Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Seri Kembangan, Selangor

Sumber: sme.asia

Kanak-kanak memerlukan perhatian yang berbeza dari segi kesihatan memandangkan sistem imun mereka belum lagi matang seperti sistem imun orang dewasa.

Walaupun begitu, orang dewasa pun kadang-kala perlu mendapatkan peningkatan sistem imun seperti vaksin COVID-19 yang baru-baru diperkenalkan.

Klinik pakar kanak-kanak mampu memberikan perkhidmatan seperti vaksin bagi bayi dan kanak-kanak, jadi Ibu dan Ayah tidak perlu ke hospital untuk mendapatkannya.

Berikut ialah senarai klinik pakar kanak-kanak yang boleh di dapati di Seri Kembangan.

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Seri Kembangan

1. Klinik Pakar Kanak-Kanak Seri Kembangan

Highlighted

Sumber: Google

Menurut beberapa ulasan dari pelanggan, suasana Klinik Pakar Kanak-Kanak Seri Kembangan adalah nyaman dan staf-staf klinik sangat peramah.

Klinik ini mempunyai vaksin khusus untuk bayi. Doktor yang berpengalaman tinggi di klinik ini pandai menenangkan bayi dan kanak-kanak.

Alamat: Jalan Bpp 8/1, Bandar Putra Permai, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 03-8938 2280

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 1.00 petang / 5.00 petang – 9.00 malam
– Sabtu: 9.00 pagi – 3.00 petang
– Ahad: Tutup

2. Klinik Pakar Kanak-Kanak Dr Chia

Sumber: Google

Klinik yang mendapat rating 4.6/5 bintang di Google ini dikatakan mempunyai doktor yang sangat peramah dan hati yang murni.

Ibu bapa yang bekerja dan hanya mempunyai masa pada hari minggu mampu melawat klinik ini kerana ia buka pada hari Sabtu dan Ahad juga.

Alamat: 8-G, Dataran Mutiara, Jalan 7/4, Taman Serdang Jaya, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 018-982 3298

Waktu Operasi:
– Isnin – Sabtu: 9.00 pagi – 1.00 petang
– Ahad: 10.00 pagi – 12.00 tengah hari

3. Klinik Pakar Wanita & Kanak-Kanak CT

Sumber: Google

Klinik ini mempunyai paling banyak ulasan bagi klinik pakar kanak-kanak di Seri Kembangan, iaitu sejumlah 79 ulasan dengan 4 daripada 5 bintang.

Doktor pakar pediatrik dikatakan peramah dan pandai mengendalikan bayi dan anak-anak kecil, terutamanya apabila perlu diberikan cucukan vaksin.

Jururawat dan staf lain juga dikatakan sangat peramah. Klinik ini juga menawarkan perkhidmatan fototerapi untuk bayi yang mengalami jaundis.

Alamat: A-G-01, Persiaran Serdang Perdana, Taman Serdang Perdana, 43300 Seri Kembangan, Selangor

No. Telefon: 03-8945 3293

Laman Sesawang: www.ctwomanandchildclinic.com

Waktu Operasi:
– Isnin, Selasa, Khamis: 8.30 pagi – 2.00 petang / 7.00 malam – 10.00 malam
– Rabu: 8.30 pagi – 2.00 petang
– Jumaat: Tutup
– Sabtu – Ahad: 8.30 pagi – 2.00 petang atau 8.30 pagi – 4.00 petang

Untuk melihat senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Ibu boleh rujuk di sini.