Ibu, Bayi & Kanak Kanak

15 Jenis Lampu Solar Luar Rumah dan Kelebihan Setiap Satunya

lampu solar luar rumah

Kredit gambar: www.homestratosphere.com

Cara paling mudah untuk menjimatkan kos bil elektrik secara efektif adalah dengan memasang lampu solar luar rumah yang tahan lasak dan terang. Kebanyakan rumah kediaman juga kawasan-kawasan perindustrian mula beralih arah penggunaan tenaga elektrik kepada tenaga solar.

Ia bukan sahaja menjimatkan, tetapi lebih efektid dengan adanya keupayaan untuk mengecas semula dengan menggunakan cahaya matahari sepenuhnya.

Selain didatangkan dengan reka bentuk yang cantik, lampu solar ini juga mempunyai cahaya boleh laras dan mampu bertahan untuk berjam lamanya.

Malah, ia juga mencantikan kawasan kediaman rumah Mommy. Ikuti perkongsian ini untuk mengetahui dengan lebih jelas berkenaan jenis lampu solar dan kelebihannya.

Jom kita lihat!

Jenis Lampu Solar Luar Rumah Serta Fungsinya

#1. Lampu Solar Luar Rumah Dengan Solar Powered Motion Sensor Mini LED Flood Light (2000mAh)

Highlighted

Kredit gambar: solight.co.za

Solar Powered Motion Sensor Mini LED Flood Light (2000mAh) ini mempunyai sistem pencahayaan untuk setiap keadaan di mana ia akan menerangi setiap laluan rumah Mommy dengan penglihatan yang jelas.

Lampu solar jenis ini juga dilengkapi dengan teknologi pengesanan gerakan dimana ia akan menyala apabila mengesan sesuatu gerakan dan pemasangannya juga adalah mudah tanpa sebarang pendawaian.

#2. Solar Powered Motion Sensor LED Flood Light (60 LED, 600 Lumens)

Kredit gambar: www.mightyape.co.nz

Lampu solar ini membantu menjimatkan tenaga elektrik dan boleh mengelakkan pembaziran kerana tidak perlu lagi memasangnya sepanjang masa.

Ia akan menyala apabila sensor inframerah pasifnya boleh mengesan pergerakan sehingga 13 meter jauhnya, dalam radius 120 darjah, memastikan Mommy dan rumah lebih selamat daripada bahaya.

#3. Lampu Solar Luar Rumah Dengan Solar Powered Motion Sensor Dual LED Flood Light (3000mAh)

Kredit image: naturepowerproducts.com

Solar Powered Motion Sensor Dual LED Flood Light menyerap cahaya matahari untuk menghidupkan bateri di mana ia boleh dicas semula bagi memastikan cahaya berfungsi sepanjang malam.

Ia juga dilengkapi dengan penderia inframerah yang mengagumkan yang berupaya untuk mengesan pergerakan sehingga sejauh 12 meter dan sangat tahan untuk kegunaan yang lama.

#4. Solar Powered Motion Sensor Dual Head LED Flood Light (2000mAh)

Kredit gambar: www.kogan.com

Lampu solar ini akan dimatikan apabila tiada sesiapa atau pergerakan di sekelilingnya dan ia dapat mengesan gerakan sehingga 7 meter dengan sudut pengesanan 120 darjah yang lebar di mana dapat membantu menjimatkan bateri.

#5. Lampu Solar Luar Rumah Dengan Solar Powered Wall Mounted Motion Sensor LED Light (Black, Mina)

Kredit gambar: homesavers.ie

Solar Powered Wall Mounted Motion Sensor LED Light (Black, Mina) mempunyai pencahayaan automatik semasa berada dalam kegelapan.

Ia juga mempunyai penderia gerakan untuk mengaktifkan lampu keselamatan yang terang apabila pergerakan dikesan. Lampu solar ini juga tahan karat, mesra alam dan kalis air.

#6. Chiltern Solar Welcome Solar Light

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Chiltern Solar Welcome solar light didatangi dengan pencahayaan putih hangat, pemasangan dua skru ultra ringkas dan tiada kabel sesalur untuk dipasang,

Mommy boleh menggunakannya hanya dalam beberapa minit dengan cahaya ihsan di mana sahaja Mommy memerlukannya.

Pemasangannya juga mengambil masa tidak sampai seminit dan akan aktif lebih kuran 20 saat setelah gerakan dikesan. Ia berupaya untuk mengesan gerakan sejauh 3 meter dengan kerdipan cahaya sehingga 500 kali.

#7. Lampu Solar Luar Rumah Dengan Truro Solar Wall Light – Anthracite Grey

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Truro Solar Wall Light – Anthracite Grey ini direka khas untuk mengeluarkan cahaya yang terang dan hangat tanpa memerlukan kabel atau sambungan kuasa.

Ia hanya menggunakan tenaga cahaya matahari untuk memastikan lampu kecil yang sangat menarik ini boleh berfungsi selama berjam-jam lamanya.

#8. Stainless Steel Border Lantern Solar Lights

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Stainless Steel Border Lantern Solar Lights ini sangat cantik jika disusun di sepanjang laluan pejalan kaki rumah Mommy. Ia tidak memerlukan apa-apa sambungan atau pendawaian dan menyala secara automatik apabila malam menjelma.

#9. Windsor Solar Wall Light

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Windsor Solar Wall Light ini diperbuat daripada keluli tahan karat yang mempunyai kualiti tinggi dan menggunakan kuasa solar sepenuhnya. Lampu solar ini juga mampu berfungsi sehingga 10 jam jika ia dicaj penuh.

#10. Kodiak Solar PIR Post Light

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Kodiak Solar PIR Post Light ini mampu memancarkan cahaya lembut setelah malam mula menjelma serta cahayanya akan meningkat kepada kecerahan penuh apabila gerakan mula dikesan. Ia juga menggunakan panel solar polycrystalline dengan gred tinggi.

#11. Victorian Solar Wall Light

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Victorian Solar Wall Light mampu membuatkan rumah Mommy kelihatan cantik dan menarik. Ia menampilkan gaya victoria dengan lampu yang cerah serta cara pemasangan juga adalah mudah.

#12. Solar Rope Lantern

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Balang kaca ini sangat cantik kalau diletakkan di atas meja di halaman rumah Mommy. Ia menggunakan sepenuhnya tenaga suria. Balang kaca ini juga mempunyai tali dan boleh digantung pada pokok. Penutupnya mempunyai kesan krom dengan panel solar untuk penyerapan tenaga.

#13. True Flame Solar Lantern

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

True Flame Solar Lantern ini mempunyai kuasa solar serta direka dengan bentuk yang sangat cantik dan boleh dicas dengan USB. Ia menghasilkan kesan pencahayaan yang sangat cantik dan betul-betul seperti nyalaan yang sebenar.

Ruang halaman anda juga akan kelihatan lebih berseri dan menarik jika memasangnya.

#14. Solar Torch Light With Flickering Flame

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Tampilkan gaya elegan dengan pemasangan Solar Torch Light With Flickering Flame di halaman rumah anda.

Ia mampu menghasilkan kesan pencahayaan yang menakjubkan dan kelihatan seperti ia bergerak dengan nyalaan sebenar. Lampu obor ini juga kalis air dan tidak sukar untuk memasangnya.

#15. Apollo LED Solar House Sign

Kredit gambar: uksignshop.co.uk

Apollo LED Solar House Sign sangat sesuai jika anda ingin letakkannya di hadapan pintu pagar utama rumah anda.

Ia direka dengan aluminium hitam yang disalut serbuk dan panel akrilik matt dan dicetak dengan butiran alamat anda. Lampu solar ini mempunyai 6 led di mana ia mampu membuatkan alamat anda kelihatan dengan jelas pada waktu malam.

Kelebihan Lampu Solar Luar Rumah

  • Ia merupakan sumber cahaya yang boleh diperbaharui. Anda tidak perlu bimbang untuk terputus bekalan elektrik pada waktu malam lagi.
  • Boleh diletakkan di mana sahaja yang anda inginkan tanpa memerlukan wayar sambungan.
  • Ianya mesra alam kerana menggunakan tenaga cahaya matahari sepenuhnya.
  • Anda dapat menjimatkan banyak kos terutama kos elektrik termasuklah kos pembaikan.
  • Lampu solar anda hanya memerlukan sedikit penyelenggaraan iaitu untuk menukar bateri setiap 5-7 tahun.
  • Ianya adalah selamat untuk digunakan.
  • Terdapat pelbagai jenis rekaan lampu solar yang memberikan anda banyak pilihan.
  • Meningkat tahap keselamatan kerana lampu solar mempunyai pengesan gerakan.
  • Membantu dalam banyak hal terutamanya ketika bekalan elektrik anda terputus.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Kalau Mommy sedang mencari idea bagaimana cara untuk mencantikkan landskap halaman rumah, Mommy boleh mencari ilham dengan merujuknya di SINI!