Ramai ibu bapa di luar sana yang takut untuk memotong kuku bayi baru lahir disebabkan oleh saiz jari dan kuku mereka yang sangat kecil. Tetapi, penting untuk memastikan kuku si manja Mommy sentiasa pendek dan bersih. Ini kerana, kuku panjang dan tajam risau boleh mencederakan muka si comel Mommy.
Ketika memotongnya, diingatkan supaya Mommy lebih berhati-hati untuk elakkan sebarang kecederaan pada bayi anda. Untuk lebih mudah, Mommy boleh rujuk perkongsian di bawah bagaimana cara yang betul dan mudah untuk potong kuku bayi yang masih kecil!
Cara Potong Kuku Bayi Baru Lahir
Memotong kuku bayi baru lahir tidak sama seperti memotong kuku orang tua atau orang dewasa. Berikut adalah beberapa cara untuk memotong kuku bayi yang boleh dijadikan sebagai panduan Mommy iaitu:
#1. Gunakan Pengetip Kuku Bayi
Cara yang pertama ialah gunakan pengetip kuku khas untuk bayi. Pengetip kuku khas untuk bayi ini banyak dijual dipasaran. Pengetip kuku bayi ini telah direka sesuai dengan saiz jari bayi.
Oleh itu, lebih selamat untuk menggunakan pengetip kuku bayi berbanding dengan pengetip kuku biasa yang digunakan oleh orang dewasa.
#2. Potong Selepas Waktu Mandi
Selain itu, disarakan kepada Mommy yang ingin memotong kuku bayi Mommy pilih waktu selepas mandi. Ini kerana, selepas mandi kuku si comel Mommy akan lebih lembut dan mudah dipotong.
Hasilnya, Mommy dapat memotong dengan lebih cepat, selamat dan kemas.
#3. Kuku Jari Tangan dan Kaki Berbeza Potongan
Seperti orang dewasa, potongan kuku bagi jari tangan dan kaki adalah berbeza. Bagi kuku jari tangan, Mommy peru memotong mengikut bentuk jarinya.
Manakala, bagi jari kaki pula Mommy hanya perlu potong secara menegak tanpa mengikut bentuk jarinya.
Hal ini kerana, kuku jari kaki bayi sangat kecil dan menyukarkan untuk memotong mengikut bentuknya.
#4. Potong Kuku Bayi Baru Lahir ketika Mereka Tidur Nyenyak
Di samping itu, cara potong kuku bayi baru lahir yang seterusnya adalah memotong semasa bayi sudah tidur nyenyak.
Ini kerana, bayi akan kurang bergerak semasa tidur dan ini akan memudahkan Mommy untuk memotong kuku si comel Mommy.
#5. Pencahayaan yang Cukup
Bukan itu sahaja, bahkan pencahayaan semasa memotong kuku bayi juga perlulah cukup. Elakkan memotong dalam keadaan gelap kerana risau boleh mencederakan jari comel bayi Mommy.
Buka lampu atau cari tempat yang mempunyai cahaya yang terang bagi memudahkan Mommy nampak dengan jelas kuku bayi Mommy.
#6. Jangan Potong Kuku Bayi Baru Lahir sehingga Rapat ke Isi
Cara potong yang seterusnya ialah elakkan memotong kuku bayi rapat sehingga ke isi.
Apabila potongan tersebut terlalu rapat ke isi jari risau boleh menyebabkan kecederaan kepada jari si manja Mommy.
Jika terketip isinya, segera basuh lukanya dengan air bersih dan balut dengan kemas luka tersebut.
#7. Kedudukan yang Sesuai
Cara yang terakhir ialah pilih kedudukan yang sesuai dan selesa dengan Mommy. Mommy boleh pilih samada letakkan bayi Mommy di atas riba, kerusi goyang atau baringkan mereka.
Pemilihan kedudukan yang sesuai dan selesa ini membantu Mommy memotong dengan tenang dan kemas.
Tapi, bukan Mommy sahaja yang perlu selesa bahkan bayi Mommy juga perlu selesa kedudukannya barulah si manja Mommy tidak banyak bergerak dan meronta-ronta.
Pantang Larang Memotong Kuku Bayi Baru Lahir
Terdapat satu pantang larang memotong kuku bayi baru lahir iaiti tidak boleh memotong kuku bayi sehingga umurnya mencapai usia 40 hari.
Sebenarnya, pantang larang ini dibuat kerana risau jika akan mencederakan jari bayi. Tidak dinafikan perkara ini mungkin terjadi kerana saiz jari dan kuku mereka yang comel.
Namun, tiada sebarang larangan dari segi perubatan mahupun kajian yang melarang untuk memotong kuku bayi.
Oleh itu, terpulang kepada Mommy untuk memotong kuku bayi Mommy seawal minggu pertama atau ingin menunggu sehingga 40 hari. Jika ingin memotong harus diingat supaya berhati-hati semasa memotong kuku mereka.
Kesimpulannya, memotong kuku bayi yang masih lagi kecil mempunyai kebaikannya yang tersendiri. Namun, Mommy perlu lebih berhati-hati risau kecuaian boleh mencederakan jari si manja Mommy. Jika Mommy tidak yakin boleh minta bantuan orang lain.
Selamat mencuba!
Penafian: Maklumat yang dikongsikan dalam artikel ini adalah untuk tujuan perkongsian informasi dan pendidikan sahaja, dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat perubatan daripada pihak Motherhood. Untuk sebarang kebimbangan berkaitan kesihatan, adalah dinasihatkan untuk berunding dengan pakar kesihatan atau pengamal perubatan yang berkelayakan.
Dapatkan pelbagai lagi petua dan panduan keibubapaan menarik yang lain di SINI!