Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak di Kuantan Yang Lengkap Dengan Maklumat untuk Dihubungi

klinik pakar kanak-kanak kuantan

Kredit: thestar.com.my

Perkhidmatan perubatan swasta seperti pakar pediatrik menjadi suatu keutamaan yang amat kritikal selain perkhidmatan di hospital kerajaan.

Kalau sebelum ini Motherhood sudah memperkenalkan beberapa klinik pakar kanak-kanak di Utara dan bahagian Selatan Malaysia, kali ini jom kita lihat senarai klinik pakar kanak-kanak di bahagian Timur, iaitu di daerah Kuantan, Pahang.

Antara klinik pakar kanak-kanak di Kuantan yang sering mendapat ulasan yang baik serta rekomendasi adalah seperti berikut:

Klinik Pakar Kanak-kanak Kuantan

1. Klinik Pakar Kanak-kanak Yaw

Highlighted

Sumber: Facebook Klinik Pakar Kanak-Kanak Yaw

Klinik Dr. Yaw memberikan khidmat konsultasi pediatrik, perkembangan kanak-kanak dan nutrisi, diagnosis penyakit am kanak-kanak seperti masalah kulit dan pernafasan serta rawatan perubatan am kepada kanak-kanak.

Dr. Yaw merupakan pakar pediatrik yang berpengalaman luas dalam bidang ini.

  • Alamat: A 389, Jalan Beserah, Taman Metro, 25300 Kuantan, Pahang.
  • No. telefon: 09-567 0093
  • Laman Facebook: Klinik Pakar Kanak Kanak Yaw Official
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Sabtu: 9:00 pagi – 1:00 tengahari, 2:00 – 5:00 petang
    • Ahad & Cuti Umum: Tutup

2. Klinik Pakar Bayi & Kanak-kanak Ang

Sumber: Facebook Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Ang

Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Ang menerima pesakit dari usia bayi dan pesakit yang berumur 18 tahun ke bawah.

Klinik ini menyediakan perkhidmatan rawatan am pediatrik, konsultasi perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak, dan juga vaksinasi bayi.

Persekitaran klinik ini amat kondusif dan menarik minat kanak-kanak dengan kelengkapan dan kemudahan yang disediakan di sini.

Selain rawatan am, klinik ini juga menerima kes kecemasan ringan seperti masalah pernafasan atau asma yang memerlukan nebulisasi.

  • Alamat: Klinik Pakar Bayi & Kanak-Kanak Ang, A-273 Ground Floor, Kuantan Star City, Jalan Beserah, 25300 Kuantan, Pahang
  • No. Telefon: 09-560 1788
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Sabtu: 9.15 pagi – 12:45 tengahari; 2:15 petang – 4:45 petang; 7:15- 9:45 malam
    • Ahad: Tutup

3. Klinik Pakar Kanak-Kanak Tan

Sumber: Google Review

Dr. Tan merupakan seorang pakar pediatrik yang amat berpengalaman yang mengendalikan pesakit kanak-kanak di kliniknya.

Antara perkhidmatan dan rawatan yang disediakan di sini adalam rawatan am pediatrik, kes kecemasan, vaksinasi, dan khidmat konsultasi perubatan pediatrik.

  • Alamat: B-54, Ground Floor, Lorong Tun Ismail 6, 25000 Kuantan, Pahang
  • No. Telefon: 09-513 0808
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat: 9:00 pagi – 12:30 tengahari; 5:00 petang – 8:30malam
    • Sabtu – Ahad: 9:00 pagi – 12:30 tengahari

4. Klinik Pakar Kanak Kanak Abdullah

  • Alamat: No 1, 1st Floor, Jalan Tun Ismail, Kuantan, 25000, Pahang
  • No. Telefon: 09-5141 305

5. Klinik Pakar Pediatrik – Kuantan Medical Center (KMI Healthcare)

Sumber: Facebook Kuantan Medical Centre

Kuantan Medical Center merupakan pusat perubatan swasta sehenti yang lengkap dengan fasiliti dan kepakaran perubatan di setiap bidang.

Pakar kanak-kanak di sini juga adalah yang menjadi pilihan ibu bapa bagi mendapatkan rawatan terbaik bagi kes-kes pediatrik.

Terdapat 2 orang pakar kanak-kanak yang berkhidmat di sini – Dato’ Dr. Hj. Abdullah Zawai b. Salles dan Dr. Siti Noor bt. Ali Shibramulisi.

Kedua-duanya merupakan pakar pediatrik yang tersohor di dalam kumpulan KMI Healthcare.

Seperti klinik pakar kanak-kanak yang lain, kemudahan klinik pediatrik di sini merangkumi semua bidang perubatan kanak-kanak, juga khidmat hospital sekiranya pesakit memerlukan pemantauan di wad.

  • Alamat: Jalan Tun Razak, Bandar Indera Mahkota, 25200 Kuantan, Pahang
  • No. Tel: 09-590 2828
  • Laman Facebook: Kuantan Medical Center
  • Laman Sesawang: Kuantan Medical Center
  • Waktu Operasi:
    • Isnin – Jumaat : 9:00 pagi – 12:30 tengahari; 2:00 – 5:00 petang
    • Sabtu: 9:00 pagi – 12:30 tengahari
    • Ahad: Tutup

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di negeri lain, klik sini.