Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Tengok 14 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Berbeza dan Menarik Ni!

Kredit gambar: istockphoto.com

Bila nak pilih kombinasi warna cat rumah, bukannya tak ada pilihan kan Mommy dan Daddy? Tetapi lebih kepada terlebih pilihan!

Kalau tengok pada pilihan kod warna tu, semuanya cantik. Datang pelbagai idea terus di kepala ni. Nak cat warna itu, warna ini.

Tunggu dulu Mommy! Walaupun dengan warna yang cantik, tapi kalau tak ada tema dan keseragaman, tak boleh juga.

14 Idea Kombinasi Warna Cat Rumah Yang Berbeza Dan Menarik

Orang kata, kena ada ‘unity’. Untuk cat rumah ni, hanya warnanya sahaja sudah memainkan peranan penting dan boleh mengubah seluruh atmosphere dalam rumah tau.

Jadi untuk kali ini, Motherhood bawakan beberapa pilihan kombinasi warna cat rumah yang menarik kesemuanya:

#1. Kombinasi Warna Cat Rumah Putih + krim

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto.com

Kombinasi cat rumah warna putih dan krim ni memang selalu menjadi pilihan. Ini kerana selain daripada membuatkan ruang rumah nampak luas, kombinasi warna ni tampak mewah tetapi simple.

#2. Warna putih + hitam

Kredit gambar: istockphoto.com

Ramai juga yang gemarkan kombinasi ni kan? Cat rumah dengan warna hitam dan putih dan kalau nakkan keseragaman, pilih warna perabot dari satu warna je seperti perabot kayu sahaja.

#3. Warna hijau cerah + putih

Kredit gambar: istockphoto.com

Buat mereka yang sukakan warna yang menyedapkan mata memandang, warna hijau cerah selalu menjadi pilihan. Mommy perasan tak, kalau ke rumah saudara yang cat interior nya hijau cerah, pandangan mata tu rasa ‘sedap’ je?

#4. Warna merah jambu + ivory

Kredit gambar: temonggo.com

Kalau Mommy sukakan warna lembut dan tampak feminin, kombinasi warna merah jambu dan ivory mungkin sesuai. Jangan ingat warna merah jambu ni sesuai untuk cat bilik tidur je, untuk ruang lain dalam rumah pun cantik tau!

#5. Warna light salmon + krim

Kredit gambar: istockphoto.com

Kombinasi warna light salmon dan krim seakan-akan merah jambu, tapi berbeza. Selalunya, orang pilih gabungan warna cat ini untuk ruang makan dan di dapur.

#6. Warna kuning + krim

Kredit gambar: istockphoto.com

Nampak ceria je kan kombinasi cat rumah warna ni? Warna kuning memang cantik kalau digabungkan dengan warna krim. Tambahan pula, kalau ada pokok hiasan dalam rumah dan perabot kayu, vibe lain terus!

#7. Warna ungu muda + putih

Kredit gambar: istockphoto.com

Kalau warna hijau muda mencerahkan pandangan, warna ungu ni meredupkan pandangan. Kombinasi warna ungu dan putih ni tampak elegen tau Mommy. Kalau nak pilih gabungan cat ni, perabot pun kena simple juga. Barulah naik seri.

#8. Warna merah jambu + kelabu cair

Kredit gambar: istockphoto.com

Kombinasi dua warna ni memang cantik kan? Tak kiralah di ruang tamu ke, ruang makan ke, nampak lively je kalau cat rumah warna ni.

#9. Warna emerald green + ivory

Kredit gambar: home-designing.com

Untuk imej rumah yang nampak ‘mahal’ tapi simple, tentulah kombinasi warna emerald green dan ivory! Warna ni, kalau dipadankan pula dengan kain langsir beralun dan perabot kontemporari, nampak macam European style gitu.

#10. Warna teal + brown

Kredit gambar: impressiveinteriordesign.com

Warna yang tak kurang mewahnya, selalu menjadi pilihan untuk warna yang tone agak gelap dn misteri adalah kombinasi warna teal dan brown. Nampak macam vibe diraja kan?

#11. Warna off-white + wood

Kredit gambar: istockphoto.com

Untuk gabungan warna off-white dan coklat kayu, tak semestinya Mommy perlu cat rumah dengan kedua-dua warna ni. Ada je yang cat ruang dalaman rumah mereka dengan cat warna off-white sahaja tetapi menambahkan deco rumah dengan hiasan kayu.

#12. Warna biru laut + krim

Kredit gambar: paintingideas.art

Sesetengah warna cair ataupun pastel, jika kena gabungan dan biasan dalam rumah, memang nampak elegen tau Mommy.

Sebagai contoh, warna biru laut dan krim ni. Kalau dipadankan dengan langsir putih beralun pula, memang indah!

#13. Warna light brown + ivory

Kredit gambar: istockphoto.com

Ramai juga yang suka gabungan warna ini di ruang makan kan? Rona kombinasi warna light brown dan ivory ni meredupkan pandangan dan dengan pencahayaan lampu kuning, boleh tampak eksklusif kan?

#14. Kombinasi Warna Cat Rumah Merah tua + emas

Kredit gambar: architecturaldigest.com

Memang warna gelap boleh membuatkan ruang rumah nampak agak sempit. Tetapi kombinasi warna merah tua dan emas ni cukup cantik.

Lagi eloklah kalau ruang rumah memang besar, gabungan warna ni pun, kalau dengan pencahayaan yang cukup, mood dalam rumah memang lain!

Pilihan Kombinasi Warna Cat Rumah

Kombinasi warna cat gelap dan cerah, kedua-duanya sesuai bergantung kepada keluasan dalaman rumah, deco, pencahayaan dan faktor-faktor lain.

Asalkan Mommy dan Daddy kreatif je, pasti indah ruangan rumah nanti!


Mommy dan Daddy juga boleh mempelajari cara untuk deko rumah dengan lebih cantik dan menarik di SINI!