Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Edisi Utara Malaysia: Klinik Pakar Kanak-kanak di Sungai Petani, Kedah

klinik pakar kanak-kanak Sungai Petani

Kredit: bikesrepublic.com

Sungai Petani merupakan salah satu bandar utama di negeri Kedah, Darul Aman.

Kepesatannya sebagai sebuah bandar yang menjadi salah satu pusat ekonomi utama negeri ini, menjadikan permintaan terhadap perkhidmatan perubatan seperti pakar pediatrik bagi kesihatan kanak-kanak sangat popular.

Kalau sebelum ini Motherhood sudah kongsikan senarai klinik pakar kanak-kanak di Alor Setar, kali ini, jom kita lihat klinik dan pakar pediatrik yang terdapat di bandar Sungai Petani.

Senarai klinik ini juga mendapat ulasan dan maklum balas yang amat baik oleh ibu bapa yang mendapatkan rawatan anak mereka di sini.

Klinik Pakar Kanak-kanak @ Hospital Pantai Sungai Petani

Highlighted

Kredit: smarterhealth.id

Klinik pakar pediatrik ini berada di Hospital Pantai Sg Petani, Kedah. Klinik ini mempunyai tiga orang pakar pediatrik yang berkhidmat di sini.

Dengan kepakaran serta kemudahan perubatan yang ada, klinik pediatrik di hospital ini menawarkan kemudahan seperti berikut, selain dari pediatrik am:

  • Penjagaan dan pemantauan bayi yang baru dilahirkan di hospital ini.
  • Bilik asuhan/penjagaan khas bagi bayi yang mengalami masalah neonatal, jaundis dan gangguan pernafasan bayi yang baru lahir.
  • Khidmat rawatan kecemasan seperti masalah asma, cirit-birit berserta dehidrasi, reaksi alergi dan sawan.
  • Pesakit kecil yang menjalani pembedahan—seawal 1 bulan hingga 12 tahun.
  • Kanak-kanak yang mempunya penyakit akut, anomali kongenital, dan trauma.
  • Rawatan dan perubatan pengkhususan mengikut umur–bayi, kanak-kanak, dan remaja.
Kredit: Facebook @Hospital Pantai Sg Petani

Klinik Pakar Kanak-kanak Harcharan

Kredit: myhealthcare.xyz
  • Alamat:  15 Lorong 20, Taman Patani Jaya, 08000 Sungai Petani Kedah.
  • No. telefon: + 04-421 9484
  • Facebook: Klinik Pakar Kanak-kanak Harcharan
  • Waktu Operasi:
    • Ahad – Jumaat: 8.45 pagi – 12:30 tengahari; 2.30 – 6.00petang
    • Sabtu & Cuti Umum: Tutup

Cutie Care Child Specialist Clinic

Kredit: Facebook @Klinik Pakar Kanak-kanak Cutie Care
  • Alamat: 184, Tingkat Bawah, Jalan Kelab Cinta Sayang, Taman Ria Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • No. Telefon: +604-441 9319
  • Facebook: Klinik Pakar Kanak-kanak Cutie Care
  • Waktu Operasi:
    • Ahad –Khamis, Sabtu: 9.00 pagi – 5:00 petang
    • Jumaat & Cuti Umum: Tutup

Klinik Pakar Kanak-Kanak Elangkovan (E & R Child Specialist Clinic)

  • Alamat: No. 40, Lengkok Cempaka 1, Bandar Aman Jaya, 08000 Sungai Petani, Kedah
  • No. Telefon: 04-442 3666
  • Waktu Operasi:
      • Ahad – Rabu: 10:00 pagi – 4:30 petang
      • Khamis & Jumaat: 10:00 pagi – 1:00 petang

Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan (Cutie Care)

  • Alamat: 184a, Lorong Gamelan 2, Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah
  • No. Tel: 604-441 9313
  • Waktu Operasi:
    • Sabtu – Khamis : 9:00 pagi – 5.00 petang
    • Jumaat & Cuti Umum: Tutup

Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr. C.P. Ooi

Kredit: Google Review
  • Alamat: 24G, Jalan Kampung Baru, Taman Patani Jaya, Sungai Petani, Kedah
  • No. Tel: 604-422 5238
  • Waktu Operasi:
    • Rabu – Isnin : 9:00 pagi – 2.30 petang; 4.00 petang – 7:45 malam
    • Selasa & Cuti Umum: Tutup