Mama dan Papa yang menetap di Sepang mungkin tak dapat mencari klinik pakar kanak-kanak di Sepang, tapi jangan risau kerana masih ada beberapa klinik pakar kanak-kanak berdekatan dengan daerah Sepang.
Walaupun Klinik Kesihatan selalunya sudah memadai, tetapi jika Mama dan Papa rasa perlu ke Klinik Pakar Kanak-Kanak demi kebaikan anak-anak sendiri, boleh lihat senarai klinik pakar kanak-kanak berdekatan berikut.
-
Klinik Pakar Kanak-Kanak Kiddi Care
Alamat: No: 293-G, 70200 Taman Ast, 70200 Seremban, Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-765 2488
Waktu Operasi:
Isnin, Rabu, & Khamis: 9.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 5.00 petang / 7.00 malam – 9.00 malam
Selasa, Jumaat, & Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang / 2.00 petang – 5.00 petang
Ahad: Tutup -
Klinik Pakar Kanak-Kanak Sayangku
Alamat: No 37, Jalan Tunku Hassan, Bandar Seremban, 70000 Seremban, Negeri Sembilan
No. Telefon: 06-762 4410
Laman Sesawang: Klinik Pakar Kanak-Kanak Sayangku
Waktu Operasi:
Isnin – Jumaat: 8.30 pagi – 5.20 petang
Sabtu: 8.30 pagi – 1.00 petang
Ahad: Tutup
[separator type=”thick”]
Banyak pilihan dan keputusan sebagai ibu bapa bermula sejak sebelum bayi lahir lagi.
Dari apa jenis makanan yang akan diberikan ke cara-cara untuk mendisiplinkan anak-anak, tugas sebagai ibu bapa tidak akan habis.
Pilihan-pilihan yang ibu bapa buat akan memberi kesan kepada anak-anak sepanjang hayat mereka.
Beberapa perkara seperti berikut boleh dititikberatkan olah ibu bapa atau bakal ibu bapa untuk memastikan kesihatan anak-anak dari segi fizikal dan mental sentiasa berada pada tahap optimum.
Sediakan Makanan Asli/Semula Jadi
Makanan yang telah diproses kebanyakannya penuh dengan gula, natrium, kalori, dan lemak yang tidak bagus.
Elakkan membuatkan makanan untuk anak-anak menggunakan bahan-bahan yang diproses seperti MSG atau pun makanan segera puri dalam kantung atau pouch untuk bayi.
Sebaliknya, pilihlah sayuran segar, potongan daging tanpa lemak, dan makanan yang kaya dengan serat.
Makan Abjad ABC
Eh, kami tak maksudkan makan permainan atau television! Maksud kami vitamin A, B, C, D, E dan lain lain!
Pada kebiasaannya kanak-kanak akan mendapat vitamin dari pemakanan mereka.
Suplemen atau multivitamin secara amnya tidak perlu diberikan kepada kanak-kanak.
Tapi jika ibu bapa risau tentang kekurangan vitamin dalam pemakanan anak-anak, ibu bapa boleh berbincang dengan pakar pediatrik di klinik pakar kanak-kanak.
Penjagaan Luaran
Kesihatan kita, terutamanya kanak-kanak, bukan pada dalaman sahaja! Ya, rawatan memang perlu diberikan apabila anak-anak demam atau sakit perut, tapi perkara yang selalu dilupakan adalah kesihatan luaran seperti kulit.
Kulit bayi dan kanak-kanak masih lagi sensitif, terutamanya terhadap sinaran UV matahari. Sinaran UV boleh merosakkan kulit dan meningkatkan risiko menghidap barah kulit.
Jadi, pastikan ibu bapa tidak mendedahkan anak-anak kepada matahari sewaktu ia terik dan gunakan lotion pelindung matahari dengan faktor perlindungan matahari sekurang-kurangnya 50.
Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu bapa dan bakal ibu bapa di Sepang.
Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Mama boleh lihat di sini.