Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Konsep Bilik Air Yang Cantik dan Simple, Terkini

Sumber: Shutterstock

Mesti Mommy bosan dah berapa tahun dekorasi bilik air dan rumah yang sama bukan? Jom cuba cari konsep yang baharu dan sesuai untuk bilik air Mommy! Yang pastinya, dekorasi bilik air ini sememangnya cantik dan simple, dan barang-barangnya juga senang untuk dicari di mana-mana kedai interior design.

“Rumah adalah tempat di mana kita harus merasa aman dan nyaman.”

– Catherine Pulsifer

Bukan kerana cantik sahaja, tetapi selesa untuk Mommy dan sekeluarga. Tidak kira rumah teres, bunglo, flat ke mesti nak hias dengan cantik kan? Menghiasi ruangan yang selalu kita guna dapat menambahkan produktivti kita sepanjang hari!

Begitu juga dengan ruangan mandi kita! Motherhood kongsikan beberapa konsep dan idea bilik air yang cantik dan simple, sebagai panduan mendeko bilik air di rumah Mommy.

5 Konsep Bilik Air Yang Cantik dan Simple

1. Minimalis

Highlighted

Sumber: Shutterstock

Konsep minimalis semakin menjadi kegilaan orang ramai kerana dekonya yang cantik dan simple, tetapi memberi impak yang besar kepada sesebuah ruang. Ia memberi ilusi moden dan sering digayakan bersama warna putih sebagai warna utama. Untuk konsep minimalis ini, pemilihan tandas dan tab mandi boleh menggunakan warna gelap untuk tampak lebih elegant.

Secara amnya, warna hitam akan membuatkan bilik air kelihatan mewah serta menarik! Dan cuba untuk kekalkan atau ada beberapa elemen dengan earthy tones untuk menampakkan bilik air yang cantik dan simple itu kekal minimalis dan selesa.

2. Pastel

Sumber: Shutterstock

Kadang-kadang bilik air direka lebih kecil daripada ruang lain. Dengan memilih konsep yang baru untuk upgrade bilik air, Mommy boleh cuba mengecat warna dinding dengan warna yang lebih cerah ataupun pastel. Warna pastel seperti merah jambu, ungu muda dan biru cair biasa digunakan, begitu juga dengan hijau cair, pic, dan lavender. Ditambah juga dengan barangan perhiasan warna gold pasti nampak lebih mewah!

Warna pastel memberi kecerahan dan ilusi seperti bilik air Mommy adalah lebih luas dari yang sangkakan. Sebab itu, warna memainkan banyak peranan dan dapat meningkatkan mood Mommy apabila masuk ke bilik air. Mommy juga boleh cari cat yang tahan lembab dan sesuai untuk bilik air agar cat tersebut tahan lebih lama.

3. Boho

Sumber: Shutterstock

Inginkan bilik air yang rasa homey? Mommy boleh penuhkan bilik air dengan tumbuhan yang kecil tetapi memberi impak yang positif kepada seluruh konsep bilik air Mommy. Hiasan seperti carpet yang bermotifkan boho dan dekorasi dinding seperti macrame dinding ataupun tempat gantung tumbuhan dan pokok.

Sumber: Amazon

Selain itu Mommy boleh tukar dekorasi lampu seperti pendant light yang bersesuaian dengan konsep boho. Untuk elakkan bilik air tersebut daripada kelihatan crowded, Mommy boleh menggunakan jubin pada dinding yang bermotifkan boho.

4. Industrial

Sumber: Shutterstock

Jika bilik air Mommy hanya bersimen dan mempunyai ruang mandi yang besar, Mommy boleh cuba konsep Industrial ini. Pilihan warna untuk konsep ini adalah warna gelap seperti hitam, kelabu dan coklat.

Dengan konsep bilik air yang bersimen, kemudian peralatan di bilik air seperti tombol atau pili air yang berwarna hitam pasti membuatkan ia kelihatan lebih maskulin dan sangat industrial! Cik abang pun pasti lebih berminat dengan konsep ini.

Konsep ini sesuai dengan rumah yang lebih moden dan peminat dinding bata! Ingat kafe hipster je boleh gunakan dinding bata? Bilik air pun boleh la! Kebaikan dinding bata ini adalah ia sangat membantu dalam mengawal suhu rumah daripada sejuk dan panas. Ruang ini juga akan nampak lebih kemas dan teratur apabila digayakan bersama perabot yang memiliki ciri-ciri Industrial.

5. Rustic

Sumber: Shutterstock

Bagi Mommy yang berminat dengan konsep kampung-kampung dan menggunakan banyak kayu, Mommy boleh cuba konsep Rustic. Untuk konsep ini, pastikan lantai yang digunakan adalah bermotifkan ‘batu-batu sungai’, dan kabinet pula, pastikan yang berwarna coklat atau kayu. Barulah tampak rustic dan evergreen!

Tips Membeli Perabot

Setelah Mommy tentukan konsep yang bersesuaian dengan citarasa Mommy, kenalah pergi membeli belah perabot baru! Perabot sekarang boleh dibeli di mana-mana sahaja kedai perabot. Mommy hanya perlu  tahu bagaimana untuk mencari perabot yang bersesuaian dengan konsep yang telah dipilih.

1. Perabot mengikut tema

Contoh untuk yang minat dengan konsep ala hotel mewah, Mommy perlu cari perabot yang warnanya gelap seperti coklat gelap, hitam atau hijau gelap. Kabinet-kabinet berwarna coklat gelap sangat sesuai untuk konsep industrial ataupun mininalis.

2. Pemilihan gambar atau lukisan

Sumber: Cianellistudios

Untuk gambar-gambar pula, konsep bilik air seperti konsep boho perlulah menggunakan corak yang bermotifkan boho. Untuk konsep indusrial, Mommy boleh cuba untuk menggunakan lukisan abstract untuk menjadi kontra kepada bilik air yang malap dan gelap. Baru lah ruang mandi jadi lebih menarik. Orang datang berkunjung pun mesti impress dengan skill Mommy!

3. Ruang untuk menyimpan

Sumber: Design Ideas Guide

Selain perhiasan, ruang untuk menyimpan barang juga memainkan peranan konsep Mommy. Kabinet atapun bakul-bakul untuk disimpan di ruang sinki atapun rak bilik air perlu mengikut tema. Bakul rotan untuk letak barang barang selalunya sesuai dengan konsep rustic ataupun boho.

Sementara itu, kotak atapun bakul warna hitam, kelabu, dan putih pula sesuai dengan konsep minimalis dan industrial. Karton kayu juga boleh menjadi perhiasan yang sesuai buat konsep rustic.

4. Corak Cermin

Sumber: Shutterstock

Untuk ruangan bilik air yang kecil dan sempit, cermin memainkan peranan untuk nampak bilik air lebih luas. Bilik air yang sempit boleh dinaik taraf dengan cermin yang besar pada ruang sinki ataupun pada pintu. Kalau Mommy mahu corak cermin yang lebih kreatif, boleh melihat cermin hexagon dan tampal mengikut kreativiti Mommy.

5. Ruangan Mandi dan Sinki

Sumber: Shutterstock

Jika ruang mandi terlalu luas, Mommy boleh tambah partition seperti showering screen untuk lebih privasi di dalam bilik air. Ruang sinki juga boleh ditambah dengan perhiasan kecil seperti tray untuk letak barangan seperti sabun, berus gigi dan sebagainya.

Di samping itu, Mommy boleh letak tumbuh-tumbuhan kecil di sinki untuk menaik taraf lagi bilik air Mommy!

Konsep Mana Yang Sesuai Untuk Mommy?

Pilih lah konsep yang sesuai dengan bilik air Mommy. Untuk kelihatan lebih luas, pilih konsep yang lebih cerah seperti pastel ataupun boho.

Manakala yang bilik airnya yang luas, boleh cuba konsep industrial ataupun rustic kerana warna-warnanya yang gelap. Mommy juga boleh rujuk disini untuk menambah lebih banyak lagi ilmu tentang dekorasi bilik air!