Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Koleksi Buku Cerita Kanak-kanak Untuk Program NILAM

Kredit: mstar.com.my

Sesiapa sahaja yang pernah pergi ke sekolah kebangsaan tentu tahu tentang program NILAM, betul tak? Terdapat pelbagai buku cerita kanak-kanak untuk NILAM yang berpatutan dan menarik yang boleh didapati di mana-mana perpustakaan dan juga online.

NILAM ialah akronim atau nama ringkas untuk ‘Nadi Ilmu Amalan Membaca’. Ia adalah sebuah program murni yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia sejak tahun 1999 untuk menanamkan minat membaca dalam setiap pelajar di seluruh Malaysia.

Highlighted

Sumber: psspermaiindah.blogspot.com

Mommy tahu tak apa matlamat program NILAM ini sebenarnya? Ia bukan sekadar untuk menggalakkan kanak-kanak membaca, tetapi juga menilai apa yang telah dibaca. Selain itu, objektif NILAM adalah untuk membina tabiat membaca dalam kalangan murid dan supaya mereka terus menjana idea kreatif dan inovatif bagi menyemai tabiat membaca.

Untuk matlamat dan objektif program ini dicapai dengan cemerlang, ia memerlukan penglibatan guru-guru dan juga ibu bapa. Bukan kita tak percaya anak mampu mencari buku sendiri untuk dibaca, tetapi dorongan dari ibu bapa dan guru tentu dapat membuatkan anak-anak murid bersemangat untuk membaca.

Selain sokongan dan dorongan orang dewasa, kanak-kanak digalakkan lagi untuk membaca dengan diberi ganjaran berdasarkan jumlah bacaan! Tiga komponen bagi program NILAM ialah membaca dan merekod bahan bacaan, mengesahkan rekod dan mengumpul data, serta memberi pengiktirafan dan ganjaran.

Sumber: Getty Images

Membaca dan merekod bahan bacaan sudah tentu perlu dibuat oleh anak murid, sementara pengesahan rekod, pengumpulan data, dan pengiktirafan dan ganjaran perlu dilakukan oleh guru, selalunya guru kelas anak murid tersebut.

Jom tengok beberapa jenis buku cerita kanak-kanak untuk NILAM yang Mommy boleh dapatkan secara secara fizikal dan online.

Senarai Buku Cerita Kanak-kanak Untuk NILAM

Koleksi Buku-Buku Yang Boleh Didapati Secara Fizikal

1. Ada Apa Dalam Daun

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Info ringkas: Sesuai untuk kanak-kanak tujuh hingga 10 tahun, buku cerita ini menghuraikan fakta sains dalam bentuk cerita.

Boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia.

2. Apabila Haiwan Menjadi Guru

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Info ringkas: Sesuai untuk semua kategori umur kanak-kanak, buku ini penuh dengan pengkajian keagamaan dan saintifik.

Boleh didapati dari Perpustakaan Negara Malaysia.

3. Nabi Yusuf a.s. Menteri Besar

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Info ringkas: Buku ini termasuk dalam 25 Siri Koleksi Nabi yang menceritakan tentang kisah para nabi sebagai bahan bacaan kanak-kanak yang dapat memberi pengajaran.

Boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia.

4. Aku, Kau & Sekolah

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Info ringkas: Sesuai untuk kanak-kanak yang gemar membaca komik, bahan bacaan dari sembilan pelukis berbeza ini menceritakan tentang dunia sekolah yang penuh cabaran.

Boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia.

5. Ensiklopedia Sains & Al-Quran – Bumi Dan Alam Semesta

Sumber: Perpustakaan Negara Malaysia

Info ringkas: Ensiklopedia ini penuh dengan informasi tentang keadaan alam di sekeliling kita yang sering menjadi persoalan dan dijelaskan dalam bentuk yang mudah.

Boleh didapati di Perpustakaan Negara Malaysia.

Koleksi Buku-Buku Yang Boleh Dibeli Online

1. Miko Pergi Sekolah

Sumber: BookXcess

Info ringkas: Sesuai untuk kanak-kanak kecil, buku ini menceritakan tentang perjalanan seorang watak bernama Miko kesekolah.

Boleh didapati di bookxcess.com

2. Komik M Misi Straight A Plus

Sumber: Iman Shoppe

Info ringkas: Komik yang menarik tentang pelajar-pelajar dengan misi untuk mendapatkan pendidikan cemerlang juga mempunyai tip dan teknik belajar berkesan.

Boleh didapati di imanshoppe.com

3. Saya, Sherlock & Lupin (Wanita Berkelubung Hitam)

Sumber: MPH Online

Info ringkas: Novel ini merupakan novel terjemahan daripada Bahasa Itali tentang penyiasatan detektif dan pihak polis untuk menyelesaikan kes-kes yang terjadi di kota kecil Saint Malo.

Boleh didapati di mphonline.com

4. Booska Dan Persiapan Musim Sejuk

Sumber: Kinokuniya Malaysia

Info ringkas: Buku yang sesuai untuk kanak-kanak ini menceritakan tentang haiwan yang perlu membuat persediaan dan persiapan untuk menempuh musim sejuk.

Boleh didapati di malaysia kinokuniya.com

5. Koleksi Cerita Dongeng Klasik

Sumber: Popular

Info ringkas: Buku ini merangkumi koleksi cerita dongeng klasik dari Barat seperti Red Riding Hood melawat rumah neneknya, dan Cindrella di majlis di raja, serta pelbagai kisah lain.

Boleh didapati di popularonline.com.my

Koleksi Buku-Buku Yang Boleh Dimuat Turun

1. Belalang Dan Semut

Sumber: cikgusuhaimin.com

Info ringkas: Teladan klasik yang mengisahkan tentang keadaan belalang yang malas sementara semut bekerja keras untuk hari susah yang akan datang.

Boleh dimuat turun di cikgusuhaimin.com

2. Katak Puru Dengan Lembu

Sumber: cikgusuhaimin.com

 

Info ringkas: Cerita pendek untuk kanak-kanak tentang kepentingan merendahkan diri dan tidak sombong.

Boleh dimuat turun di cikgusuhaimin.com

3. Kisah Sang Beruang

Sumber: storyjumper.com

Info ringkas: Cerita pendek untuk kanak-kanak tentang sang beruang yang menjadi tamak dalam perjalanannya ke sebuah jamuan.

Boleh dibaca di storyjumper.com

4. Pokok Bunga Misteri

Sumber: cikgusuhaimin.com

Info ringkas: Buku cerita ringkas tentang seorang watak kanak-kanak yang rajin menanam dan minyiram pokok bunga dan dihadiahkan biji benih istimewa oleh bapanya.

Boleh dimuat turun di cikgusuhaimin.com

5. Guri Emas

Sumber: cikgusuhaimin.com

Info ringkas: Cerita pendek yang penuh teladan mengisahkan tentang anak-anak seorang peladang yang malas untuk bekerja sehinggalah bapa mereka meninggal dunia.

Boleh dimuat turun di cikgusuhaimin.com


Program NILAM ini bukan setakat untuk memberi ganjaran segera kepada kanak-kanak, tetapi terdapat banyak lagi faedah apabila tabiat membaca berjaya disemai. Kanak-kanak akan belajar dan menambah perbendaharaan mereka, meningkatkan ketrampilan komunikasi, melatih kemampuan berfikiran logik, dan banyak lagi.

Semua itu penting untuk kejayaan di masa hadapan, dan mereka boleh bermula dengan buku cerita kanak-kanak untuk NILAM ini. Mommy boleh bantu si kecil mencari buku di mana-mana perpustakaan berdekatan, membeli buku di kedai buku atau online, dan membuat turun pelbagai jenis buku dalam format PDF dari laman web lain.

Semoga bermanfaat.