Ibu, Bayi & Kanak Kanak

9 Jenis Lampu Bilik Tidur Yang Terkini Dan Tips Nak Pilih Yang Terbaik!

Kredit gambar: home-designing.com

Cantik betul lampu-lampu yang bergantungan di kedai lampu tu kan? Dari kecil lagi rasa seronok je tengok. Mommy macam tu juga tak?

Sekarang ni dah ada rumah sendiri, tibalah masanya untuk realisasikan impian kita kan Mommy?

9 Jenis Lampu Bilik Tidur Yang Terkini

Jom Mommy, kita tengok beberapa pilihan lampu bilik tidur yang terkini:

#1. Lampu bilik tidur string lights

Highlighted

Kredit gambar: guyabouthome.com

Secara umumnya, kita fikir kalau nak pasang lampu ni, kena ada bulb dan ruang khas kan? Sebagai contoh, rumah yang baru dibina, ada sesetengahnya dah ada ruang khas untuk lampu dan ada yang ada point nya sahaja.

Tak semestinya kita pasang lampu di ruang dan point khas tu Mommy. Boleh je nak pasang lampu guna plug seperti lampu string lights tu.

Kalu kena gayanya, cantik dan romantik kan?

#2. Lampu bilik tidur LED

Kredit gambar: guyabouthome.com

Sekarang ni lampu LED menjadi pilihan ramai kerana penggunaannya yang lebih menjimatkan elektrik. Cumanya kena pilih yang sesuai dan cara pemasangan di sudut yang betul ya?

Maklumlah…lampu LED ni ‘tajam’ sikit dan boleh mengganggu penglihatan kalau terang sangat.

#3. Chandelier

Kredit gambar: elledecor.com

Bilik tidur pun cantiklah kalau pasang chandelier. Tengok kepada saiz bilik tidur Mommy. Kalau bersaiz sederhana, tak perlulah chandelier besar.

Nak pasang ia pun, pastikan jangan betul-betul dari atas katil ya. Lighting dalam bilik tidur ni kenalah sedang-sedang je.

#4. Lampu jenis neon

Kredit gambar: guyabouthome.com

Selain daripada lampu LED, lampu neon pun semakin mendapat perhatian. Mungkin secara umumnya orang rasa lampu ni terang dan tak sesuai untuk ruang di bilik tidur.

Tetapi sebenarnya dengan cara yang tertentu, lawa bilik tidur tau kalau kita pandai pasangnya. Biasanya orang pasang di ruang yang tersorok lah.

#5. Lampu pada kelambu

Kredit gambar: dekoruma.com

Boleh juga kalau Mommy pasang kelambu dan hias lampu padanya. Tak perlu pun lampu di siling, cukup dengan lampu di kelambu ni je.

#6. Lampu di dinding

Kredit gambar: ms-n.decorexpro.com

Perasan tak ada sesetengah hotel atau homestay kita pergi, mereka tak pasang pun lampu di siling bilik tidur. Tetapi, mereka pasang je lampu di dinding serata bilik?

#7. Lampu di bedside

Kredit gambar: homestratosphere.com

Kalau tak suka di dinding atau nak tambah lampu untuk membaca, elok sangatlah kalau ada lampu bedside.

Sesetengah orang pun suka kalau ada lampu bedside ni je dalam bilik tidur mereka.

#8. Lampu jenis strip lights

Kredit gambar: guyabouthome.com

Lebih kurang macam string lights, lampu strip lights ni boleh digubah mengikut cara kita. Guna strip lights berbentuk bintang, hati, tulisan dan macam-macam lagi!

#9. Lampu bilik tidur di siling

Kredit gambar: dhgate.com

Yang inilah lampu bilik yang paling common kan? Tak payah susah-susah, pasang je bulb lampu di point nya tu atau beli lampu siling LED yang semakin meningkat permintaan di pasaran sekarang. Lampu putih ke, kuning ke, biru ke, bergantung kepada citarasa Mommy lah.

Pastikan ia sesuai dengan interior bilik tidur ya?

4 Tips Pilih Lampu Bilik Tidur

Banyak-banyak lampu bilik tidur yang kita senaraikan di atas, yang mana Mommy rasa paling sesuai dengan bilik tidur Mommy? Macam mana pula dengan bilik tidur anak-anak dan tetamu?

Sebelum beli dan pasang tu, ada beberapa tips yang kami nak kongsikan dengan Mommy:

#1. Pilih warna cahaya lampu yang sesuai

Kalau lampu yang standard tu, tak adalah susah sangat nak pilih antara warna putih dan kuning kan? Tetapi macam mana dengan lampu LED string lights, strip lights dan neon?

Memang ia bergantung kepada kesukaan tetapi kesesuaiannya dengan interior bilik tidur tu kena suaikanlah ya?

#2. Pastikan kadar pencahayaan cukup

Memanglah kita nak cahaya yang sedang-sedang je. Tetapi janganlah malap sangat ya. Pemilihan lampu ni, Mommy kena pastikan pencahayaannya tu sesuai dengan keluasan bilik tidur.

Kredit gambar: home-designing.com

#3. Utamakan keselamatan

Lampu yang berat, sebagai contohnya chandelier, Mommy kena titikberatkan faktor keselamatan padanya.

Kukuh dan selamat tak kalau kita pasang nanti?

#4. Pilih yang menjimatkan penggunaan elektrik

Tak dilupakan juga, sebaiknya Mommy pilihlah lampu yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik ya. Kita nak guna lama dan hari-hari pula tu, memang faktor penggunaan elektrik ni harus menjadi antara yang utama dalam pemilihan lampu bilik tidur.

Bilik tidur kecil ke, simple hiasannya ke, boleh nampak cantik dan mewah kalau kita pandai manfaatkan lighting bilik tu. Pilihlah yang terbaik untuk keluarga Mommy!


Dapatkan panduan dan tips menarik yang lain dengan klik SINI!