Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Pakar Kanak-kanak di Denai Alam

Kredit: Facebook @Denai Alam Property

Antara klinik pediatrik yang yang mendapat ulasan yang baik serta rekomendasi di Denai Alam dan kawasan sekitarnya adalah seperti berikut.

1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Denai Alam

Highlighted

Kredit: myhealthcare.xyz

Klinik Pakar Kanak Kanak Denai Alam menyediakan perkhidmatan rawatan juga konsultasi pediatrik am bagi kanak-kanak seawal umur bayi.

Janji temu perlu dibuat sebelum berkunjung ke sini bagi mendapatkan rawatan yang diperlukan.

  • Alamat: J-25-1, Jalan Elektron U16/J, Denai Alam, 40160 Shah Alam, Selangor
  • No. Telefon: 03-7832 3364 / 019-412 2300
  • Facebook: Klinik Pakar Kanak Kanak Denai Alam
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 12:30 tengahari; 5:00 petang – 8:30malam
    • Sabtu – Ahad: 9:00 pagi – 12:30 tengahari

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Izzu

Klinik dr. IZZU menyediakan perkhidmatan yang komprehensif buat pediatrik – seawal umur bayi yang baru dilahirkan.

Antara servis yang disediakan adalah pemeriksaan dan penjagaan bayi yang baru lahir, perkembangan serta tumbesaran bayi dan kanak-kanak, imunisasi, diagnos penyakit serta memberikan rawatan terhadap jenis penyakit atau kecederaan yang dialami oleh pesakit kecil.

  • Alamat: 3-G-06 Jalan Bazar U8/101, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor
  • No. Telefon: +603-7831 1181
  • Facebook: IZZU Child Specialist Clinic
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Selasa: 9.00 pagi – 1:00 tengah hari; 5:30 petang – 8:00 malam
    • Sabtu & Ahad: 9:00 pagi – 1 tengah hari
    • Rabu: Tutup

3. Klinik Dr Arisah

  • Alamat: 11, Jalan Nova U5/N, Subang Bestari, Selangor
  • No. Telefon: 03-7859 6816
  • Laman Facebook: Klinik Dr Arisah
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 10:00 malam
    • Sabtu: 9 pagi – 3 petang
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

4. Pakar Pediatrik – MSU Medical Center (MSUMC)

Di MSUMC, pakar pediatrik di sini bukan sahaja memberikan perkhidmatan vaksinasi, penilaian kesihatan dan merawat pelbagai masalah sakit biasa, tetapi juga mengambil kira keadaan fizikal dan mental pesakit pediatrik.

Perkhidmatan Pediatrik di sini merangkumi:

  • Pediatrik Umum
  • Pengudaraan Neonatal
  • Pertumbuhan dan Perkembangan Kanak-kanak
  • Resusitasi Neonatal
  • Penjagaan Bayi Pramatang
  • Imunisasi untuk Bayi & Kanak-kanak
  • Nasihat Penyusuan
Kredit: msu.edu.my
  • Alamat: MSU Medical Center, University Drive, Off Persiaran Olahraga, Seksyen 13, Shah Alam, Selangor
  • No. Telefon: 03-5526 2600
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 8:30 pagi – 5:00 petang
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Mama boleh lihat di sini.