagai panduan anda. Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak dan kesihatan di serata Malaysia, anda boleh baca di sini.