Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Edisi Utara Malaysia: Klinik Pakar Kanak-Kanak di Alor Setar, Kedah

Kredit: dmagicube.blogspot.com

Alor Setar merupakan bandaraya yang menjadi ibu negeri Kedah Darul Aman. Dengan kepesatannya sebagai sebuah bandaraya, perkhidmatan perubatan swasta seperti pakar pediatrik menjadi suatu keperluan yang amat penting bagi kesihatan kanak-kanak.

Berikut merupakan senarai klinik pakar kanak-kanak di Alor Setar, yang menjadi tumpuan yang memberikan rawatan yang terbaik di sini.

Senarai klinik ini juga mendapat ulasan dan maklum balas yang amat baik oleh ibu bapa yang pernah mendapatkan rawatan untuk anak mereka di sini.

1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Lee & Doreen Kho

Highlighted

Sumber: Website KlinikLeeKhoo

Dr. Lee & Dr. Doreen Khoo merupakan suami isteri yang memberikan khidmat perubatan swasta buat pesakit mereka.

Dr. Lee, sorang pakar pediatrik yang mempunyai pengalaman yang amat luas dalam menghadapi kes-kes penyakit kanak-kanak di kliniknya.

Klinik yang beroperasi bermula dari tahun 1992 ini merupakan antara pilihan khidmat rawatan yang terbaik bagi penduduk sekitar Alor Setar. Kedua doktor ini amat disegani oleh masyarakat setempat tanpa mengira bangsa dan agama.

2. Yeoh Klinik Pakar Kanak-Kanak

Sumber: Myhealthcare

Dr. Yeoh Guan Cheam merupakan seorang pakar pediatrik am yang menyediakan rawatan perubatan untuk bayi dan kanak-kanak.

Antaranya rawatan yang disediakan di klinik pakar kanak-kanak ini adalah penyakit kulit, rawatan asma (nebulisasi) dan juga perkhidmatan vaksinasi.

Anda disarankan untuk membuat janji temu terlebih dahulu sebelum ke klinik ini.

  • Alamat: No. 1013A, Lorong Merpati, Off Jalan Teluk Wanjah, Alor Setar, Kedah.
  • No. Telefon: +604-732 9051
  • Waktu Operasi:
    • Ahad –Jumaat: 9.15 pagi – 5:30 petang
    • Sabtu: Tutup

3. Klinik Kanak-Kanak – EVA Emily Clinic

Sumber: Website Eva Emily Clinic

Eva Family Clinic merupakan klinik yang menyediakan perkidmatan bagi ibu, bayi dan kanak-kanak secara menyeluruh.

Khidmat pediatrik yang disediakan merangkumi pemeriksaan kesihatan bayi dan kanak-kanak.

Janji temu adalah digalakkan bagi mereka yang ingin mendapatkan khidmat rawatan di sini bagi mengelakkan masa menunggu yang agak lama, kerana klinik ini sentiasa menjadi pilihan ramai ibu bapa. 

  • Alamat: No. 47, Kompleks Perniagaan Sultan Abdul Halim, Persiaran Sultan Abdul Hamid 3, Alor Setar, Kedah
  • No. Telefon: 016-388 0049/011 3108 0049
  • Website: EVA Emily Clinic
  • Waktu Operasi:
    • Setiap Hari – 9 pagi – 10 Malam

4. Klinik Pakar Kanak-kanak Alor Setar – Kedah Medical Center

Sumber: Berita Harian

Klinik pakar kanak-kanak ini berada di dalam sebuah hospital swasta di Alor Setar, Kedah iaitu Kedah Medical Centre (KMC). 

Khidmate rawatan kanak-kanak diberikan oleh pakar rawatan pediatrik, Dr. Abdul Razif Abdul Razak.

Beliau telah berkhidmat sebagai pakar pediatrik di hospital ini selama lebih 20 tahun. Semua jenis rawatan dan konsultasi pediatrik ada disediakan di sini, yang menjadi pilihan utama ibu bapa yang ingin mendapatkan rawatan dan khidmat nasihat yang terbaik.

Janji temu diperlukan untuk membawa pesakit kecil di sini. 

5. Klinik Pakar Kanak-Kanak dan Keluarga Precious

Sumber: Google Review

Klinik ini terletak di dalam kawasan perumahan, menawarkan perkhidmatan pediatrik am seperti klinik perubatan yang lain.

  • Alamat: No 4B, Jalan Lencong Barat, Taman Dahlia III 05050, Alor Setar, Kedah
  • No. Tel: 07-272 9999/018-240 4330
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 5:00 petang
    • Sabtu: 9:00 pagi – 12 tengahari
    • Ahad: Tutup

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak dan pusat perubatan yang lain di seluruh Malaysia, baca di sini.