Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Klinik Pakar Wanita Di Seluruh Malaysia

klinik pakar wanita di malaysia

Kredit gambar: istockphoto

Apabila menghadapi masalah atau penyakit sakit puan, wanita perlu mendapatkan rawatan khas dari yang pakar secepatnya.

Klinik yang menyediakan rawatan umum tak semuanya boleh memberikan rawatan berkait sakit puan ni. Sebab itulah penting untuk dapatkan rawatan di klinik pakar wanita atau dikenali juga sebagai Klinik Obstetrik & Ginekologi.

Rawatan Yang Disediakan Di Klinik Pakar Wanita

Rawatan dan servis yang disediakan di klinik pakar wanita ialah yang berkaitan dengan wanita seperti pregnancy, melahirkan dan apa-apa masalah yang berkaitan dengan organ pembiakan wanita.

Kalau di klinik biasa dan klinik ibu dan anak, rawatan spesifik seperti ini tak semuanya disediakan. Maklumlah.. untuk rawatan berkait sakit puan ni, memerlukan kepakaran yang khusus dan mesin peralatan yang digunakan untuk diagnosis pun tak sama.

Bila ada masalah sakit puan ni, memang penting untuk dapatkan rawatan yang secepatnya.

10 Klinik Pakar Wanita Di Seluruh Malaysia

Jom, kita tengok beberapa pilihan Klinik Pakar Wanita di sekitar Malaysia:

1. Klinik Pakar Wanita Hospital Pakar Kempas

Highlighted

Kredit gambar: kempasmedical.com

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Sakit senggugut
  • Jangkitan penyakit kelamin
  • Rawatan menopos
  • Implan mencegah kehamilan
  • Histerektomi
  • Rawatan kanser servikal
  • Pemeriksaan payudara

Alamat: 1st Floor, Lot PTD 7522,, Jalan Kempas Baru, 81200 Kempas, Johor, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 07-236 8999
Laman web: https://www.kempasmedical.com/obstetrics—gynaecology.html

2. Klinik Pakar Wanita Dr Anil

Kredit gambar: dr-anils-women-health-clinic

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Kehamilan dan melahirkan anak
  • Urinary incontinence
  • Masalah pundi kencing
  • Organ pelvik kendur
  • Masalah seksual

Alamat: Room D2509, Block D, Level 2, Bagan Specialist Centre, Jalan Bagan 1, 13400 Butterworth Pulau Pinang, Malaysia
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 8.30 pg – 5.00 ptg | Sabtu dan Ahad, 9.00 pg – 1 tgahari
Tel: 04-371 0000
Laman web: https://dr-anils-women-health-clinic.business.site/

3. Dr. Zaharuddin KL Pakar Wanita @ Sunway Medical Centre

Kredit gambar: selangor.travel

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Masalah kesuburan
  • Masalah dan penjagaan kehamilan
  • Pemeriksaan kanser servikal
  • Pemeriksaan colposcopy

Boleh juga terus ke laman web Sunway Medical Centre untuk maklumat lebih lanjut ya. Kalau untuk klinik ibu dan anak di sekitar Selangor dan Kuala Lumpur pula, boleh tengok senarai ini.

Alamat: Suite A-5-10, 5th Floor, Tower A, No 5 Jalan Lagoon Selatan, Bandar Sunway, 47500 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia
Waktu operasi: Isnin hingga Rabu, 9.00 pg – 4.30 ptg | Khamis, 2.30 ptg- 4.30 ptg | Jumaat, 9.00 pg – 11.30 pg, 3.00 ptg – 4.30 ptg | 9.00 pg – 12.00 tghari | Ahad, tutup
Tel: 011-1866 0818
Laman web: https://www.klgynaecologist.com/ | https://klgynaecologistsunwaymedicalcentre.business.site/

4. Hospital Bersalin Sukhilmi

Kredit gambar: web.facebook.com/DrSukhilmi

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Ujian kesuburan
  • Penjagaan selepas bersalin
  • Rawatan sakit payudara
  • Rawatan sakit bawah perut wanita

Alamat: 5-G Jalan Coco Drive 3, Taman Bandar Senawang, Senawang, 70450 Seremban, Negeri Sembilan, Malaysia
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 9.00 pg – 5.00 ptg | Sabtu, 9.00 pg – 1 tghari
Tel: 019-600 8626
Akaun Facebook: https://web.facebook.com/DrSukhilmi/?_rdc=1&_rdr

5. Pusat Pakar Wanita dan Bayi Tabung Mahkota

Kredit gambar: mahkotamedical.com

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Rawatan bantuan kesuburan
  • Pembedahan laparoskopik
  • Pembedahan payudara

Alamat: No.3 Mahkota Melaka, Jalan Merdeka, 75000 Melaka, Malaysia
Waktu operasi: Setiap hari, 24 jam
Tel: 06 285 2999
Laman web: https://www.mahkotamedical.com/ms/pusat-wanita-dan-kanak-kanak/

6. Neong Pusat Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan

Kredit gambar: my.worldorgs.com

Kalau nak dapatkan rawatan untuk sakit puan di Kedah, Neong Pusat Pakar Perbidanan Dan Sakit Puan adalah antara klinik pakar wanita di sana.

Alamat: 3J, Jalan Kampung Baru, Taman Setia Bakar Arang, 08000 Sungai Petani, Kedah
Waktu operasi: Selasa, Rabu dan Jumaat, 9.00 pg – 12.30 tghari, 2.00 ptg – 5.00 ptg | Sabtu dan Ahad, 9.00 pg – 12.00 tghari, 2.00 ptg – 5.00 ptg | Isnin, 9.30 pg – 12.30 tghari, 2.30 ptg – 5.00 ptg
Tel: 04-422 2833

7. Ng Ipoh Specialist Clinic Fertility

Kredit gambar: web.facebook.com/lizalingping/

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Rawatan bantuan kesuburan
  • Pap smear
  • Pemeriksaan payudara

Alamat: 91, Jalan Kamaruddin Isa, Taman Fair Park, 31400 Ipoh, Perak
Waktu operasi: Isnin hingga Sabtu, 9.00 pg – 12.00 tghari, 2.00 ptg – 5.00 ptg
Tel: 05-546 6700
Akaun Facebook: https://web.facebook.com/lizalingping/?_rdc=1&_rdr

8. Klinik Indra – Klinik Wanita Mentakab (Pakar Sakit Puan-Gynae)

Kredit gambar: myhealthcare.xyz

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Rawatan bantuan kesuburan
  • Pemeriksaan kanser sakit puan
  • Masalah haid

Alamat: No. 32, Jalan Orchid, Kampung Catin, 28400 Mentakab, Pahang
Waktu operasi: Isnin hingga Jumaat, 10.00 pg – 8.30 mlm | Sabtu, 10.00 pg – 5.00 ptg | Ahad, 10.00 pg – 1.00 tghari
Tel: 09-277 3167
Akaun Facebook: https://web.facebook.com/KWMObGyn/?_rdc=1&_rdr

9. Klinik Adilla

Kredit gambar: klinikadilla.com

Antara rawatan yang disediakan ialah untuk:

  • Pemeriksaan janin
  • Pemeriksaan payudara
  • Masalah dan rawatan kehamilan

Alamat: Jalan Long Yunus, Bandar Kota Bharu, 15200 Kota Bharu, Kelantan
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 9.00 pg – 10.00 mlm | Jumaat, tutup
Tel: 09-748 9866
Laman web: https://www.klinikadilla.com/

10. Klinik Perubatan An-Nur

Kredit gambar:web.facebook.com/klinikperubatanannur

Di Terengganu, Klinik Perubatan An-Nur adalah antara klinik pilihan untuk masalah sakit puan dan juga kanak-kanak.

Alamat: Kompleks Sukan, Depan, Jln Kuala Berang, Kampung Wakaf Tapai, 21040 Marang
Waktu operasi: Sabtu hingga Khamis, 8.00 pg – 5.00 ptg, 8.00 mlm – 10.00 mlm | Jumaat, tutup
Tel: 011-1680 5663
Akaun Facebook: https://web.facebook.com/klinikperubatanannur/?_rdc=1&_rdr

Masalah dan penyakit sakit puan memerlukan rawatan yang segera dari yang pakar. Jika Mommy rasa Mommy memerlukan bantuan dan nasihat berkenaannya, tetapkan janji temu dengan pihak klinik untuk pemeriksaan dan rawatan.