Shah Alam merupakan bandaraya yang mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi di negeri Selangor.
Dengan perkembangan sebagai sebuah bandaraya yang menjadi tumpuan sosio-ekonomi utamanya bagi negeri Selangor, perkhidmatan perubatan swasta seperti pakar pediatrik menjadi suatu keutamaan yang amat kritikal selain perkhidmatan di hospital kerajaan.
Antara klinik pakar kanak-kanak di Shah Alam yang yang mendapat ulasan yang baik serta rekomendasi, adalah:
1. Klinik Pakar Pediatrik Adek
Klinik ini diterajui oleh pakar pediatrik yang berpengalaman – Dr. Amdan Ahmad.
Antara perkhidmatan rawatan yang disediakan di sini adalah khidmat konsultasi pediatrik, perkembangan kanak-kanak, dan juga diagnosis penyakit am kanak-kanak seperti masalah kulit dan pernafasan.
Ibu bapa harus membuat janji temu terlebih dahulu sebelum ke klinik ini. Ia adalah bagi mengelakkan pesakit yang ramai dan melepasi waktu operasi klinik.
- Alamat: No. 20 Jalan Tengku Ampuan Zabedah K/9K, Seksyen 9, 40100 Shah Alam, Selangor.
- No. telefon: 03-5880 7694
- Website: Klinik Pediatrik Adek, Seksyen 9 Shah Alam
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 12:30 tengahari, 2:30 – 4:30 petang
- Sabtu: 8:30 pagi – 12:00 tengahari
- Ahad & Cuti Umum: Tutup
2. IZZU Child Specialist Clinic/Klinik Pakar Kanak-Kanak
Klinik dr. IZZU menyediakan perkhidmatan yang komprehensif buat kanak-kanak–seawal umur bayi yang baru dilahirkan.
Antara servis yang disediakan adalah pemeriksaan dan penjagaan bayi yang baru lahir, perkembangan serta tumbesaran bayi dan kanak-kanak, imunisasi, diagnos penyakit serta memberikan rawatan terhadap jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pesakit kecil.
- Alamat: 3-G-06 Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
- No. Telefon: +603-7831 1181
- Laman Facebook: IZZU Child Specialist Clinic
- Waktu Operasi:
- Isnin – Selasa: 9.00 pagi – 1:00 tengahari; 5:30 petang – 8:00 malam
- Sabtu & Ahad: 9:00 pagi – 1 tengahari
- Rabu: Tutup
3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam
Klinik Pakar Kanak Kanak Denai Alam menyediakan perkhidmatan rawatan juga konsultasi pediatrik am bagi kanak-kanak seawal umur bayi.
Janji temu perlu dibuat sebelum berkunjung ke sini bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan.
- Alamat: J-25-1, Jalan Elektron U16/J, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
- No. Telefon: 03-7832 3364/WhatsApp
- Laman Facebook: Klinik Pakar Kanak Kanak Denai Alam
- Waktu Operasi:
- Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 12:30 tengahari; 5:00 petang – 8:30malam
- Sabtu – Ahad: 9:00 pagi – 12:30 tengahari
4. Klinik Pakar Kanak-kanak Kota Kemuning
- Alamat: 1-7-1 sinaran satu No. 14 Persiaran Anggerik Vanilla Kota Kemuning, Seksyen 31, 40460 Shah Alam
- No. Telefon: 03-5121 3600
- Waktu Operasi: Isnin-Jumaat: 9 AM – 12:30 PM, Sabtu & Ahad: Tutup
5. Klinik Pakar Kanak-kanak Ceria
Sesuai dengan nama klinik ini, persekitaran serta susun atur klinik yang menceriakan pastinya menarik pesakit kecil untuk ke sini.
Klinik Pakar Kanak Kanak Ceria menyediakan perkhidmatan rawatan pediatrik yang lengkap bagi ibu bapa yang inginkan rawatan yang terbaik buat anak mereka.
Selain daripada rawatan am pediatrik seperti penyakit kulit, alahan, dan asma, perkhidmatan vaksinasi juga disediakan di klinik pakar kanak-kanak ini.
- Alamat: Seria 88 Business Centre, 39-GF, Persiaran Setia Utama, Setia Alam, 40170 Shah Alam, Selangor
- No. Tel: 03-3362 6826 / 011-5985 6278
- Laman Facebook: Klinik Pakar Kanak-Kanak Ceria
- Waktu Operasi:
- Isnin – Selasa, Khamis – Jumaat : 8:30 pagi – 4:00 petang
- Rabu: 8:30 pagi – 12:30 tengahari; 6:00 petang – 8 malam
- Sabtu: 9:00 pagi – 1:00 tengahari
- Ahad: Tutup
6. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Toh
Pakar pediatrik di klinik ini adalah Dr. Toh Ai Nee, yang mempunyai pengalaman yang luas di dalam bidang kesihatan kanak-kanak dan perubatan selama lebih 20 tahun.
Seperti klinik pediatrik yang lain, klinik ini menyediakan perkhidmatan rawatan dan konsultasi di dalam bidang pediatrik am, kesihatan, dan tumbesaran kanak-kanak serta vaksinasi.
- Alamat: 13, Jalan Setia Prima U13A/A, Batu 5 ½, 40170 Shah Alam Selangor
- No. Telefon: 03-3344 2281
- Waktu Operasi:
- Isnin – Selasa: 9 pagi – 1 petang; 6 petang – 8 malam
- Khamis – Jumaat: 9 pagi – 1 petang; 6 petang – 8 malam
- Sabtu: 9 pagi – 1 petang
- Ahad: 9 pagi – 11:30 pagi
- Rabu: Tutup