Benda biasa kita dengar kalau lepas bersalin memang akan gugur habis rambut kan? Tengah sikat-sikat rambut segumpal pulak rambut gugur. Mesti la rasa “down” gila kan?
Banyak faktor sebenarnya yang boleh buat rambut gugur ni. Salah satu faktor dia sebab pemakanan. Asyik makan makanan berproses je. Makanan dalam tin tu semua tak elok sebenarnya. Nak makan kadang-kadang boleh la. Kalau makan selalu bukan setakat rambut ibu lepas bersalin je gugur. Semua ahli dalam rumah tu rambut gugur.
Salah satu faktor lain adalah tekanan dan kekurangan vitamin. Kekurangan vitamin sebab ibu-ibu dah salurkan banyak vitamin untuk bayi masa menyusukan sebab tu la kurang vitamin.
Selepas melahirkan anak, jumlah hormon estrogen dalam badan ibu-ibu akan berkurang dengan mendadak, bersama dengan kesan-kesan positifnya. Masa ni rambut-rambut banyak gugur sebab rambut tu sepatutnya dah gugur masa dalam tempoh hamil tu cuma masa hamil hormon estrogen yang melambatkan proses ni. Rambut gugur lepas bersalin ni memang normal sebenarnya.
Ibu-ibu di luar sana tu jangan risau sangat pasal rambut gugur ni. Ada petua yang boleh buat rambut tumbuh balik dan boleh elakkan dari botak kekal sebab rambut ni akan tumbuh setiap hari cuma perlu jaga dengan rapi.
Berikut adalah 5 tips mudah yang boleh ibu-ibu ikut untuk mengelakkan dari semakin banyak lagi rambut gugur.
PENGAMBILAN VITAMIN
Tubuh kita memerlukan nutrien yang secukupnya untuk menjalankan sistem badan yang optimum. Pastikan kita mengambil vitamin B, C dan E serta zink bagi menjamin kekuatan dan kesihatan rambut kita.
SIKAT/BERUS RAMBUT
Gunakan sikat yang jarang dan tidak terlalu rapat bagi mengelakkan ianya menarik rambut kita. Atau lebih baik gunakan berus rambut yang lembut.
ELAKKAN PENGGUNAAN ALATAN PENGGAYAAN RAMBUT
Alat seperti ‘hair dryer’, ‘curling iron’, ‘hot rollers’, itu semua boleh menyebabkan lebih banyak rambut gugur. Sebolehnya, biarkan rambut kering secara semulajadi.
GUNTING RAMBUT
Jika ada rambut bercabang, trim dihujung rambut untuk membuang rambut bercabang yang tidak sihat. Rambut yang tidak sihat menghalang pertumbuhan rambut.
Cuba berambut pendek :D. Bila rambut kita panjang, ianya akan lebih berat dan menarik kulit kepala kita seterusnya menyebabkan rambut gugur. Jadi, lebih baik potong pendek rambut kita untuk elak rambut gugur selain menampakkan rambut lebih lebat.
ELAK STRESS
Stress boleh menyebabkan keguguran rambut. Jadi, ceriakan diri dan amalkan pengambilan vitamin B complex untuk elak stress.
Apa-apa pun, para ibu yang lepas bersalin jangan stress sangat sebab makin stress makin gugur la rambut tu. Ingat ya?
Untuk membeli barang bayi murah sila klik disini!