Ibu, Bayi & Kanak Kanak

12 Cara Hilangkan Kutu Rambut Dengan Ubat Dan Petua Di Rumah

cara hilangkan kutu rambut

Kredit gambar: istockphoto

Kesian sangat bila tengok anak-anak tergaru-garu kepala. Tidur mereka pun tak lena je, asyik terjaga-jaga sebab gatal kepala.

Yang tambah merimaskan, bila berjangkit dengan kita kan Mommy? Aduh.. tambah-tambah kalau Mommy bertudung, serba salah nak menggaru. Kalau di public pula, lagilah rimas.

12 Cara Hilangkan Kutu Rambut Dengan Ubat Dan Petua Di Rumah

Bila kutu-kutu ni dah bertelur, memang agak susah nak hapuskan. Kadang-kadang tu, kalau dah hilang kutu, telur-telurnya masih hidup lagi di celah-celah rambut.

Jom Mommy, cuba beberapa cara ni. Moga-moga berkesan hilangkan kesemuanya:

#1. Sikat rambut yang lembap dengan sikat kutu

Highlighted

Kredit gambar: istockphoto

Cara ini adalah cara yang kita sering buat kan? Di pasaran, ada dijual sikat yang khas untuk memerangkap kutu dan telurnya apabila disisirkan di rambut.

Bilah sikatnya nipis dan rapat-rapat. Tentu Mommy tahu kan? Tapi nak buat ni, kena lembapkan rambut dulu lah. Selepas tu, sikat rambut dengan sikat kutu ni seminggu sekali ke. Atau nak lebih kerap, 3 hari sekali.

#2. Sapu minyak pati

Kredit gambar: istockphoto

Minyak pati seperti minyak tea tree, mampu untuk melemaskan dan menghalau kutu jika disapu pada kulit kepala dan rambut.

Tapi cuba buat patch test dulu ya. Risau juga takut anak Mommy alergik ke.

#3. Sapu minyak zaitun

Kredit gambar: istockphoto

Boleh juga cuba dengan minyak zaitun. Lumurkan banyak-banyak di atas kepala dan biarkan semalaman dengan memakai shower cap.

Ada yang cakap kutu akan lemas dan mabuk pada pagi harinya.

#4. Sentiasa bersih sikat rambut

Kredit gambar: istockphoto

Selain daripada itu, penjagaan rambut pun memainkan peranan penting ya. Kalau dah buang kutu tapi masih ada yang terlekat di sikat rambut, tak ada guna jugak kan?

Jadi Mommy kena selalu check dan pastikan sikat dan accessories rambut bersih daripada kutu dan telurnya.

#5. Sentiasa bersih tempat tidur

Kredit gambar: istockphoto

Dalam proses menghilangkan kutu rambut, pastikan tempat tidur anak, di celah-celah bantal dan selimutnya, bersih daripada kutu. Vakum je kalau boleh dan selalu tukar cadar dan sarung bantal ya?

#6. Guna Sklice

Kredit gambar: myhealthyclick.com/

Dalam perkongsian WebMD, Sklice adalah ubat untuk hilangkan kutu rambut yang Mommy boleh dapatkan di farmasi dan klinik. Ia berkesan untuk membunuh kutu dan sesuai untuk penggunaan bayi yang berusia 6 bulan ke atas.

#7. Guna Ovide

Kredit gambar: wellrx.com/

Ovide pula, ia lebih berkesan untuk bunuh sekali telur-telur kutu. Tetapi ia sesuai untuk kanak-kanak yang berumur dari 6 tahun ke atas.

Jika masih ada kutu selepasnya, mungkin Mommy perlu buat rawatan yang kedua.

#8. Guna Natroba

Kredit gambar: drugstorenews.com/

Kalau Natroba, mungkin cukup dengan sekali sahaja penggunaannya. Kutu dan telurnya sekali akan mati. Penggunaannya selamat untuk kanak-kanak berusia 4 tahun ke atas.

#9. Guna Ulesfia

Kredit gambar: goodrx.com/

Ulesfia pula, ubat untuk hilangkan kutu yang selamat untuk ibu mengandung dan menyusu. Untuk kanak-kanak, dari umur 6 bulan ke atas.

Tetapi ubat ini hanya untuk membunuh kutu sahaja, tidak dengan telurnya sekali ya. Penggunaan seterusnya juga mungkin perlu.

#10. Potong rambut pendek

Kredit gambar: istockphoto

Yelah… habitat mereka di kepala kita lah kan. Semakin panjang rambut, semakin mudah untuk mereka membiak tau Mommy. Jadi kalau pendekkan rambut tu, mungkin banyak membantu dan memudahkan untuk hilangkan kutu di kepala.

#11. Guna cuka

Kredit gambar: istockphoto

Ada juga petua lain iaitu dengan menggunakan cuka makan. Campurkanlah cuka bersama minyak sedikit ke, kemudian lumurkan pada kepala dan tutup kepala dan rambut dengan kemas.

Cuka kan sifatnya masam, dipercayai dapat melemas dan mematikan kutu. Cuma hati-hati ya. Takut berlaku iritasi pula pada kulit kepala.

#12. Guna lemon/limau nipis/limau purut

Kredit gambar: istockphoto

Kalau nak yang semula jadi, eloklah guna buah limau nipis atau limau purut atau lemon. Perahkan airnya dan campurkanlah dengan air suam sedikit, sekadar untuk melarutkannya.

Risau nanti kalau acidic sangat, tak selesa pula kulit kepala. Biarkan macam tu je di kepala selama sejam ke. Lepas tu boleh basuh dan sikat rambut dengan sikat kutu.

Kalau buat selalu, kutu pasti akan menghilang. Namun, ia bergantung atas kesesuaian dan keselesaan Mommy dan anak-anak. Bolehlah cuba mana-mana cara ya?