Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Skudai, Johor

Sumber: Google

Bandar Skudai yang terletak berdekatan dengan Iskandar Puteri mempunyai beberapa klinik pakar kanak-kanak yang Ibu dan Ayah boleh lawati jika ingin membawa anak yang kurang sihat atau mempunyai masalah yang boleh diperiksa oleh pakar perubatan kanak-kanak.

Berikut adalah senarai klinik pakar kanak-kanak yang boleh di dapati di Skudai.

Klinik Pakar Kanak-kanak di Skudai, Johor

  1. Klinik Pakar Kanak-Kanak England

    Highlighted

    Sumber: Google

    Alamat: 14, Jalan Jati 1, Taman Nusa Bestari Jaya, 81200 Skudai, Johor
    No. Telefon: 07-512 2428
    Waktu Operasi:
    Isnin – Jumaat: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.30 petang – 6.00 petang
    Ahad: 9.00 pagi – 12.30 tengah hari / 2.00 petang – 6.00 petang
    Sabtu: Tutup

     

  2. Growell Baby & Child Specialist Clinic

    Sumber: Google

    Alamat: 25, Jalan Pendekar 9, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai, Johor
    No. Telefon: 018-215 0998
    Laman Sesawang: www.growellhealthcare.com.my
    Waktu Operasi:
    Sabtu – Rabu: 9.00 pagi – 6.00 petang
    Khamis: 9.00 pagi – 2.00 petang
    Jumaat: Tutup

  3. Joy Care Pediatrics

    Sumber: Google

    Alamat: 6G, Jalan Bestari 3/2, Taman Nusa Bestari, 81200 Johor Bahru, Johor
    No. Telefon: 07-244 4680
    Waktu Operasi:
    Ahad – Khamis: 10.30 pagi – 4.00 petang
    Jumaat & Sabtu: 10.30 pagi – 3.00 petang

  4. Klinik Pakar Kanak-Kanak Chum

    Sumber: Google

    Alamat: 15, Jalan Perwira 9, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Johor Bahru, Johor
    No. Telefon: 07-557 6631

[separator type=”thin”]

Sebagai ibu bapa yang mempunyai anak-anak kecil, ibu bapa diberi pilihan untuk mengunjungi klinik biasa atau pun klinik pakar kanak-kanak.

Pada kebiasaannya, jika apa-apa penyakit yang di alami oleh anak nampak normal seperti demam tidak berapa panas, klinik swasta atau klinik kesihatan kerajaan sudah memadai.

Walau bagaimanapun, jika anak-anak mempunyai simptom yang sedikit luar biasa, atau ibu bapa inginkan pilihan yang lebih sesuai untuk kesihatan anak-anak, pakar perubatan atau pediatrik di klinik pakar kanak-kanak adalah lebih berpengetahuan berkenaan kesihatan kanak-kanak.

Pakar pediatrik adalah doktor perubatan yang menguruskan fizikal, tingkah laku, dan mental untuk anak-anak dari bayi hingga usia 18 tahun.

Seorang pakar pediatrik dilatih untuk mendiagnosis dan merawat pelbagai penyakit kanak-kanak, dari masalah kesihatan kecil hingga penyakit serius.

Antara penyakit-penyakit yang sering di alami oleh kanak-kanak termasuklah penyakit kulit seperti ekzema, masalah pernafasan, dan sakit perut dari jangkitan seperti rotavirus.

Ini adalah kerana sistem imun badan kanak-kanak belum berkembang seperti sistem imun seseorang dewasa. Sebab itu lah klinik pakar kanak-kanak selalunya lebih bersesuaian untuk kanak-kanak.

Sumber: Getty Images

Semoga artikel ini bermanfaat buat ibu bapa yang ingin tahu lebih lanjut tentang klinik pakar kanak-kanak berserta senarai klinik pakar yang berada di Skudai.

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan dan negeri lain, Mama boleh lihat di sini.