Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Senarai Hospital Dan Klinik Psikiatri Johor

Sumber: Adobe Stock

Rakyat Malaysia beruntung kerana perkhidmatan kesihatan di klinik dan hospital boleh didapati di kebanyakan kawasan. Ini termasuk perkhidmatan rawatan kesihatan mental yang semakin dititikberatkan oleh kerajaan dan masyarakat.

Untuk pengetahuan anda, perkhidmatan rawatan di hospital kerajaan atau hospital psikiatrik kerajaan memerlukan surat rujukan dari doktor di klinik, sama ada klinik kesihatan atau klinik swasta.

Walaubagaimanapun, tiada surat rujukan diperlukan untuk mendapatkan rawatan di klinik. Berikut ialah senarai klinik psikiatri Johor untuk makluman anda.

5 Klinik Psikiatri Johor

1. Klinik Psikiatri (Jabatan Psikiatrik Dan Kesihatan Mental) Hospital Sultanah Aminah

Highlighted


Ditubuhkan pada tahun 1993, Jabatan Psikiatrik Dan Kesihatan Mental di Hospital Sultanah Aminah ini bermula dengan perkhidmatan yang berkongsi kaunter dan klinik bersama Jabatan Neurosurgeri. Jabatan ini telah meluaskan perkhidmatannya untuk pesakit luar dan dalaman berserta keluarga, komuniti, dan masyarakat.

Alamat: Bangunan Lili, Hospital Sultanah Aminah, Jalan Persiaran Sultan Abu Bakar, 80100 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-225 7000

Laman Sesawang: www.hsajb.moh.gov.my

Waktu Operasi:
– Isnin – Jumaat: 8.00 pagi – 1.00 pagi / 2.00 petang – 4.30 petang

2. Klinik Psikiatri Hospital Permai

Sumber: bernama.com

Hospital Permai ialah hospital psikiatri kerajaan yang terletak di Johor Bahru dan siap dibina pada tahun 1937. Hospital psikiatri ini telah mendapat lebih daripada 60 ulasan daripada pelawat di Google Rating.

Alamat: Hospital Permai, Jalan Tampoi, 81200 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: 07-231 1000

Waktu Operasi: 24 jam sehari

3. Klinik Dr. Jeyarajah S.

Klinik yang terletak di Taman Larkin Perdana, Johor Bahru ini telah mendapat 5 daripada 5 bintang di Google Rating berdasarkan dua pelawat.

Alamat: 1st Floor, 52-01, Jalan Persiaran Susur Larkin Perdana 2, Taman Larkin Perdana, 80350 Johor Bahru, Johor

No. Telefon: +6072342099

4. Jabatan Psikiatri Hospital Pakar Sultanah Fatimah

Sumber: Google

Berfungsi sebagai Unit Psikiatri sehingga sebelum tahun 1990, unit tersebut dipertingkatkan kepada Jabatan Psikiatri pada tahun 1996. Enam unit Jabatan ini termasuk Klinik Pakar Psikiatri, Terapi Cara Kerja Psikiatri, Unit Komuniti Psikiatri, Kaunseling, Perkhidmatan Sokongan Kesihatan Mental Psikososial, dan wad lelaki dan perempuan.

Alamat: Hospital Pakar Sultanah Fatimah, 84000 Muar, Johor

No. Telefon: 06-956 4000

Waktu Operasi: 24 jam sehari

5. Jabatan Psikiatri Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang

Sumber: ibanding.com

Jabatan Psikiatri hospital yang terletak dalam 8km dari lokasi hospital lama ini ditubuhkan pada tahun 2011. Hospital ini telah mendapat lebih daripada 130 ulasan dari pelawat.

Alamat: Jabatan Psikiatri, Hospital Enche’ Besar Hajjah Khalsom, Kluang KM 5, 91, 86000 Kluang, Johor

No. Telefon: 07-778 7000

Waktu Operasi: 24 jam sehari

Lihat di sini untuk senarai hospital dan klinik psikiatri lain.