Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Jom Ketahui Jenis dan Fakta Menarik Lada Benggala

lada benggala

Kredit gambar: www.masterclass.com

Lada benggala atau panggilan lain adalah cili benggala dengan nama saintifiknya adalah Capsicum annuum turut dikenali sebagai lada manis atau capsicum.

Lada manis ini banyak digunakan dalam salad dan masakan lain kerana rasanya yang manis dan rangup. Terdapat dalam pelbagai jenis dan variasi warna, buah lada benggala yang mempunyai bentuk seperti kerutan besar ini mempunyai kandungan Vitamin A dan Vitamin C yang cukup tinggi.

Untuk mengetahui apakah jenis-jenis dan fakta menarik mengenainya dengan lebih lanjut lagi, jom ikuti perkongsian di bawah!

Semua Tentang Lada Benggala

Highlighted

Kredit gambar: www.theflourhandprint.com

Lada benggala yang tergolong dalam Solanaceae (keluarga nightshade) ini mempunyai ciri-ciri seperti kulit luar yang licin melindungi isi dalam yang segar, berkilat dan rangup.

Bentuk buahnya yang berongga, mempunyai biji yang banyak di mana biji-biji tersebut berkumpul di tengah dan melekat pada membran putih di sepanjang dinding buah.

China merupakan pengeluar lada benggala terbesar di dunia, diikuti oleh Mexico, Turkey, Indonesia, dan Amerika Syarikat.

Menariknya, warna cili benggala boleh menjadi hijau, merah, kuning, oren, dan, lebih jarang, putih, ungu, biru, coklat dan hitam, bergantung pada masa ia dituai dan kultivar tertentu dan lada benggala yang berwarna hijau adalah lada benggala yang belum masak, manakala yang lain semuanya adalah sudah masak, dengan variasi warna buah berdasarkan pemilihan kultivar.

Jenis Lada Benggala

Kredit gambar: malta-farms.com

#1. Lada Benggala Merah

Merupakan lada benggala yang paling manis, terutamanya apabila dibakar kerana dapat mengekalkan rasa semulajadi dengan baik.

Ciri-ciri:

  • Isi yang padat
  • Berisi
  • Rangup
  • Kandungan jus yang tinggi
  • Warna merah yang terang
  • Buah yang serba guna

#2. Lada Benggala Kuning

Kredit gambar: www.sanco.ch

Sangat sesuai digunakan dalam hidangan pasta kerana warna dan rasanya, lada benggala kuning ini mempunyai rasa manis yang hebat untuk dijadikan sebagai jus dicampur dengan epal serta limau nipis dan halia untuk mengembalikan tenaga anda semula!

Ia mempunyai kandungan niasin dan folat serta Vitamin C dengan 5 kali ganda jumlah harian yang disyorkan pakar.

Ciri-ciri:

  • Pejal
  • Rangup
  • Berisi
  • Rangup
  • Kandungan jus yang tinggi
  • Warna kuning terang

#3. Lada Benggala Oren

Kredit gambar: ghfruit.com

Cili benggala oren mempunyai sumber asid folik, antioksidan, kandungan serat dan zat besi yang baik serta mempunyai kandungan Vitamin C 3 kali ganda yang disyorkan pengambilannya setiap hari.

Ia mempunyai rasa yang masam dan sangat sesuai dijadikan sebagai penambah warna dan rasa terutama pada salad dan sos.

Ciri-ciri:

  • Pejal
  • Rangup
  • Berisi
  • Rangup
  • Kandungan jus yang tinggi
  • Warna oren terang
  • Rasa yang masam-masam manis

#4. Cili Benggala Hijau

Kredit gambar: www.veggycation.com.au

Merupakan pilihan lada yang paling popular, ia mempunyai rasa yang agak pahit, pedas dan tajam namun masih lagi sedap dimakan sama ada secara mentah atau telah dimasak.

Ciri-ciri:

  • Pejal
  • Rangup
  • Berisi
  • Rangup
  • Kandungan jus yang tinggi
  • Warna hijau terang
  • Mempunyai rasa pedas, tajam dan sedikit pahit
  • Sesuai digabungkan dengan sos tomato

#5. Cili Benggala Ungu

Kredit gambar: www.lazada.com.my

Ciri-ciri:

  • Pejal
  • Rangup
  • Berisi
  • Rangup
  • Mempunyai kulit yang tebal
  • Warna ungu terang

Fakta Menarik Tentang Lada Benggala

Kredit gambar: peppergeek.com
  • Cili benggala mentah mempunyai kira-kira 97% daripada pengambilan harian vitamin C yang disyorkan, dan walaupun manis tetapi ia hanya mengandungi 2 gram gula untuk setiap hidangan.
  • Cili benggala merah juga mempunyai vitamin A dan beta karotena.
  • Disebabkan tidak masak, cili benggala yang berwarna hijau kurang manis dan sedikit lebih pahit daripada cili benggala berwarna kuning, oren, ungu dan merah.
  • Rasa cili benggala yang masak juga boleh berbeza-beza mengikut keadaan pertumbuhan dan rawatan penyimpanan selepas tuaian dilakukan
  • Cili benggala yang paling manis ialah buah yang dibenarkan masak sepenuhnya pada tumbuhan dengan penerimaan cahaya matahari penuh, manakala buah yang dituai hijau dan selepas masak yang terletak dalam simpanan adalah kurang manis.
  • Amerika Syarikat merupakan negara yang menghasilkan jumlah cili benggala yang mengagumkan setiap tahun iaitu kira-kira 1.6 bilion paun, namun mengimport hanya kira-kira 35% daripada jumlah keseluruhan bagi memenuhi permintaan pengguna.
  • India merupakan pengeluar utama cili benggala pedas.
  • Cili benggala segar yang mentah boleh disimpan di dalam peti sejuk selama 1-2 minggu. Ia juga boleh disimpan sehingga satu bulan jika ia diperap dalam minyak zaitun dan disimpan di dalam peti sejuk. Anda juga boleh memanjangkan jangka hayatnya sehingga satu tahun dengan meletakkannya di dalam air yang berisi cuka dan garam.

Jadi, berdasarkan maklumat di atas, tidak hairanlah mengapa lada jenis ini selalu jadi pilihan semua masyarakat dunia. Apa kata, mulai hari ini anda semua juga mula jadikan cili benggala ini antara bahan dalam masakan anda nanti!

Diharapkan dengan perkongsian ini, anda mendapat ilmu yang bermanfaat!


Dapatkan juga pelbagai lagi info dan tips-tips menaraik yang lain di SINI.