Ibu, Bayi & Kanak Kanak

8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Mudah Dengan Hasil Yang Menawan

Landskap halaman rumah adalah sesuatu perkara yang sangat dititikberatkan oleh sesetengah orang. Ada sesetengah orang pula jarang mengubahsuai halaman rumah selepas menetapi kediamannya.

Ada pepatah dalam Bahasa Inggeris yang bermaksud, “jangan menilai sesebuah buku dari kulitnya”.

Pepatah ini memang sangat bermakna, tapi apabila kita menziarah seseorang di rumah mereka, kita tentu tak lari dari menilai atau menghayati halaman rumah mereka, betul tak?

Halaman rumah yang cantik dan bersih tentu menyejukkan mata orang yang memandang. Tambahan pula, menjaga kebersihan itu kan sunnah?

Kalau anda bercadang untuk mengubahsuai atau ‘upgrade‘ landskap halaman rumah, kali ini Motherhood berkongsi beberapa idea yang menarik.

Sama ada rumah baru atau lama, besar atau kecil, anda boleh mengaplikasikan mana-mana idea landskap ini.

8 Idea Landskap Halaman Rumah Yang Menarik

1. Air Terjun / Water Fountain

Kalau dengar ‘water fountain‘ sebagai landskap halaman rumah, tentu ramai fikir besar dan mahal, kan? Sebenarnya untuk halaman rumah kecil ataupun balkoni kondominium pun boleh ada air terjun!

Water fountain boleh didapati dari mana-mana kedai yang memberikan perkhidmatan ubahsuai landskap rumah, manakala yang kecil pula boleh didapati di kedai pokok bunga.

Kalau malas, online shopping kan ada! DIY air tejun sendiri pun boleh dengan berbekalkan beberapa bahan sahaja seperti pam akuarium, tiub, dan pasu bunga terpakai yang tidak mempunyai lubang saliran air.

Highlighted

Sumber: Adobe Stock

2. Taman Herba Vertikal

Satu lagi idea yang boleh dipakai kalau tidak ada ruang yang mencukupi ialah vertical herb garden. Bercucuk tanam tak semestinya memerlukan sebidang tanah yang luas!

Vertical herb garden yang boleh digantung di dinding ini bukan sahaja nampak cantik, tetapi juga berguna kerana herba-herba segar tersebut boleh digunakan dalam masakan.

Untuk membuatnya sendiri, hanya memerlukan bahan seperti fabrik landskap dan juga paip tembaga untuk digantung. Projek DIY ini sesuai jika anda mempunyai kemahiran untuk menjahit.

Sumber: Getty Images

3. Rumput Tiruan Dengan Batu Kerikil

Rumput tiruan memang popular sebagai aksesori di balkoni ataupun halaman rumah kecil yang bersimen. Walaupun simen digunakan untuk tujuan tertentu, pemandangan yang hijau tentu lagi indah, kan?

Anda tidak perlu melapikkan seluruh halaman rumah dengan rumput tiruan sahaja, malah anda boleh design landskap dengan menggunakan batu kerikil juga.

Rumput tiruan dan batu kerikil senang untuk didapati dimana-mana kedai landskap. Selalunya anda hanya perlu gunting sahaja bahagian yang diperlukan, jika kedai tersebut tidak menyediakan perkhidmatan memotong rumput tiruan itu.

Sumber: Sugar & Cloth

4. Lampu Tergantung (String Lights)

Siapa boleh nafikan lampu tergantung memang cantik sekali dimana-mana settting pun, seperti di majlis perkahwinan pada waktu malam, kan?

Ia bukan sekadar deko untuk event sahaja, tetapi ia juga boleh digunakan sebagai hiasan untuk landskap halaman rumah.

Menarik sangat kalau ada tetamu datang pada waktu malam dan seronok melihat lampu tergantung anda. Memang cantik bila diletakkan di sekitar pagar, dibawah pergola, ataupun dikeliling pokok.

5. Gunakan Patio Outdoor

Kalau halaman rumah anda besar, tentu terdapat ruang yang sesuai untuk meletakkan patio. Patio merupakan tempat teduh di luar rumah yang terbuka.

Ia selalunya bersambung dengan unit utama rumah, tapi ia juga masih boleh dibina terpisah daripada rumah. Di patio ini anda boleh meletakkan kerusi santai untuk minum petang.

Kalau rumah anda terletak di corner lot dan mempunyai halaman yang luas, bolehlah manfaatkan idea outdoor patio ini.

Sumber: Getty Images

6. Rak Kayu Untuk Pameran Pasu Bunga

Susunan pasu bunga yang menarik tentu akan menarik perhatian tetamu dan juga jiran yang lalu-lalang, terutamanya yang suka menghayati tumbuh-tumbuhan.

Kalau tak tahu cara menyusun bunga yang menarik, anda boleh dapatkan rak kayu yang mempunyai design tersendiri untuk meletakkan pasu-pasu bunga.

Menggunakan rak pameran juga sesuai untuk halaman rumah yang kecil di mana ruang mungkin tidak mencukupi. Memang berbaloi kalau anda suka menjaga pokok bunga!

Sumber: Shopee

7. Water Fountain Moden

Kalau design keseluruhan rumah anda adalah moden dan kontemporari, anda boleh meletakkan water fountain atau water feature yang moden.

Tak seperti air terjun yang disebutkan tadi yang boleh nampak agak tradisional, water fountain yang moden mempunyai reka bentuk yang lebih kemas.

Aplikasikan reka bentuk yang mempunyai bentuk geometrik atau lurus, dan kurangkan serabut dengan menggunakan hanya satu reka bentuk.

Sumber: Getty Images

8. Pergola Berbunga

Penggunaan pergola di halaman rumah anda tentu akan menaikkan seri rumah anda jika anda suka reka bentuk ala-ala kampung.

Pergola boleh diperbuat daripada kayu dan nampak sangat klasik atau rustic, seperti pondok pada zaman Renaissance di Eropah.

Bila digandingkan dengan bunga-bunga yang mengelilingi tiang dan atap pergola, tentu anda ingin bersantai di sini setiap hari!

Sumber: Getty Images

Bila landskap halaman rumah anda dah cantik, ia perlulah diselenggara dengan kerap untuk sentiasa nampak kemas dan bersih. Kalau dibiarkan, nampak macam rumah terbengkalai pula! Semoga anda dapat manfaatkan mana-mana idea yang disebutkan tadi untuk upgrade halaman rumah anda.