Musik merupakan satu medium yang mampu memberi banyak impak positif kepada pendengarnya. Ia mampu mengubah suasana dan mood seseorang itu. Alunan melodi yang berbeza akan membuatkan seseorang rasa nyaman, sedih, bersemangat dan sebagainya.
Secara psikologi, emosi kanak-kanak akan terkesan apabila mendengar musik. Contoh, jika kanak-kanak sedang memberontak, para ibu dan bapa boleh menarik perhatian mereka dengan memainkan lagu yang digemarinya.
Di bawah akan dikongsikan koleksi lagu-lagu kanak-kanak yang menjadi kegemaran mereka, iaitu koleksi lagu Didi & Friends untuk rujukan para ibu dan bapa. Siap ada lirik lagi!
*1. Wahai Sahabat*
Wahai sahabat, teman setia
Penghibur Didi bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi
Oh Didi suka kita gembira
Jojo dan Nana sama juga
Marilah kita nyanyi bersama
Wahai sahabat semua
Wahai sahabat, teman setia
Penghibur kami bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi
Oh Didi suka kita gembira
Tatak dan Bingo sama juga
Marilah kita nyanyi bersama
Wahai sahabat semua
Wahai sahabat, teman setia
Penghibur kami bila sunyi
Sungguh riangnya bersama-sama
Mari menari dan menyanyi
Mari menari dan menyanyi
*2. Selamat Hari Jadi*
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Berapa umur mu
Berapa umur mu
Berapa berapa
Berapa umur mu
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Bertambah umur mu
Dengan angka satu
Semoga gembira
Gembira selalu
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi
Selamat hari jadi……
Selamat ha..ri.. ja..di…..
Selamat hari jadi!
*3. Bintang-bintang*
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Tinggi di atas sana
Seperti mutiara
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Tinggi di atas sana
Seperti mutiara
Bintang-bintang di langit
Menghiasi angkasa
Bintang-bintang di langit
Menghiasi ang..ka..sa..
*4. Papaku Pulang Dari Kota*
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek
Papaku pulang dari kota
Papaku belikan kereta
Kereta kecil warna merah
Bolehku bawa ke sekolah
Pon pon pon pon pon pon pon pon pon
Kereta kecilku berbunyi
marilah adik mari naik
Bolehku bawa jumpa nenek
*5. Keldai Comel*
Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi jaga
Oh pegang kuat-kuat
Nanti Didi jatuh
Sebab keldai laju sangat
Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi jaga
Oh pegang kuat-kuat
Didi jatuh lagi
Sebab keldai laju sangat
Didi jumpa keldai comel
Di ladang Pak Atan
Wahai keldai marilah
Pergi jalan-jalan
Jaga Didi
Nana dan Jojo jangan risau
Didi dah pandai la la la
Wow wow wow wow wow
*6. Jom Bersenam*
Jom jom Jojo kita pergi bersenam
Jom jom Jojo kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Mari gerakkan tangan bersama-sama
Angkat ke atas
Turun ke bawah
Angkat yang kanan
Angkat yang kiri
Jom jom Nana kita pergi bersenam
Jom jom Nana kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Mari gerakkan kaki bersama-sama
Gerak ke kanan
Gerak ke kiri
Gerak ke depan
Dan undur ke belakang
Jom jom semua kita pergi bersenam
Jom jom semua kita pergi bersenam
Jom jom kita bersenam sama-sama
Semoga sihat tubuh badan kita
*7. Kawan Didi Dimana
1 2 3 4 5
Bila boleh mula cari
Jangan Didi belum lagi
Kira lagi sekali
1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Tatak ada di sini
1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Nana ada di sini
1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Jojo ada di sini
1 2 3 4 5
Kawan Didi di mana?
Di sini
Di sini
Bingo ada di sini
Lalalala lalala
Mari main bersama
Menyorok mencari
Jom kita main lagi
*8. Anak Itik Didi*
Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam
Anak itik Didi
Suka renang-renang
Buat apa Didi
Mandi dengan riang
Sungguh cantik berwarna-warni
Airnya bersih sejuk sekali
Jaga kebersihan kolam ini
Marilah kita mandi sekali
Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam
Anak itik Didi
Suka renang-renang
Buat apa Didi
Mandi dengan riang
Sungguh cantik berwarna-warni
Airnya bersih sejuk sekali
Jaga kebersihan kolam ini
Marilah kita mandi sekali
Anak itik Didi
Mandi dalam kolam
Dekat mana Didi
Bawah pokok mempelam
Anak itik Didi
Dekat atas titi
Buat apa Didi
Kita jumpa lagi
*9. Tepuk Amai-Amai*
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Kemas ramai-ramai
Nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Bingo jangan nangis
Kita kemas sama-sama
Marilah mengemas
Angkat semuanya
Susunkan di atas
Sambil bergembira
Marilah mengemas
Angkat semuanya
Kalau tidak kemas
Nanti hilang pula
Tepuk amai-amai
Belalang kupu-kupu
Kemas ramai-ramai
Nanti upah susu
Susu lemak manis
Santan kelapa muda
Bingo jangan nangis
Kita kemas sama-sama
Koleksi lagu kanak-kanak yang dikongsikan ini bukan sahaja bertujuan untuk menghibur tetapi juga mendidik. Jika para ibu dan bapa perhatikan dengan teliti, dalam koleksi ini, setiap lagu membawa maksud dan pengajaran yang tersendiri.
Sebagai contoh, di dalam lagu Kawan Didi Dimana, terdapat lirik yang mengira angka yang boleh disertakan dalam proses pembelajaran kanak-kanak dalam mengenal nombor.
Aktiviti-aktiviti yang menarik di dalam lagu-lagu ini dapatlah dipraktikkan untuk kanak-kanak dalam membantu perkembangan psikologi, fizikal dan mental mereka sebagai contohnya. Melalui musik sebagai medium, mereka akan lebih berminat untuk melakukan sesuatu dan melibatkan diri mereka.
Luangkan masa bersama anak-anak dengan biarkan mereka bermain dan bergembira bersama pelbagai alat muzik dan permainan di Motherhood.com.my hari ini.