Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Kursus Kahwin Online Terkini 2021: Senang Dan Mudah Untuk Yang Bakal Berkahwin

Sumber: Shutterstock

Masa musim COVID ni, selain kelas online, dengan permintaan orang ramai dan untuk memudahkan proses, kursus kahwin pun mula diadakan secara atas talian. Kursus kahwin online terbuka untuk semua bakal pengantin di seluruh Malaysia. Tetapi buat sesetengah negeri seperti Perak, Sabah dan Terengganu, anda perlu mendapat kebenaran dan pengesahan terlebih dahulu daripada Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) sebelum menyertai kursus kahwin online di Wilayah Persekutuan.

Bermula 13 Jun 2020, Jabatan Agama Islam Selangor dan Pejabat Agama Islam Daerah Negeri Selangor melaksanakan KPPI online mengikut Modul Bersepadu Kursus Pra Perkahwinan Islam (MBKPPI) yang disediakan oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Tempat yang paling popular untuk mengambil kursus kahwin adalah di Shah Alam kerana ia dianjurkan hampir pada setiap minggu.

Ini adalah wajib untuk bakal pengantin yang belum pernah berkahwin. Kursus kahwin selalu diadakan pada setiap hujung minggu. Jadi, buat mereka yang merancang untuk berkahwin tu, bolehlah memilih tarikh hujung minggu mana yang sesuai buat anda!

Kenapa Kena Sertai Kursus Kahwin?

Kursus kahwin ini bertujuan untuk:

  • Menambahkan ilmu mengenai tanggungjawab suami dan isteri.
  • Mengelakkan dan mengurangkan risiko penceraian.
  • Mendapat informasi berkaitan prosedur dan langkah-langkah yang perlu dilalui oleh bakal pengantin.
  • Memberi ilmu asas tentang agama sebelum mendirikan sebuah perkahwinan.
  • Pendedahan dan kesedaran tentang perkahwinan.

Selalunya, sijil kursus kahwin akan disediakan (boleh dihantar ke rumah atau peserta datang ambil sendiri) seminggu selepas selesai kursus tersebut. Ini adalah bergantung kepada pengelola kursus. Tetapi, jangan risau, pengelola kursus kahwin tersebut akan beritahu kepada para peserta apabila sijil sudah siap diproses oleh Pejabat Agama negeri masing-masing. Selain itu, sijil kursus kahwin boleh digunakan seumur hidup.  

Dalam modul KPPI tersebut, mereka akan menyentuh topik-topik seperti:

  • Prosedur perkahwinan.
  • Pengurusan stres dan konflik rumahtangga.
  • Hal berkaitan talaq, takliq dan fasakh.
  • Asas rumah tangga dari segi aqidah, ibadah dan akhlak.
  • Pengurusan kewangan dan masa.
  • Bentuk komunikasi antara suami isteri.
  • Pengurusan kesihatan.

Cara Daftar Kursus Kahwin Online Selangor

Highlighted

Sumber: JAIS

Bagi warga Selangor, anda boleh klik di sini untuk memuat turun dokumen diatas. Disamping itu ia juga menerangkan tempat, tempoh, dan bayaran yang dikenakan. Boleh Whatsapp sahaja nombor tertera dan menempah slot anda.

Tempat Kursus:
Di tempat atau kediaman masing-masing dengan melayari Kursus secara online.

Tempoh Masa Kursus:
6 jam

ataupun

2 hari pada hari Sabtu dan Ahad.

Bayaran Kursus:
RM 50.00

Melalui Laman SPPIM

Selain itu, boleh juga rujuk ke laman web SPPIM. JAKIM telah bertindak pantas dengan melancarkan sistem SPPIM ini yang membolehkan bakal penganting mendaftar kursus kahwin online yang sesuai dengan keadaan COVID-19.

Jangan risau, jom lihat bagaimana cara untuk anda menggunakan sistem ini.

#1: Daftar Kursus

Anda boleh daftar secara online melalui portal Pra-perkahwinan SPPIM. Kemudian, klik ‘Daftar Kursus’.

Sumber: SPPIM

#2: Masukkan Tempat Kursus

Langkah seterusnya, anda perlu pilih tarikh dan tempat lokasi kursus kahwin secara online SPPIM mengikut negeri.

Sumber: SPPIM

#3: Masukkan Maklumat Peribadi

Kemudian, masukkan maklumat yang tepat seperti kad pengenalan, nama penuh, jantina, warganegara, negeri, tarikh lahir, nombor telefon dan emel.

Sumber: SPPIM

#4: Semak dan Tanda

Selepas itu, anda hendaklah semak dan baca maklumat perakuan seperti yang contoh gambar yang tertera di bawah dan tekan ‘Saya bersetuju‘.

Sumber: SPPIM

#5: Langkah Terakhir

Dah siap! Selepas anda tandakan ‘Saya bersetuju’, skrin anda akan memaparkan bahawa pendaftaran anda telah berjaya. Sila semak dan membuat bayaraan.

Jangan lupa untuk membaca syarat-syarat dengan teliti sebelum hadir ke kursus kahwin online ini.

Sumber: SPPIM

Senang kan? Peserta perlu membawa IC dan salinan IC semasa pembayaran kursus kahwin online ini atau, anda akan diberi tunjuk ajar untuk menyelesaikan pembayaran kursus.

Sila muat turun aplikasi di laptop ataupun telefon anda seperti Zoom, Google Meet ataupun apa-apa aplikasi yang penganjur gunakan sebelum kursus bermula.

Pastikan anda mengikut peraturan yang telah ditetapkan sebagai menghormati kursus perkahwinan ini dengan berpakaian sopan, duduk di tempat yang selesa dan memberi tumpuan semasa ceramah diadakan.

Soalan Lazim

Selain daripada proses di atas, berikut merupakan antara soalan-soalan yang sering ditanya mereka yang berminat untuk menyertai kursus kahwin online ini.

1. Bolehkah saya menghadiri kursus kahwin online ini secara berseorangan dan tanpa pasangan?

Jawapan: Boleh. Ramai orang muda dan bakal pengantin yang telah menyertai kursus kahwin ini walaupun tanpa pasangan.

2. Bolehkah saya sertai kursus kahwin online ini walaupun saya masih solo atau belum merancang untuk berkahwin.

Jawapan: Boleh. Tiada masalah. Ramai menyertai kursus ini walaupun tiada pasangan atau belum ada tarikh nikah.

3. Apakah pakaian yang dibenarkah semasa hari kursus?

Jawapan: Berpakaian menutup aurat dan sopan bagi perempuan dan lelaki.

4. Apakah dokumen yang diperlukan?

Jawapan: Secara lazimnya, hanya IC, salinan IC dan juga borang penyertaan Kursus Kahwin.

Sumber: Shutterstock

Selepas ni boleh cepat-cepat daftar dan membuat persiapan yang diperlukan! Jangan tunggu lama-lama, ini cara yang sangat mudah (dan menjimatkan) untuk menyertai kursus kahwin. InsyaAllah, semua akan berjalan lancar hingga ke hari pernikahan.

Setiap kursus perkahwinan ini adalah berbeza mengikut penganjurnya, anda boleh lihat senarai kursus kahwin online yang lain yang ada di Malaysia.

Senarai Kursus Kahwin Online Mengikut Negeri di Malaysia

KUALA LUMPUR
1. MYD Solution
2. Kursus Kahwin Online KL

PAHANG
1. Jabatan Agama Islam Pahang(JAIP)

JOHOR
1. Pusat Bimbingan Keluarga Al-Falah
2. ProjekMyKahwin

NEGERI SEMBILAN
1. Kursus Kahwin Seremban Usrati Niaga
2.
Pusat Kursus Kahwin Nilai N.S

PERAK
1. Kursus Kahwin Taiping
2. Kursus Kahwin Ipoh Meru Raya

KEDAH
1. Kursus Kahwin Kedah
2. Daftar Kursus Kahwin Online Kulim, Kedah

PULAU PINANG
1. Emunakahat

TERENGGANU
1. Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu

KELANTAN
1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan(JAHEAIK)

SABAH
1. Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah(JHEAINS)

SARAWAK
1. Khidmat Islam Sarawak

MELAKA
1. MAIM Bentara Kursus Kahwin Melaka