Ibu, Bayi & Kanak Kanak

Lampu Kuning Atau Lampu Putih di Rumah? Ini Perbezaannya

Pemilihan warna lampu sangat penting kerana lampu sebenarnya akan memberi efek kepada pencahayaan dan suhu di dalam rumah.

Pernah tak Mommy terfikir, mengapa lampu putih lebih banyak dihurung kelekatu berbanding lampu kuning?

Mari ikuti perkongsian yang telah dikongsi oleh seorang individu di laman Twiter miliknya tentang huraian yang diberikan oleh Tn Muhd Hisyam di Group Tukang Apa Hari Ini tentang perbezaan lampu kuning dan lampu putih.

Apakah Perbezaan Lampu Kuning atau Putih?

Mengikut fungsi saintifik mentol, lampu yang berwarna kuning mengeluarkan haba yang lebih panas berbanding lampu berwarna putih.

Oleh itu, pastikan anda menganalisa dahulu fungsi setiap ruangan dan bilik yang terdapat dalam rumah agar pemilihan mentol terbaik dapat dibuat.

Lampu putih selalu menjadi pilihan untuk dipasang dalam rumah kerana mempunyai pencahayaan yang sangat terang.

Lampu kuning mempunyai pencahayaan yang begitu terhad tetapi mampu mengurangkan kehadiran cicak, serangga, kelekatu, berbanding lampu putih.

Bukan itu sahaja, lampu yang boleh menjauhkan serangga, nyamuk, kelekatu malam yang telah dijual di pasaran.

Konsep Lampu Secara Teknologi dan Biologi

Highlighted

Kredit Gambar: Facebook @Mohd Hisyam

Teknologi

  • Lampu pijar dan pendaflour beri cahaya putih puncak, bersama-sama warna-warna lain pada kadar rendah.
  • Lampu LED putih sebenarnya terdiri daripada 3 jenis LED (merah, hijau, biru) yang di mana, 3 cahaya LED bergabung jadi satu (putih).
  • Lampu LED beri cahaya puncak putih dalam kelompok warna terhad (narrow band) warna lain.

Biologi

  • Serangga lebih tertarik kepada cahaya putih, menghala ke gelombang biru UV (band warna 6k~10k) kerana mata mereka lebih nampak dalam pencahayaan itu.
  • Maka, lebih banyak lah serangga terbang ke arah cahaya seperti itu berbanding cahaya LED kuning (band warna 3k~5k).
  • Serangga ialah makanan cicak.
  • Justeru itu, cicak akan pergi ke pencahayaan LED dan berkumpul ditempat yang banyak makanan nya.

Biologi Manusia (Tambahan)

Tambahan pula, beliau juga turut berkongsikan maklumat lanjut tentang penggunaan lampu kereta.

Kenapa lampu kereta yang warnanya putih nampak kelam, terutama diwaktu hujan? Lalu, pengguna ini terpaksa pakai lampu putih berkuasa tinggi (yang akibatkan silau mata kepada pemandu kereta bertentangan).

Ini kerana struktur retina mata (pengesan cahaya) kurang peka terhad jalur cahaya putih (terutama band warna 6.5k~10k). Mata kita lebih peka kpd jalur warna kekuningan (band warna 3k~5k) berbanding putih.

Jika diberikan 2 lampu 10W, satu dari band 3k~5k (kekuningan) dan lagi satu dari band 6.5k~10k (putih), mata kita akan cerap lampu kekuningan lebih terang.

Jadi, untuk anda yang mencari lampu putih kereta terpaling terang tak perlu la menyusahkan diri dan pemandu kereta lain. Selain merosakkan ringgit, juga merosakkan pemandangan pemandu lain.

Pilihan yang terbaik ialah lampu kereta kekuningan, selain terang, juga akan redakan silau pemandu lain.

Setiap lampu mempunyai kelebihan dan kekurangan mengikut kesusaian tempat bergantung kepada keselesaan tuan rumah.

Semoga perkongsian ini dapat memberikan info baru yang menarik dan bermanfaat.


Dapatkan lebih banyak info dan idea untuk tips hack yang menarik di SINI.