Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Awam dan Klinik Pakar Kanak-kanak di Segamat, Johor

Sumber: estamysite.com

Kesihatan anak-anak kecil perlu dititikberatkan, terutamanya pada waktu wabak pandemik COVID-19 yang sedang menular sekarang ini kerana kanak-kanak kecil belum lagi boleh mendapatkan vaksin untuk menentang wabak tersebut.

Langkah berjaga-jaga yang Ibu dan Ayah boleh ambil untuk anak-anak adalah seperti memastikan mereka memakai pelitup muka ketika berada di luar dan kawasan awam, mempraktiskan penjarakan sosial, memakai hand sanitiser, dan kerap membasuh tangan dengan sabun.

Ibu bapa juga perlu mengajar anak tabiat penting lain demi kesihatan mereka seperti tidak memegang bahagian muka mereka terutamanya mulut dan hidung, tidak memegang permukaan awam jika tidak perlu, dan tidak bersalaman atau berciuman dengan sesiapa, baik kawan ataupun keluarga.

Ini semua adalah penting bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga supaya kita dapat bersama-sama menentang wabak COVID-19 yang mengancam nyawa setiap individu.

Jadi, sekiranya diri anda atau anak-anak berasa tidak sihat, segera ke pusat rawatan atau ke klinik pakar kanak-kanak yang terdekat.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Bandar Segamat tidak mempunyai klinik yang khusus dalam bidang pakar kanak-kanak.

Walau bagaimanapun, terdapat satu pusat rawatan yang boleh dijumpai yang fokus banyak kepada kesihatan dan rawatan keluarga seperti berikut yang Ibu dan Ayah boleh kunjungi.

1. Klinik Sihat Segamat

Sumber: Facebook Klinik SIHAT Segamat

Berdasarkan lapan ulasan, Klinik Sihat Segamat mendapat rating 5 bintang penuh dari pelawat.

Klinik ini dikatakan mempunyai doktor dan staf yang peramah. Klinik Sihat Segamat ada menyediakan khidmat memberi nebulizer dan vaksinasi atau imunisasi bagi bayi dan kanak-kanak.

Alamat: No. 46-A, Jalan Genuang Kampong, Pusat Komersial Abdullah, 85000 Segamat, Johor

No. Telefon: 07-933 2666

Laman Sesawang: Facebook Klinik SIHAT Segamat

Waktu Operasi:
– Isnin – Ahad: 8.00 pagi – 12.00 malam


Walaupun tiada klinik pakar kanak-kanak di Segamat yang khusus, Ibu dan Ayah masih boleh ke klinik di atas atau pusat perubatan yang berdekatan dengan anda yang lain.

Sekiranya anak anda tidak sihat, jangan lengahkan dengan menanyakan soalan atau menunggu jawapan dari page Facebook atau lain-lain.

Sebaliknya, segera bawa anak anda mendapatkan rawatan untuk mengelakkan daripada menjadi lebih teruk dan risiko penyakit lain.

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Ibu boleh lihat di sini.