Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Adil ke kita lahirkan anak-anak kedunia tapi biarkan mereka merempat?

credit: Coretan Penghuni Jalanan

Pernah tak kita tanya diri sendiri kenapa kalau orang susah ni mesti ramai anak? Kenapa lahirkan anak ramai-ramai tapi takde duit nak bagi makan dekat anak-anak?

Ada tu sampai kena bagi bayi minum air teh gantikan dengan air susu sebab takde duit nak beli susu formula yang mahal. Pernah terfikir tak apalah salah budak-budak tu dilahirkan kedunia ni tapi dibiarkan merempat oleh ibubapa sendiri?

Highlighted

credit: Sirap Limau

Bila kita bincang isu ni, ada je la mulut-mulut cakap yang zuriat tu pembawa rezeki. Kalau kita duduk goyang kaki sambil-sambil “buat anak” tu, ada ke rezeki nak datang cik kak oi?

Ada satu isu ni, satu keluarga merempat duduk bawah jambatan. Lebih menyayat hati apabila melihat anak-anak pasangan ini, terpaksa mandi menggunakan air longkang yang entah dari mana sumbernya.

Bagi mereka bersih atau tidak air itu bukan isu utama kerana yang paling penting dapat menyegarkan tubuh masing-masing. Segar ke masalahnya?!

Dengan pendapatan keluarga ini hanya kira-kira RM7 sehari daripada hasil menjual barangan lusuh yang dikutip di tempat awam dan tong sampah, sudah tentu mengisi perut menjadi keutamaan pasangan ini daripada memberi pendidikan kepada anak-anak.

credit: Aidasue

Tak kesian ke?

Anak-anak orang lain dapat pendidikan, dapat makan sedap-sedap, dapat pakai baju cantik-cantik tapi budak-budak malang ni serba kekurangan kerana ibubapa yang pentingkan diri sendiri.

Ya, ibubapa ni pentingkan diri sendiri. Boleh je kalau nak merancang anak-anak. Kalau rasa tak mampu nak bagi makan dekat anak-anak, nak sediakan rumah untuk berteduh, tak payah la nak ada zuriat. Cakap anak tu rezeki, tapi dah nak dekat 10 tahun duduk merempat bawah jambatan. Mana rezekinya? Ada pernah terfikir?

Eh rezeki tu tak datang bergolek la kalau kita tak usaha.

6 Beranak Makan Bubur Berlauk Garam

Saya takut memohon dan tidak tahu macam mana kerana tiada pendapatan. Saya hanya harap hasil jualan tin dan besi buruk, jadi macam mana mahu bayar deposit, bil air dan elektrik nanti. Duit untuk pergi mengurus permohonan pun tiada,

Sayu hati ni tengok anak-anak tak bersalah terpaksa bersusah sebab ibubapa tak dapat nak bagi keselesaan dekat mereka. Mana sikap perikemanusian? Sekali lagi saya pesan, kalau kita merempat makan pasir seorang diri takpe, jangan heret budak-budak sekali. Apa salah mereka? Tuhan hadiahkan anak-anak dekat kita tapi kita tak hargai. Paling sedih, nak makan pun tak cukup?!

Dapatkan barangan pelbagai produk bayi disini hari ini!

Nak buat macam mana, dah nasib badan.

Tolonglah tak payah nak salahkan takdir. Ada je orang lain sebelum ada anak mereka susah juga, tapi lepas ada anak, mereka berkerja siang malam berhempas pulas sebab nak bagi keselesaan kepada anak-anak.

Kenapa mereka boleh? Kenapa awak tak boleh?

Ini Sahaja Pilihan Kita, Anak-Anak.

Kesempitan hidup juga menyebabkan hanya Nor Farahin masih bersekolah, manakala anak kembarnya terpaksa berhenti sekolah sejak tahun lalu bagi membantu ibunya menjaga adik mereka.

Dia macam tahu mak dia susah. Kalau menangis pun biasalah nak susu tetapi kakak dia boleh buatkan. Cuma kadang-kadang kalau tak abang, kakak dia akan cari saya apabila Is menangis.

Betul ke anak-anak tu faham? Memandai je.

credit: Taufik Maulana

Macam nak menangis tengok berita ni. Ya Tuhan, kalau tahu tak mampu kenapa beranak ramai-ramai?! Betul dia tak minta ditinggalkan suami tapi kenapa tak fikir kemungkinan akan datang? Bayi yang kecil tak tahu apa-apa tu terpaksa menerima nasib yang malang. KEJAM! Pergilah klinik mintak pil perancang, Bukan susah pun.

Untuk Para Ibu di luar sana

Kebanyakan kes yang saya baca ni, boleh dikatakan majoriti anak-anak dibiarkan merempat lepas ayahnya menghilangkan diri. Ayah apa macam tu?

Untuk para ibu, anda perlulah berdikari. Kumpul duit sendiri, takut-takut benda macam ni jadi. Sekurang-kurangkannya kita ada “backup plan”. Takde lah merempat lepas tu.

Pesanan terakhir saya, silalah berfikir secara rasional sebelum nak menambah zuriat. Cukup ke duit nanti? Anak-anak boleh pergi sekolah ke tak? Mampu ke tak aku nak tanggung keluarga ni? Fikir dulu. Jangan sebab ibubapa yang pentingkan diri sendiri, anak pulak jadi mangsa.

Dapatkan barangan pelbagai produk bayi disini hari ini!