Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Klinik Pakar Kanak-Kanak Di Sungai Buloh, Selangor

Sumber: wikimedia.org

Dengan pengenalan vaksin-vaksin yang berkesan dan merangkumi pelbagai penyakit, anak-anak kecil dapat mengelakkan diri daripada dijangkiti wabak dan penyakit merbahaya jika vaksin-vaksin tersebut diambil.

Walau bagaimanapun, sesetengah penyakit kecil seperti demam, batuk, dan selesema kadang-kala susah untuk dielakkan.

Terutamanya jika anak-anak kecil sudah ke sekolah atau pusat asuhan di mana jangkitan dari satu anak kecil ke anak kecil yang lain mudah berlaku.

Disebabkan itu, ramai ibu bapa yang sering memilih doktor pakar kanak-kanak untuk memeriksa anak kecil kerana pakar pediatrik lebih mendalami masalah fisiologi yang dialami kanak-kanak.

Mungkin sakit perut anak Ibu akan didiagnos sebagai sakit perut biasa sahaja di klinik biasa, sama ada klinik kesihatan atau klinik swasta biasa, tapi pakar pediatrik mungkin akan diagnos penyakit tersebut sebagai sesuatu yang berlainan dan kerap dijangkiti kanak-kanak seperti virus rota.

Sekarang ini, vaksin untuk penyakit virus rota pun sudah ada dan selalunya boleh di dapati di klinik pakar kanak-kanak.

Highlighted

Sumber: Getty Images

Jadi memang berbaloi kalau Ibu bawa anak kecil berjumpa doktor pakar kanak-kanak daripada klinik biasa demi kesihatan anak kecil.

Doktor pakar kanak-kanak selalunya boleh merawat anak-anak sejak lahir sehinggalah pada peringkat remaja berusia 18 tahun, jadi jangan khuatir kalau rasa anak Ibu terlalu besar untuk pergi ke klinik pakar kanak-kanak.

Jika Ibu dan Ayah menetap di bandar Sungai Buloh, terdapat satu klinik pakar kanak-kanak yang anda boleh lawati.

Klinik Pakar Kanak-kanak di Sungai Buloh, Selangor

1. Klinik Kanak-Kanak Serena

Sumber: Google

Klinik Kanak-Kanak Serena mendapat 4 daripada 5 bintang berdasarkan 37 ulasan dari pengguna dan pelawat.

Kebanyakannya mengatakan doktor yang merawat di klinik ini, Dr Serena amat peramah, berpengetahuan tinggi tentang kesihatan anak-anak, dan sangat profesional dalam merawati pesakit.

Alamat: 20G, Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra, 47000 Sungai Buloh, Selangor

 

No. Telefon: 03-6157 5763

Waktu Operasi:
– Isnin – Khamis: 8.30 pagi – 4.00 petang
– Jumaat: 8.30 pagi – 12.00 tengah hari
– Sabtu: 9.00 pagi – 12.45 tengah hari
– Ahad: Tutup

Untuk senarai klinik pakar kanak-kanak di kawasan lain yang berdekatan, anda boleh lihat di sini.