Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jangan Korek Telinga Mommy! Doktor Jelaskan Kenapa Ia Memudaratkan Kesihatan Kita

Telinga kita ni sebenarnya perlu dicuci atau tidak? Macam-macam cara sudah dinasihatkan oleh ramai orang tentang pencucian telinga ini. Ramai juga yang berdebat, sebenarnya tidak perlu cuci pun tahi telinga ini. Ia berkemungkinan memudaratkan kesihatan telinga Mommy dan keluarga.

Ok first of all, apa itu Earwax?

Tahi telinga, juga dipanggil serumen, dihasilkan oleh badan untuk melindungi telinga. Lilin telinga mempunyai sifat pelincir dan antibakteria. Selalunya, tahi telinga yang lama digerakkan melalui saluran telinga dengan gerakan rahang seperti mengunyah manakala kulit di telinga akan tumbuh dari dalam ke luar. Apabila ia sampai ke bahagian luar telinga, ia akan mengelupas.

Tahi telinga dihasilkan di bahagian luar saluran telinga, bukan jauh ke dalam telinga. Tahi telinga terdiri daripada sel kulit mati dan rambut yang digabungkan dengan pelepasan dari dua kelenjar yang berbeza.

Ikuti perkongsian daripada Dr Mohd Shaiful Nizam, Pakar Bedah Telinga, Hidung dan Tekak tentang pembersihan telinga.

Perlu Korek Telinga Ke Tak Ni?

Lagi kes rujukan Gegendang Telinga pecah/bocor akibat tabiat suka korek telinga ke Klinik Pakar ENT (Telinga Hidung Tekak)! Ini antara kes rujukan yang saya terima di Klinik Pakar hari ini sebaik sahaja masuk kerja selepas cuti raya haji.

Highlighted

Kredit gambar: Twitter Dr Shaiful

Antara gejalanya, pesakit ini mengadu sakit di telinga kiri, kurang dengar serta bunyi berdesing. Kesemua 3 gejala ini terjadi sebaik sahaja beliau mengorek tahi telinga menggunakan besi kecil (seperti dalam gambar). Putik kapas disebelahnya juga digunakan.

Kredit gambar: Twitter Dr Shaiful
Gambar pengorek besi kecil itu pesakit sendiri yang keluarkan dari poket beliau. Beliau mempunyai tabiat korek telinga sudah agak lama menggunakan putik kapas & besi.

Tahukah anda, tahi telinga a.k.a earwax atau lilin telinga TIDAK PERLU dikorek. Ia sudah pun mempunyai mekanisma tersendiri tanpa kita sedar melalui kunyahan mulut, pergerakan rahang & pertumbuhan kulit dlm telinga yg akan menolak keluar. (AAO-HNS)

Fungsi Tahi Telinga

Earwax ini ada fungsinya:

  1. Bersifat kalis air – Cegah air dari meresap masuk ke salur telinga.
  2. Bersifat anti-bakteria untuk melindungi telinga daripada jangkitan & pembiakan bakteria & kulat.
  3. Bersifat asid untuk lembabkan kulit halus sekitar saluran telinga.
  4. Menghalang kemasukan serangga-serangga kecil seperti semut, lalat & nyamuk.
  5. Mengeluarkan kotoran & habuk dalam saluran telinga.

Ini antara 5 FUNGSI tahi telinga kita. Sebab itu doktor-doktor Pakar ENT MELARANG pesakit-pesakit mereka mengorek telinga.

Apabila tahi telinga sentiasa dikorek, secara tidak langsung akan menyebabkan ia tertolak ke bahagian tengah saluran telinga seterusnya akan berkumpul & tersumbat! Keadaan ini boleh mengakibatkan masalah pendengaran (berdesing & kurang dengar).

Lebih parah lagi ia boleh menyebabkan luka & radang telinga luar & tengah. Ia juga boleh menyebabkan kecederaan pada gegendang telinga seperti yang berlaku kepada pesakit saya ini.

Kredit gambar: Twitter Dr Shaiful

Habis tu Doktor, nak buat macam mana jikalau dah banyak sangat tahi telinga & rasa tersumbat? Gunakan ubat titis telinga untuk lembutkan tahi telinga yang keras. Jikalau masih lagi rasa tersumbat & bergejala, segera dapatkan pemeriksaan Pakar ENT.

Sekarang Mommy pun dah tahu kan? Telinga ini sebenarnya tak perlu dicuci beria pun. Setakat untuk menjaga penampilan sahaja. Selepas mandi tu cuci-cuci la dengan bersih. Harap-harap ia dapat clarify dan menjawab soalan Mommy! Ingat pesan doktor pakar ENT ni Mommy! JANGAN korek telinga. Semua kejadian itu ada tujuannya.

Semoga bermanfaat ya~