Ibu, Bayi & Kanak Kanak

10 Tips Bijak Memilih Kontraktor Rumah Yang Tepat dan Hebat

kontraktor rumah

Kredit gambar: www.roadhousehomes.ca

Memilih kontraktor rumah boleh menjadi satu mimpi ngeri buat anda jika tersalah dalam pemilihannya serta merisikokan rumah anda dalam bahaya.

Apatah lagi jika kontraktor tersebut seorang yang tidak bertanggungjawab dan langsung tidak mempunyai sebarang pengalaman serta kebolehan dalam membina atau pun mengubahsuai rumah.

Oleh itu, adalah sangat wajar sebelum anda menyerahkan segala tugasan kepada kontraktor terpilih untuk projek mengubahsuai atau membina rumah, anda perlulah memastikan segala tips yang kami kongsikan di bawah ini diikuti.

Jom lihat apakah tips-tips tersebut!

Tips Pilih Kontraktor Rumah Yang Tepat

Highlighted

Kredit gambar: billmacewen.com

#1. Cari Yang Berpengalaman

Perkara utama yang paling penting adalah cari yang berpengalaman! Tanpa pengalaman, agak sukar untuk melakukan pengubahsuaian atau pembinaan rumah.

Anda perlu tahu juga, pemilihan kontraktor yang tidak mempunyai sebarang pengalaman dan pengetahuan dalam seni bina akan merisikokan anda banyak perkara terutama dalam soal keselamatan binaan!

#2. Jujur, Bertanggungjawab Dan Amanah

Selain pengalaman, anda juga perlu menitikberatkan soal kejujuran, tanggungjawab serta amanah. Tanpa tiga perkara ini, akan berlaku banyak masalah sepanjang proses pembinaan.

Sebagai contoh, jika tempoh perjanjian untuk siapkan rumah adalah selama sebulan, tetapi tanpa ada rasa tanggungjawab dan amanah projek rumah anda mungkin akan mengambil masa untuk siap 5 ke 6 bulan dari tempoh yang dijanjikan.

#3. Buat Siasatan

Untuk mengetahui sama ada kontraktor tersebut berpengalaman, jujur, amanah dan berkebolehan, anda boleh buat siasatan melalui lawatan ke projek-projeknya yang terdahulu atau berkomunikasi dengan para pekerja dan pelanggan lama mereka.

Tambah-tambah lagi, dengan zaman teknologi yang semakin canggih ini anda boleh membuat siasatan hanya menggunakan hujung jari sahaja!

#4. Kumpul Maklumat

Kredit gambar: theconstructor.org

Setelah itu, kumpul segala maklumat yang anda telah peroleh.

#5. Semak Portfolio

Tidak semua kontraktor mahir dan pakar dalam semua kategori pembinaan.

Oleh itu, telah menjadi tanggungjawab anda untuk membuat semakan mengenai kelayakan dan portfolio pembekal perkhidmatan anda. Pilih orang yang sesuai dengan perkhidmatan yang anda inginkan.

#6. Lawatan Ke Tapak Pembinaan

Kredit gambar: elliottconstruction.net

Cari sekurang-kurang tiga kontraktor dan bawa mereka ke tapak pembinaan rumah anda. Kemudian terangkan secara terperinci apakah jenis, reka bentuk dan lain-lain lagi yang anda ingin bina di situ.

Lihat apakah respon yang diberikan sama ada mereka mampu membuat dan mengikut kehendak anda atau sebaliknya.

#7. Dapatkan Harga Setiap Kontraktor Rumah

Kredit gambar: www.homeadvisor.com

Setelah para kontraktor menilai segala yang diperlukan untuk projek pembinaan tersebut, anda boleh dapatkan sebut harga untuk pembinaan rumah anda.

#8. Buat Perbandingan

Buat perbandingan melalui sebut harga, pengalaman, portfolio, cadangan dan segala yang telah anda lakukan di atas untuk memilih yang terbaik dan keselesaan anda untuk bekerjasama.

#9. Buat Pilihan Siapakah Kontraktor Rumah Anda

Melalui perbandingan tersebut, anda sudah boleh buat pilihan kontraktor manakah yang memenuhi segala kehendak dan mampu membina rumah seperti yang anda idamkan berpandukan kos, reka bentuk, jenis bahan dan segala yang lain.

#10. Yakin Dengan Pilihan Kontraktor Rumah

Kredit gambar: hwholmesinc.com

Terakhir sekali, setelah pemilihan dibuat anda perlu yakin dengan pilihan kontraktor tersebut dan bersedia menghadapi segala kesukaran yang mungkin akan wujud tatkala projek dijalankan.

Semoga dengan perkongsian ini, anda telah faham dengan jelas mengenai cara untuk memilih kontraktor dan mendapat banyak manfaat darinya!


Jom lihat juga mengenai tips dan inspirasi deko menarik yang lain di SINI!