Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Idea Landskap Halaman Rumah Moden Yang Terkini

landskap halaman rumah moden

Kredit gambar: landscapedsign.netlify.app

Memiliki landskap halaman rumah moden yang cantik dan mampu mempesonakan mata memandang menjadi impian semua orang. Apatah lagi, jika landskap tersebut merupakan idea dan sentuhan hasil tangan kita sendiri.

Terdapat banyak idea yang menarik hasil cetusan buah fikiran pereka hiasan dalaman yang mahir akan seni rekaan untuk landskap halaman rumah moden ini.

Berdasarkan itu, dalam perkongsian ini kami kongsikan kepada anda beberapa idea yang cukup eksklusif untuk diterjemahkan ke dalam landskap halaman anda. Jom kita lihat!

Idea Landskap Halaman Rumah Moden Yang Unik

#1. Halaman Tenggelam

Highlighted

Kredit gambar: www.thespruce.com

Halaman jenis ini jarang digunakan. Tetapi jika anda ingin mencipta kawasan yang selesa dan intim di luar rumah, halaman jenis ini adalah pilihan yang tepat. Anda boleh membinanya menggunakan bayu keras dan juga kepingan logam.

#2. Landskap Halaman Rumah Moden Dengan Kepelbagaian

Antara cara untuk menaikkan seri halaman anda adalah dengan mencipta kepelbagaian di halaman iaitu dengan menggabungkan tekstur, bahan dan warna yang berbeza-beza. Tambah kehijauan dengan tumbuhan yang beraneka jenis dengan gabungan kolam yang dibina dengan bahan seperti batu besar.

#3. Halaman Rata

Kredit gambar: www.pinterest.com

Mempunyai halaman yang rata agak membosankan pandangan. Tetapi kadang-kadang halaman rata juga boleh menjadi sesuatu yang sangat menawan jika kena pada caranya.

Halaman rata ini juga sangat sesuai untuk rumah yang minimalis, kontemporari serta untuk rumah dengan permandangan indah tanpa ada halangan. Melalui laman ini juga, anda boleh bina laluan yang sempurna.

#4. Jubin Batu

Anda juga boleh masukkan jubin batu ke dalam landskap halaman rumah anda dengan susunan yang menarik. Ia merupakan idea yang hebat di mana ia mampu mengubah landskap anda secara keseluruhan.

#5. Air Terjun Buatan

Kredit gambar: www.you-buy.ca

Memasukkan elemen air ke dalam landskap anda akan memberi kesan yang baik. Cipta air terjun buatan untuk mewujudkan suasana yang menenangkan. Anda boleh mencipta air terjun dengan rekaan yang moden dan terkini.

#6. Tempat Duduk Luar

Tak lengkap rasanya kalau halaman anda tidak mempunyai tempat duduk. Oleh itu, pertimbangkan satu sudut untuk meletakkan kerusi dan meja sebagai tempat untuk anda duduk bersantai sambil menikmati keindahan yang terdapat di landskap anda.

#7. Landskap Halaman Rumah Moden Dengan Laluan Menarik

Kredit gambar: www.thespruce.com

Landskap jenis moden juga amat menitikberatkan laluan pejalan kaki. Anda boleh bina laluan ini menggunakan batu kecil, kayu keras atau batu asli dan lain-lain bahan. Selitkan lampu kecil di laluan ini untuk memberi impak yang lebih menawan.

#8. Pencahayaan

Tatkala malam menjelma, ruangan ini pasti akan gelap jika tidak diterangi dengan lampu yang mempesona. Oleh itu, pilih lampu yang menepati ciri-ciri landskap anda untuk menerangi suasana.

Reka bentuk landskap moden lebih tertumpu kepada bahan berbanding dengan tumbuhan. Kebiasaannya, landskap moden akan menampilkan laluan konkrit, teres dan juga tangga.

Pemilihan tumbuhan pula lebih tertumpu kepada tumbuhan yang terletak di dalam pasu yang disusun dalam barisan kemas atau sepasang tumbuhan yang diletak di bahagian tepi pintu utama.

Terdapat banyak reka bentuk landskap jenis moden, tetapi yang menjadi persamaan adalah kebersihan. Segala-galanya perlu diselenggara dengan baik dan kelihatan teratur dan tersusun cantik.

Oleh itu, ketika memilih idea untuk membina landskap halaman anda, pastikan anda mengetahui semua mengenainya termasuklah kos-kos penyelenggaraan agar anda tidak terbeban dengannya.

Semoga perkongsian ini memberi ilham kepada anda untuk membina landskap halaman rumah Mommy sendiri!


Lihat juga cara untuk mendeko bilik air agar kelihatan cantik di SINI!